Sebutir peluru kalau mengenai mana-mana bahagian badan pasti akan terus cedera parah ataupun meninggal dunia akibat kesan tembakan itu.

Tetapi tidak bagi seorang ustaz di negara Thailand, yang ditembak bertubi-tubi sebanyak empat kali di bahagian dada.

Pelik tetapi ini adalah kisah benar yang dipetik di laman Facebook Media2020.net.

Hanya Kesan Luka Sahaja

Ustaz berkenaan dilaporkan mengalami kecederaan parah di tembak beberapa das di dalam sekolah pondok di Pombing Panarek, Patani.

Sumber:Media2020.net

Difahamkan peluru tidak menembusi tubuh beliau dan hanya ada kesan luka sahaja.

Kes tembakan di Thailand ini bukan perkara baru dan ia seolah-olah belum menemui jalan penyelesaian yang damai.

“Itulah Kuasa Allah”

Tetapi itulah kekuasaan Allah yang mengagumkan semua orang. Rata-rata wargamaya amat terkejut dengan berita ini dan bersyukur ustaz itu masih lagi bernyawa.

Sumber:Media2020.net

Mereka mengucapkan rasa syukur diatas keajaiban yang telah berlaku ke atas ustaz berkenaan. Tiada apa yang mustahil dengan kuasa Allah.

Sumber:Media2020.net

Namun, ada juga sebilangan kecil menafikannya dengan berkata itu hanyalah peluru biasa yang tidak menembusi anggota badan ustaz itu.

Tidak menolak yang berlaku ada hikmahnya, namun perlu difirkan secara logik, tidak mungkin sebutir peluru tidak dapat menembusi badan ustaz itu. Sangat jarang berlaku keadaan sebegitu.

Pergolakan Di Thailand Perlu Cari Solusi Perdamaian

Thailand Selatan kembali berdarah sejak 2003 berikutan arahan keras oleh Perdana Menteri Thailand , Thaksin Shinawatra terhadap penduduk Yala, Narathiwat dan Pattani yang militan. Lebih 1500 telah terbunuh.

Penduduk yang merasakan diri mereka tertindas oleh Thailand telah mengangkat senjata dan melakukan pengeboman demi pengeboman. Mereka mahu negara yang merdeka dari pemerintah Thailand.

Sumber:ISMAWeb

Sikap para pegawai Thai di pejabat-pejabat daerah yang mengamalkan diskriminasi dan tidak mahu memahami adat resam, perasaan dan kehendak rakyat tempatan juga menjadi punca kepada serangan-serangan kecil-kecilan ke atas pemimpin Buddha dan anggota-anggota polis yang sedang meronda.

Pihak polis pula menyerang secara senyap terhadap para imam dan guru-guru agama yang dituduh menyebarkan sentimen anti-Bangkok . Guru-guru agama dan imam di kampung-kampung hilang begitu sahaja dan penduduk Islam mendakwa polis Thailand yang melakukannya.

Guru-guru di selatan Thailand dibekalkan dengan senjata api dan dilatih menggunakan bagi mempertahankan diri. Guru-guru ini dituduh menghina agama Islam dan menyebarkan agama Buddha di kalangan pelajar-pelajar Islam.

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa komen anda?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN