Kewujudan media sosial digunakan dan dimanfaatkan oleh semua golongan masyarakat samada ada untuk kegunaan bisnes mahupun sebagai medium untuk berkomunikasi dengan keluarga dan rakan-rakan. Banyak manfaat yang dapat dilihat sehingga mampu menjadikan dunia yang luas dan besar ini seolah-olah kecil dan tanpa batas.

Tidak kira dimana saja anda berada, anda boleh  berhubungan dengan sesiapa sahaja tanpa perlu membelanjakan kos yang tinggi. Kemudahan seperti skype, whatsapp, Instagram dan twitter boleh menghubungkan dua individu yang berjauhan dengan pantas dan mudah.

Dalam menikmati manfaat kewujudan platform media sosial ini, ada juga keburukannya. Jika dilihat banyak ‘kumpulan-kumpulan sokongan’ di Facebook direka bagi tujuan membimbing dan tempat berkongsi ilmu tentang sesuatu dengan individu-individu berkaitan. Contohnya, kelab sokongan ibu hamil dan kumpulan sokongan yang membincangkan isu-isu berkaitan rumahtangga.

Namun apa yang membimbangkan, kumpulan-kumpulan sokongan ini seolah-olah tidak kisah untuk bercerita apa sahaja sehingga tidak malu untuk menceritakan hal peribadi rumahtangga sendiri.

 

Media Sosial Jadi Medium Mengutuk Dan Mengecam

Sangat menyedihkan apabila kemudahan sosial media yang mampu dimanfaatkan sebaik mungkin disalah guna oleh sesetengah pihak. Kumpulan yang rata-rata disertai oleh ibu-ibu hamil ini berfungsi sebagai platform untuk bertanyakan sesuatu. Namun apa yang menyedihkan pertanyaan-pertanyaan tersebut sering dibalas dengan kata-kata yang kasar dan tidak sopan.

Bukankah tujuan kumpulan tersebut untuk saling menyokong dan memberi motivasi sesama sendiri?  Tetapi kenapa soalan dan pertanyaan yang diajukan dibalas dengan sindiran dan kutukan? Lebih sedih lagi yang memberi komen-komen kasar itu adalah wanita yang patutnya  lebih peka terhadap emosi dan sensitiviti orang yang hamil.

Isu saling mengecam ini semakin berlanjutan sehingga memburukkan nama kumpulan sokongan itu sendiri. Walaupun pernah diingatkan untuk menggunakan kata-kata yang baik dan sopan tetapi masih saja ada ahli yang kasar dan tidak beradab apabila mengeluarkan kata-kata.

 

Buka Aib Sendiri, Tak Malu Ke?

Jika dilihat satu lagi kumpulan sokongan rumahtangga yang ramai pengikut, membincangkan hal-hal rumahtangga secara terbuka sesama ahli kumpulan seolah-olah membuka aib dan rahsia peribadi sesebuah rumahtangga tanpa rasa malu dan segan.

Walaupun identiti mereka dirahsiakan, namun soalan-soalan dan perkongsian yang dibuat tanpa segan silu menceritakan segala masalah-masalah mereka sehinggakan cerita ‘dalam kain’ pun dijaja kepada orang ramai.

Yang memburukkan lagi keadaan apabila ahli-ahli kumpulan tersebut membalas post tersebut dengan kata-kata kasar mahupun lucah dan ianya berpanjangan sehingga menjadi bahan ketawa dan kecaman.

 

Rujuk Kepada Pihak Yang Betul

Sumber : JRM

Diharapkan mana-mana individu yang mempunyai masalah terutamanya hal rumahtangga  lebih bijak dalam memilih tempat untuk berkongsi dan meluahkan perasaan. Bagi yang beragama Islam, hampir setiap masjid mempunyai pejabat agama dimana ustaz mahupun ustazah sedia berkhidmat untuk mendengar luahan anda dan memberikan nasihat.

Yang menjadi persoalan, kenapa kumpulan-kumpulan ini diwujudkan jika komen-komen yang diberikan hanya untuk menghina dan memburukkan keadaan?

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, patutkah sosial media digunakan sebagai platform untuk meluahkan perkara peribadi?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN