Baru-baru ini, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Hannah Yeoh bersama Timbalan Menteri Belia dan Sukan Steven Sim mengadakan pertemuan dengan Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli Mohamad.

Kunjungan itu bagi mendapatkan pandangan Zulkifli dalam usaha kerajaan menangani masalah sosial yang semakin membarah.

Pertemuan di Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan di Putrajaya itu antara lain membincangkan jalan penyelesaian terhadap isu sosial khususnya membabitkan golongan muda.

 

Menteri Minta Pandangan Mufti Isu Perkahwinan

Sebelum ini Yeoh di Dewan Rakyat pada 13 Nov lalu mendedahkan satu pertiga kes perceraian berlaku dalam tempoh lima tahun pertama sesuatu perkahwinan.

Sumber: FB Mufti Wilayah Persekutuan

Isu-isu yang dianggap remeh menjadi punca perceraian seperti isteri gemar membasuh pakaian pada waktu malam dan suami tidak suka isteri makan di dalam kereta yang kebanyakannya membabitkan pasangan bukan Islam.

Rentetan itu kerajaan bercadang untuk mewajibkan pasangan bukan Islam yang ingin mendirikan rumah tangga menghadiri kursus praperkahwinan.

Kata Yeoh, siri perbincangan untuk memperluaskan pelaksanaan kursus praperkahwinan kepada pasangan bukan Islam akan diadakan dalam tempoh terdekat.

Yeoh yang berterima kasih kepada Zulkifli kerana sudi berkongsi pandangan dengannya turut menyuarakan kebimbangan terhadap isu membabitkan sensitiviti agama dan kaum.

Sementara itu Zulkifli berkata, kekuatan masyarakat yang berbilang kaum di negara ini jika disatukan akan menjadikan Malaysia sebuah negara hebat.

 

Rakyat Salah Anggap, Kunjungan Itu Sekadar Lakonan

Ramai rakyat Malaysia beranggapan bahawa kunjungan menteri bukan Islam itu sekadar lakonan dan cuba menutup mata orang Islam berhubung isu perkauman yang sedang hangat diperkatakan ketika ini.

Sumber: Malaysiakini

Sumber: Malaysiakini

Sumber: Malaysiakini

Sumber: Malaysiakini

Sumber: Malaysiakini

Mereka merasakan ini taktik halus yang dilakukan kedua-dua menteri itu untuk menghancurkan Islam. Sampai begitu sekali pemikiran rakyat kita hari ini.

Mungkin mereka merujuk kepada kes anggota Bomba yang meninggal dunia gara-gara dipukul oleh orang ramai ketika rusushan di Kuil Sri Mariamman di Subang Jaya.

Sebenarnya kunjungan menteri mendapatkan pandangan mufti tidak patu disalahertikan. Dalam Islam pun melarang kita bersangka buruk sesama manusia.

 

Rakyat Sokong Usaha Murni Menteri Yeoh Dan Sim

Walaupun ada yang salah anggap tentang kunjungan menteri-menteri berkenan, tetap ada yang memuji usaha murni menteri yang turun padang dan menemui mufti untuk bertanyakan pendapatan berhubung perkara yang penting.

Ada yang mengatakan menterI-menteri ini menjalankan tugas yang telah dipertanggungjawabkan kepada mereka untuk membantu rakyat.

Sumber: Malaysiakini

Sumber: Malaysiakini

Sumber: Malaysiakini

Sumber: Malaysiakini

Sumber: Malaysiakini

Sumber: Malaysiakini

Tiada masalah pun orang bukan Islam bertanyakan pendapat daripada seorang mufti, malah ia amat digalakkan.

 

Mufti Beri Kitab Bayan Linnas Kepada Menteri Sebagai Ucapan Terima Kasih

Sumber: FB Mufti Wilayah Persekutuan

Zulkifli menghadiahkan cenderahati berupa kitab karangannya, Bayan Linnas, kepada dua timbalan menteri susulan kunjungan mereka bagi mendapatkan nasihat daripadanya.

Zulkifli berkata beliau memandang serius laporan yang dibentangkan Yeoh kepadanya.

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan sudi memberikan kerjasama penuh untuk masa depan anak-anak generasi akan datang yang lebih baik.

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pendapat anda, salahkah menteri bukan Islam mengunjungi dan bertanyakan pendapat daripada seorang mufti?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN