Masalah obesiti yang melanda negara kita hari ini tidak kira kanak-kanak mahupun yang dewasa perlu diberi perhatian yang serius dalam mengurangkannya.

sumber: wanista

Langkah yang diambil sesetengah masyarakat dalam mengurangkan berat badan dan mengamalkan gaya hidup sihat merupakan satu perkara yang baik.

Namun, ada pula yang terlalu obses untuk mencapai berat badan sehingga bawah paras ideal tanpa menghiraukan risiko yang bakal dihadapi mereka. 

 

Kesan Buruk Jika Terlalu Kurus

Ramai yang mahukan tubuh badan yang ramping dan kurus sehingga jumlah berat badan bacaan BMI di bawah paras ideal, tetapi secara tidak sedar mereka telah mengundang kepada masalah kesihatan yang lain. 

sumber: bidadari.my

Perkongsian yang dibuat oleh Dr Rusyainie Ramli berkenaan kesan yang diterima jika kekurangan berat badan mungkin boleh dijadikan rujukan kepada mereka yang obsess dengan berat badan di bawah paras ideal ini.

 

 

Beliau juga menyenaraikan kesan jika pengambilan kalori yang kurang antaranya ialah tekanan darah menjadi terlalu rendah, denyutan jantung menjadi tidak normal, kurang darah merah dan tulang boleh jadi rapuh.

Beliau juga berpesan kepada yang obses untuk kurus supaya berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat yang betul.

 

Tips Untuk Tambah Berat Badan

Diet dan senaman yang berterusan merupakan panduan asas dalam mana-mana program penurunan badan, tetapi tidak semua orang mahu kuruskan badan mereka.

Bagi mereka yang mahu menaikkan berat badan, perkongsian daripada Dr. Jazlina di laman Twitternya mungkin sedikit sebanyak dapat membantu.

Jika anda membuat pencarian di Google bagaimana untuk menambahkan berat badan, terlalu banyak tips yang disediakan, sebaliknya tinggal tindakan anda sahaja yang mahu buat ataupun tidak.

 

Gelang Pavlok Bantu Ubah Habit Buruk

Jika anda jenis yang tidak boleh berhenti makan, ada sahaja yang ingin dikunyahnya, mungkin gelang elektrik 350 volt Pavlok ini boleh membantu anda.

 

 

Gelang elektrik ini berfungsi dengan memberi kejutan elektrik kepada pemakainya yang diaktifkan oleh sensor luaran yang disambungkan ke aplikasi Pavlok pada telefon pintar.

Bukan itu sahaja, gelang Pavlok ini juga berfungsi membuang tabiat buruk yang ada pada si pemakainya antaranya ialah merokok, menggigit kuku, tidur secara berlebihan dan membuang masa dengan media sosial.

sumber: know techie

Mungkin mereka yang malas untuk makan juga boleh dapatkan gelang Pavlok ini bagi mengatasi berat badan yang kurang daripada berat yang ideal.

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah anda sedang berusaha mencapai berat badan sehingga 38kg atau bawah 40kg?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN