Sekiranya berbicara soal Malaysia dan Indonesia, tidak sah sekiranya kita mengaitkan pelbagai persamaan yang ada antara kedua-dua buah negara.

Sama ada dari aspek bahasa, adat bahkan budaya antara mereka. Banyaknya persamaan seolah-olah hubungan antara kedua-dua buah negara ini boleh diibaratkan seperti abang dan adik.

Ada Kalanya Persamaan Membawa Perpecahan

Sesetengah orang mungkin menganggap kesamaan budaya antara negara mampu menyatukan dan mendamaikan. Tetapi hakikatnya tidak seperti yang disangka. Kesamaan budaya telah menjadi wahana yang memporak-perandakan hubungan kenegaraan.

Sumber: Beautiful Nara

Ternyata berkongsi budaya bukanlah tugas yang mudah. Trend ‘claim’ budaya seakan seperti menjadi satu lumrah bagi memanifestasikan budaya tersebut hanya milik sesebuah negara.

Memetik laporan Amazingnara, tindakan ini dilakukan oleh rakyat Indonesia di laman media sosial facebook.

Jika dahulu makanan tradisional yang menjadi perdebatan, kali ini pakaian pula menjadi isu. Difahamkan rakyat Indonesia telah meng ‘claim’ pakaian tradisional masyarakat Dayak di Sarawak kononnya berasal daripada Indonesia. Ia selepas seorang peserta dari Malaysia telah memperagakan pakaian tradisional kaum Dayak dalam sebuah pertandingan antarabangsa Mister Global 2019.

Insiden Yang Memalukan

Hal ini telah menyebabkan berlakunya perbalahan antara warga maya Malaysia dengan Indonesia di gambar peserta pertandingan tersebut. Memandangkan halaman facebook tersebut bersifat antarabangsa, pergaduhan warga maya antara kedua-dua buah negara seperti ini dilihat sebagai sesuatu yang memalukan.

Sumber: Amazing Nara

Ini kerana semua pihak sedia maklum bahawa Malaysia dan Indonesia sememangnya mempunyai pelbagai kesamaan budaya yang dikongsi bersama.

Tidak salah sekiranya masing-masing ingin memperagakan pakaian masyarakat tradisional yang terdapat di negara masing-masing, kerana itu merupakan keunikan yang ada bagi setiap negara.

Dapat Apa Kalau Claim?

Yang menjadi persoalan ialah apakah yang mereka dapat disebalik claim sesuatu budaya? Adakah mahu menunjuk kepada dunia bahawa merekalah satu-satunya negara yang mempunyai pelbagai latar belakang masyarakat? Atau mahu mengatakan bahawa segala budaya bermula dari Indonesia?

Perbalahan seperti ini tidak memberi apa-apa makna sama sekali, apatah lagi memberi nilai tambah buat mana-mana negara. Lainlah sekiranya ingin mencipta kebodohan dalam permusuhan.

Sumber: World Mongabay

Yang pasti, masyarakat Dayak tidak terhad sebagai simbolik etnik Malaysia dan Indonesia, kerana mereka juga merupakan sebahagian daripada etnik di negara Brunei.

Ini kerana etnik Dayak merupakan etnik asli masyarakat di kepulauan Borneo. Mereka hanya dipisahkan berdasarkan perbatasan wilayah kenegaraan.

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa pandangan anda?
7 votes · 7 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN