Kebanyakan wanita sedar akan pentingnya untuk membersihkan solekan di muka sebelum tidur. Tapi biasalah, adakalanya mereka akan terlupa.

Sumber: Free Malaysia Today

Terbaru, seorang wanita yang berusia 32 tahun berasal dari wilayah Hubei, China mendapati dia mengalami gatal di bahagian mata dan kering malah bulu matanya luruh dalam tempoh 6 bulan.

Menurut laporan Oriental Daily, wanita berkenaan yang mula bimbang mengambil keputusan untuk berjumpa doktor dan mendapati terdapat pijat atau kutu yang hidup di bulu matanya.

 

Ada Kutu Hidup Di Bulu Mata

Menurut sumber, doktor yang merawat wanita tersebut telah melakukan ujian dengan lebih terperinci dan meneliti bulu mata wanita itu di bawah mikroskop.

Lebih memeranjatkan, terdapat banyak pijat yang sedang merangkak pada akar bulu mata wanita tersebut.

Hasil siasatan, doktor berkenaan mendapati pijat tersebut membiak disebabkan wanita tersebut mengalami tekanan di tempat kerja dan memiliki jadual kerja yang tidak teratur hingga menyebabkan dia tidak sempat untuk membersihkan solekannya.

 

Apa Itu Kutu Demodex?

Sumber: grid. id

Menurut sumber daripada Healthline, tungau atau kutu kecil disebut sebagai “Demodex”. Haiwan ini hidup dengan memakan sel-sel kulit mati pada folikel bulu.

Sebenarnya, tungau Demodex ini ada pada setiap orang, namun jumlahnya sangat sedikit. Sekiranya seseorang itu mengabaikan aspek kebersihan pada bahagian mata terutamanya kepada wanita yang suka bersolek, kutu tersebut boleh membiak dengan jumlah yang banyak sehingga boleh menimbulkan masalah kulit yang serius.

 

Boleh Undang Penyakit

Lebih teruk lagi, sisa mekap yang tidak dibersihkan dengan betul juga akan menyebabkan penyakit mata seperti radang kelopak mata dan jangkitan pada membran mata disebabkan luka pada permukaan mata. 

Sumber: alodokter.com

Apa yang lebih membimbangkan, sekiranya solekan tidak dicuci dengan bersih, ia juga boleh menyebabkan jangkitan beberapa penyakit mata seperti blepharitis dan konjunktivitis.

Kalau nak tahu, apabila kita kerap kali memakai eyeliner dan maskara yang berlebihan ia sebenarnya menghalang pertumbuhan bulu mata dan menjadi tempat pembiakan bakteria. Sebab itu mata kita mudah berasa gatal-gatal dan pedih.

Jadi, selepas ini, janganlah amalkan tidur dengan memakai ‘make-up’ kerana ia sama sekali boleh membawa kepada kemudaratan.

 

Kes Yang Sama Pernah Berlaku

Sumber: intisari.grid.id

Sebelum ini, seorang wanita Australia yang dikenali sebagai Theresa pernah menjadi bualan ramai apabila dia mendapati bulu matanya dipenuhi dengan saki-baki maskara yang sudah terkumpul hampir 25 tahun sepanjang hidupnya.

Perkara itu hanya disedari setelah wanita itu berjumpa dengan pakar Ophtalmologist akibat kesakitan yang dihadapi dirinya setelah sekian lama.

Bukan sahaja menyebabkan kegatalan, kornea matanya juga menjadi rosak dan kini terpaksa hidup merana kerana kerosakan kekal itu.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah anda salah seorang yang jarang membersihkan make up sebelum tidur?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN