Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, jambatan Pulau Pinang yang cukup terkenal sebagai jambatan kelima terpanjang di Asia Tenggara kerap kali dijadikan lokasi untuk membunuh diri.

Baik yang Islam mahupun bukan Islam, pasti ada sahaja kes bunuh diri dilaporkan sehingga mencetuskan gempar buat pengguna lebuh raya yang melalui jambatan tersebut.

Semalam, dalam kesibukan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menaikkan kenderaan SUV yang terhumban ke dalam laut akibat kemalangan tiga hari lalu, timbul pula cubaan bunuh diri melibatkan seorang lelaki berusia 33 tahun di  jambatan kedua atau Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah sehingga menjadi tular di media sosial.

Yang peliknya, lelaki tersebut sempat lagi membuat rakaman video secara langsung atau FB live sebelum terjun di jambatan tersebut sambil melambai-lambaikan tangannya sehingga mencecah ribuan tontonan.

Bagaimanapun, cubaan lelaki terbabit untuk membunuh diri tidak berjaya setelah dia diselamatkan oleh bot nelayan yang berada di kawasan itu dan dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Bunuh Diri Akibat Tertekan Isteri Minta Cerai

Sumber: Lobak Merah

Bagi mereka yang sudah berkahwin, isu perceraian merupakan satu isu yang amat sensitif untuk dibincangkan.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya apakah punca yang menyebabkan lelaki tersebut bertindak sedemikian sehingga sempat membuat rakaman FB live.

Difahamkan, lelaki tersebut bertindak mahu membunuh diri disebabkan tertekan dengan isterinya yang mahu meminta cerai.

Mana tidaknya, individu yang belum berkahwin juga sanggup membunuh diri akibat putus cinta, inikan pula yang sudah berkahwin dan mahu bercerai.

Walaupun pahit untuk ditelan, namun bagi mereka yang beragama Islam, tindakan bunuh diri ini sama sekali ditegah dan diharamkan!

 

Faktor Yang Membawa Seseorang Untuk Bunuh Diri

Sumber: Free Malaysia Today

Apabila mengikuti kronologi cubaan bunuh diri di Jambatan Pulau Pinang, bermacam-macam jenis faktor yang menyebabkan seseorang itu bertindak sedemikian.

Ada yang bertindak terjun daripada jambatan disebabkan tekanan hidup, masalah rumah tangga, putus cinta dan bermacam-macam lagi.

Malah bagi mereka yang sudah berkahwin, sekiranya pasangan mereka mengabaikannnya sehingga tiada lagi persefahaman sesama sendiri dan ditambah pula dengan desakan meminta cerai, ia sememangnya boleh memberikan tekanan kepada individu tersebut sehingga bertekad mahu membunuh diri.

Sumber: Deenamik

Selain itu, faktor luaran seperti keluarga yang porak peranda, masalah kemiskinan, tempat tinggal yang kurang memuskan, kelemahan personaliti, ketakutan kepada ahlong, pencapaian akademik yang kurang memuaskan dan pelbagai faktor lain juga boleh menyumbang ke arah cubaan membunuh diri.

Ya, masalah kemurungan atau depression bukan satu masalah yang biasa malah ia sebenarnya merupakan satu masalah mental yang boleh memberi kesan negatif ke atas tingkah laku, perasaan serta pemikiran seseorang itu.

Pun begitu, walaupun masalah yang dihadapi itu besar mana sekalipun, seeloknya jangan dipendam dan luahkan kepada rakan atau ahli keluarga terdekat untuk meminta bantuan sebelum bertindak untuk membunuh diri.

Perlukah Kerajaan Memasang Jaring atau ‘Suicide Net’ Di Jambatan Pulau Pinang? 

Sumber: Geograph

Selepas insiden tersebut, sebahagian netizen di media sosial mendesak kerajaan supaya memasang jaring di sepanjang Jambatan Pulau Pinang bagi mengelak kejadian bunuh diri daripada terus berlaku.

Apabila difikirkan semula, kos pemasangan jaring sama sekali akan memakan kos yang tinggi.

Namun, menurut satu kajian yang dilakukan oleh penyelidik terhadap pemasangan jaring di Jambatan Gantung Clifton di Bristol mendapati terdapat penurunan ketara terhadap kes bunuh diri dari jambatan tersebut.

Sumber: cliftonbridge.org.uk

Mungkin dengan cara ini, Malaysia juga dapat mengurangkan kejadian bunuh diri di Jambatan Pulau Pinang dengan mencontohi cara negara Barat ini.

KATA ORANG

KATA ANDA

Patutkah kerajaan memasang jaring di sepanjang Jambatan Pulau Pinang bagi mengelak kejadian bunuh diri terus berlaku?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN