Bagi mereka yang menetap di kawasan pedalaman, serangan kutu babi ini pastinya kerap kali didengari disebabkan ia sering mengigit kanak-kanak yang berada di kampung.

Bukan sahaja manusia sahaja yang boleh terkena akan serangan kutu babi ini, malah kutu babi ini juga sering menumpang badan haiwan mamalia burung dan kadang-kadang reptilia dan amfibia untuk menghisap darahnya.

Sumber: Astro Awani

Malah, yang terbaru, tular kisah seorang penangkap ular di Australia yang telah berjaya menyelamatkan seekor ular sawa yang rimas selepas digigit lebih 500 kutu babi pada badannya.

Apa yang mengejutkan, keadaan badan ular sawa itu dipenuhi dengan beratus kutu babi sehingga menyebabkan ular berkenaan kelihatan lemah disebabkan kutu tersebut sudah lama menumpang dan menghisap zat darah ular berkenaan.

Namun, sekiranya haiwan tersebut tidak diselamatkan, berkemungkinan besar haiwan itu akan kehilangan nyawa disebabkan banyak zat serta darah telah hilang selain masalah virus yang dibawa oleh kutu babi itu.

 

Virus Kutu Babi Bahaya Kepada Manusia  

Sumber: Buletindunia

Bagi mereka yang mempunyai haiwan peliharaan, kita pasti akan risau sekiranya haiwan tersebut terkena jangkitan kutu babi ini.

Dengar sahaja kutu, secara lazimnya habitat ini memang gemar menghisap darah manusia dan haiwan tetapi sekiranya ia datang menyerang dalam kuantiti yang banyak, pastinya ia akan mendatangkan ketidakselesaan dan rimas kepada haiwan berkenaan.

Apabila kutu babi ini menyerang haiwan kesayangan kita, ia sememangnya memberi ancaman terhadap haiwan tersebut sekaligus boleh memberi ancaman kepada manusia juga.

Jika kutu babi ini datang menyerang manusia, ianya akan membawa sejenis virus yang dikenali sebagai virus Congo atau CCHF yang boleh menyebabkan seseorang itu mendapat demam berdarah.

Bukan sahaja demam berdarah, virus yang dibawa oleh kutu babi ini juga turut sama menyebabkan seseorang itu mendapat sakit otot, sakit kepala, sakit mata serta diancam berlakunya pembesaran limfa (lymphadenophaty) dan bintik-bintik merah yang menyebabkan pendarahan pada permukaan mukosa dalaman seperti mulut, tekak dan kulit.

 

Segera Berjumpa Doktor Sekiranya Digigit Kutu Babi

Sumber: Astro Awani

Dalam perkara ini, kutu babi lazimnya membiak di kawasan belukar atau di kawasan kampung yang mana binatang ini suka akan kawasan yang lembab, suhu sederhana dan juga kawasan yang banyak dengan haiwan.

Jika di kawasan belukar, kutu babi ini akan menunggu mangsa seterusnya untuk menumpang dan menghisap darah mereka.

Jadi, walaupun kutu babi ini kelihatan kecil sahaja namun ianya tidak boleh dibawa main memandangkan mana-mana pesakit yang digigit oleh kutu babi perlu segera mendapatkan rawatan doktor bagi mengelak mendapat masalah kesihatan yang serius.

Mungkin gigitan kutu babi ini nampak seperti remeh tetapi sekiranya tidak dirawat dengan segera, ia boleh merosakkan buah pinggang, kegagalan hati sekaligus boleh membawa maut.

Mana-mana individu yang pernah terkena gigitan kutu babi ini, segeralah berjumpa dengan doktor untuk mencabut serta mendapatkan rawatan yang wajar bagi mengelak virus kutu babi daripada tersebar.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah virus kutu babi ini boleh mengancam hidupan liar sekiranya ia tidak diberikan perhatian yang wajar?
2 votes · 2 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN