Seperti mana yang kita tahu bahawa kucing itu adalah haiwan peliharaan yang sangat manja.Namun, kucing sebenarnya mempunyai fakta yang terkait padanya yang tidak semua orang tahu.

Kucing bukan hanya boleh menjadi tempat untuk bermain bersama, malah juga mampu menghilangkan tekanan pada manusia.

Sumber:Serambi Indonesia

Kucing adalah binatang peliharaan yang boleh memberikan ketenangan disamping menghilangkan tekanan yang dilalui manusia.

Tetapi ada satu kajian menyatakan kucing juga akan tidak mengendahkan manusia walaupun namanya dipanggil.

Ujian Rangsangan Dijalankan

Sekumpulan penyelidik University of Tokyo telah menjalankan satu siri eksperimen ke atas 78 ekor kucing.

Sumber:YouTube

Ia untuk mengetahui sama ada kucing boleh membezakan antara nama mereka dan perkataan lain yang disebut manusia.

Menurut ketua penyelidik, Atsuko Saito mereka menguji hipotesis ini dengan menyebut empat perkataan berbeza secara serentak sebagai rangsangan pembiasaan.

Kemudian kumpulan penyelidik itu menyebut nama kucing itu sebagai rangsangan ujian.

Jangan Kecil Hati Jika Kucing Anda Buat ‘Dek’ Sahaja

Sumber:IDN Times

Para penyelidik juga menguji sama ada kucing akan memberi respons jika namanya disebut orang yang tidak dikenali.

Berdasarkan maklum balas yang diberi haiwan itu, kebanyakan kucing dapat mengenali nama sendiri, tidak kira sama ada ia disebut oleh orang dikenali atau tidak.

Respons kucing dinilai berdasarkan beberapa cara, iaitu pergerakan telinga, pergerakan kepala, bunyi, pergerakan ekor dan pergerakan badan.

Sumber:Steemit

Kesimpulannya, kucing boleh faham manusia. Cuma ia sengaja buat-buat tak tahu.

Tetapi jangan ambil hati. Kucing bukan haiwan yang secara semulajadinya akan beri respons kepada manusia.

Kucing akan berkomunikasi dengan manusia apabila ia mahu. Wah! berlagak diva betul kucing sekarang ini.

Antara Fakta Lain Yang Anda Perlu Tahu Pasal Kucing:

1) Kucing boleh mengesan gempa bumi.

Sumber:CARI Infonet

Secara logik, ianya juga boleh masuk akal. Tetapi dari segi teori, ia masih belum dipastikan kesahihannya. Menurut sumber Reader’s Digest, tapak kaki kucing mampu mengesan gempa bumi yang bakal berlaku. Tapak kaki kucing adalah satu bahagian tubuhnya yang sensitif dan peka pada gegaran bumi.

 

2) Kucing juga bermimpi.

Sumber:Kompas Lifestyle

Secara azalinya kita tahu bahawa kucing suka terlena walaupun sekejap. Namun apabila si kucing tidur nyenyak, ia juga menghasilkan gelombang deria dalam otak mereka sama seperti ketika manusia sedang tidur.

 

 

3) Kucing menghidu hidung masing-masing kala bertemu.

Sumber: bjbrigedkibaranbendera.blogspot.com

Ianya salah satu cara mereka mengenali dengan lebih mendalam antara satu sama lain. Namun, tidak semua kucing akan melakukan perkara ini. Hanya kucing yang sudah mengenali antara satu sama lain yang berani untuk berbuat demikian. Ianya membantu mereka untuk mengenal pasti kenalannya serta mengetahui personaliti kucing tersebut lebih mendalam.

 

4) Nadi kucing berdegup sekitar 160-240 denyutan seminit.

Sumber:yonasukmalara

Ianya bergantung pada umur kucing. Semakin lanjut usia kucing, semakin lambat kadar nadinya.

 

 

 

5) Kucing juga berpeluh seperti manusia.

Sumber:Hipwee

Tetapi tidak pada bulu atau kulitnya. Sebaliknya mereka berpeluh melalui tapak kakinya. Jika anda merasakan lembapan pada sekitar tapak kaki kucing, berikan mereka sedikit rendaman pada air agar si comel boleh kekal hidrat.

 

 

Ramai Yang Berkongsi Pasal Kucing

Susulan kajian tersebut, warganet yang rata-ratanya memelihara kucing, banyak berkongsi pasal haiwan peliharaan mereka itu.

Malah mencuit hati apabila ada yang berkongsi kucing mereka lebih diva atau ‘demand’ untuk mendapatkan sesuatu.

Sumber:kekucingan.com

Ada yang mempunyai kucing yang manja, sampaikan tidur bersama tuannya di katil, makan bersama dan membuat aktiviti juga bersama.

Mungkin kucing itu sudah terbiasa diajar sebegitu, jadi tidak mustahil ia menjadi begitu.

Ada Pula Yang Tidak Percaya

Sebahagian kecil warganet pula tidak percaya dengan kajian tersebut, malah mereka merasakan kucing memang mempunyai sifat semulajadi yang peka dengan panggilan dari manusia.

Sebagai contoh, kucing peliharaan itu akan memberi respon jika dipanggil dengan apa panggilan sekalipun. Meow-meow pun kucing itu akan beri respon.

Macam-macam warganet ini, itukan kajian mereka untuk mengenal pasti deria atau rangsangan yang diberikan oleh kucing.

 

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Betulkah kucing akan buat tidak tahu kalau dipanggil namanya?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN