Sebagai seorang artis dan selebriti, anda tidak akan pernah dapat lari dari diburu peminat.

Bukan sahaja hasil kerja anda sebagai artis yang dinanti-nantikan, malah cerita-cerita peribadi anda, dengan siapa anda bercinta, apa yang anda pakai pun akan turut dinilai dan dikritik.

Sudah menjadi lumrah bagi seorang artis, apabila anda menjadi individu tumpuan ramai memang akan hilang privasi dari kamus hidup anda.

Kerana itu, begitu ramai artis dan selebriti yang sangat berhati-hati dalam membuat sebarang perkongsian kerana tidak mahu kehidupan peribadi mereka menjadi bualan ramai.

 

Undang Bahaya 

Selain menganggu privasi, ianya juga boleh mengundang bahaya lebih-lebih lagi jika artis tersebut sudah bekeluarga dan mempunyai anak.

Bukan anda tidak tahu, zaman sekarang ni macam-macam perangai manusia yang pelik-pelik dan tidak suka melihat orang lain lebih berjaya daripada mereka.

Jika dulu artis-artis disanjung kerana hasil karya mereka, namun kini ramai yang menghadapi tekanan perasaan kerana sikap masyarakat yang terlalu suka mengkritik sehinggakan sampai ke lubang cacing pun akan dikorek cerita peribadi tentang seseorang artis untuk dijadikan modal bualan dan gossip.

Lepas tu mula la ditularkan ke media sosial sehingga benda tersebut menjatuhkan air muka dan nama baik artis itu sendiri.

Terbaru, sibuk para netizen mempersoalkan tentang Dottie yang dikatakan sibuk menayang ‘kekurusannya’ melalui gambar seksi miliknya yang dimuatnaik ke laman sosial baru-baru ini.

Gambar yang menampakkan bahagian perutnya dikecam orang ramai kerana kononnya dikatakan bila dah kurus cantik semua nak tayang.

Malah ada yang mempersoalkan adakah niatnya menjaga berat semata-mata untuk tampil lebih seksi dan bukan untuk menjaga kesihatan.

 

Trend “Curvy Is The New Sexy”

Sumber : Pinterest

Jika anda seorang yang sentiasa peka dengan trend-trend terbaru di media sosial, pasti pernah nampak gambar-gambar wanita yang berisi yang mendapat pujian dan sokongan ramai.

Ini kerana ramai yang mula melihat ia sebagai satu bentuk ekpresi diri yang positif dan menginspirasikan lebih-lebih bagi mereka yang mempunyai masalah berat badan berlebihan.

Bukan semua tapi ada segelintir individu yang berbadan besar menghadapi kesukaran untuk tampil yakin di khalayak umum, sehinggakan ada yang lebih suka memencilkan diri mereka sedangkan banyak peluang yang menanti mereka diluar sana seperti orang lain.

Dan antara faktor yang menyumbang kepada masalah ini ialah diskriminasi yang sering dilakukan oleh masyarakat kita tanpa mereka sedar sehingga boleh membuatkan seseorang menjadi tertekan.

Untuk bangkit dan tampil yakin bukan mudah bagi mereka, jadi anda diluar sana jadilah orang yang positif dan sentiasa menunjukkan sokongan kepada mereka yang mempunyai masalah berat badan.

 

Obesiti Membunuh, Jangan Ambil Mudah

Masalah obesiti ataupun berat badan berlebihan merupakan masalah kesihatan yang sangat ditakuti para doktor dek kerana risiko kesihatan lain yang boleh datang secara tiba-tiba dan menjejaskan pesakit.

Kerana itu pihak KKM sentiasa mengingatkan rakyat Malaysia untuk sentiasa berpada-pada dalam menjamu selera dan sentiasa mengamalkan pemakanan yang seimbang dan kekal aktif agar mereka tidak terjebak dengan masalah berat badan berlebihan.

 

 

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa kata anda?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN