Sejak kebelakangan ini, masalah kemerosotan disiplin pelajar sekolah rendah mahupun sekolah menengah menjadi polemik dalam masyarakat.

Masalah tingkah laku tidak senonoh yang dipamerkan telah menimbulkan kebimbangan kepada banyak pihak terutamanya ibu bapa dan warga pendidik.

Baru-baru ini, seorang pelajar tingkatan tiga cedera dibahagian belakang akibat dibaling dengan meja dan kerusi oleh rakan sekelasnya. Kejadian berpunca daripada kutuk mengutuk dan memaki hamun ibu bapa antara mereka ketika di dalam kelas sebelum perhimpunan pagi bermula.

sumber: sinar

Bukan kali pertama bergaduh

Difahamkan, kejadian yang menimpa pelajar berkenaan bukan kali pertama dan pelajar tersebut diperlakukan seperti itu bermula sejak tahun 2017 lagi.

Ibu bapa mangsa telah banyak kali berjumpa dengan pengurusan sekolah kerana anaknya  sering dibuli suspek dan telah beberapa kali juga membuat laporan kepada pengurusan sekolah tetapi tiada tindakan diambil.

Disebabkan pengurusan sekolah tidak mengambil tindakan dan terus membisu berkenaan isu ini, ibu bapa mangsa bertindak menyerbu sekolah kerana rasa tidak puas hati.

Siapa yang tidak marah jika anak mereka diperlakukan seperti itu dan pihak sekolah pula tidak ambil peduli ? Hal ini telah menimbulkan rasa berang kepada keluarga mangsa kerana berkali-kali membuat laporan kepada sekolah tetapi tiada tindakan.

Perlu Tindakan Segera

Suspek yang juga rakan sekelas mangsa telah ditahan polis dan pihak polis sedang mengesan tiga orang saksi yang turut berada di tempat kejadian untuk membantu siasatan manakala mangsa telah menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang sebagai pesakit luar.

Pengurusan sekolah sepatutnya mengambil tindakan awal berkenaan isu sebegini dan bukannya membisu.

Ibu bapa telah meletakkan harapan dan kepercayaan yang tinggi kepada pengurusan sekolah dalam memastikan anak mereka mendapat pendidikan serta selamat dari kes salah laku seperti bergaduh dan buli.

sumber: ikim.fm

Dalam melahirkan pelajar yang berakhlak mulia, pendidikan nilai yang berpandukan Falsafah Pendidikan Negara (FPN) dibentuk dengan memberi penekanan kepada amalan nilai yang baik.

Amalan nilai ini merupakan pengukuhan kepada amalan dan penghayatan nilai supaya tabiat dan tingkah laku yang telah disemai dapat terus dipupuk dan dihayati sepenuhnya.

KATA ORANG

KATA ANDA

Setuju atau tidak jika kedua-dua pelajar yang bergaduh ini dikenakan tindakan atau hukuman yang setimpal?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN