Sumber : The Street

Semalam kisah adik Ainul Mardhiah, 8 bulan yang disahkan mempunyai kanser ketumbuhan di dalam mulut tular di laman Facebook apabila makcik saudaranya dikatakan berkongsi kisah tersebut dan memohon sumbangan orang ramai bagi memudahkan segala urusan pemulihan bayi tersebut.

Ainul Mardhiah juga pernah menjalani pembedahan ketika berusia 10 hari kerana disahkan mempunyai ketumbuhan dibahagian mulutnya.

Namun begitu, malangnya selepas 3 bulan doktor mengesahkan ketumbuhan yang berada di bahagian mulut adik Ainul merupakan kanser dan semakin merebak. Malahan bayi ini juga disahkan tidak mempunyai lelangit.

Di usia yang masih terlalu awal, bayi ini sudah melalui proses kimoterapi yang pada umumnya sangat menyakitkan dan memenatkan.

Kedua ibu bapa Ainul dilihat menerima ujian ini dengan hati yang terbuka dan tidak putus berusaha mencari penawar untuk puteri kesayangan mereka ini.

Ibu bapa Ainul juga dikatakan membuat perniagaan sampingan dengan menjual popcorn bagi mencari wang lebih untuk menanggung kos rawatan anak mereka.

 

1 Hari Viral, Sumbangan Dana Dihentikan

Menerusi post yang dimuat naik oleh bapa Ainul melalui laman facebook dan juga whatsapp, dia memanjatkan rasa syukur yang tidak terhenti kepada semua individu yang membuat sumbangan sepanjang semalam.

Terlalu banyak panggilan masuk dan mesej diterima sehingga tidak terjawab dan terbalas. Pasti dia tidak menyangka ramai yang ambil peduli tentang nasib yang menimpa puteri mereka dan sanggup membantu dari pelbagai aspek bagi memudahkan segala proses rawatan untuk adik Ainul.

Sumber : Metro

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Jika orang yang tidak mempunyai pertalian saudara pun sudah terkesan dengan nasib yang menimpa adik Ainul inikan pula ibu bapanya yang melalui hari-hari bersamanya.

Melihat kesakitan yang dilalui anak sendiri, sungguh tidak tergambar dugaan mereka. Namun, pastinya mereka orang-orang yang terpilih.

Namun begitu, bapa Ainul turut menyatakan bahawa dia dan keluarga sudah tidak mahu bantuan dalam bentuk wang dan hanya memohon kiriman doa untuk dititipkan buat puteri mereka yang sedang bertarung melawan kanser ini.

Bukan ingin meninggi diri, namun dia tidak mampu menerima sumbangan yang terlalu banyak dan masih mampu untuk berusaha sendiri bagi urusan berkaitan anaknya.

Hanya doa dan syifa yang diharapkan agar puterinya boleh sihat dan bermain seperti anak-anak lain.

Malaysia Prihatin

Dalam kita sibuk mengecam sesetengah sikap rakyat Malaysia dengan isu pergaduhan, perkauman dan agenda politik yang tidak berpenghujung, kisah adik Ainul ini turut mendapat prihatin ramai orang sehinggakan sanggup membantu.

Cover set yang ingin dijual

Sepanjang semalam, dilihat beberapa individu yang turut membuat jualan amal barang-barang peribadi mereka untuk disedekahkan kepada adik Ainul bagi membantu sebarang kos rawatan. Dari helmet, cover set motor sehinggalah ke barang makanan, turut diniatkan untuk membantu rawatan adik Ainul.

Sungguh mulia dan prihatin rakyat kita. Malahan usahawan terkenal, Dato’ Alif Syukri juga dikatakan tampil ingin membuat sumbangan dan ingin berjumpa sendiri dengan keluarga adik Ainul untik menghulurkan sebarang jenis bantuan yang diperlukan.

Diharapkan orang ramai yang mempunyai masa terluang untuk mendoakan puteri ini agar segala kesakitan dan masalah yang dihadapinya diberikan syifa dan penyembuhan yang sempurna dari Allah.

Di saat dan ketika ini, bukan lagi wang yang diperlukan namun doa yang tulus ikhlas dipohon oleh kedua ibu bapa Ainul Mardhiah untuk puteri kesayangan mereka.

 

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Jika anda mempunyai cadangan perubatan dan rawatan yang boleh membantu adik Ainul Mardhiah, sila hubungi ayahnya di nombor yang tentera di bawah :
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN