Sumber: Wikipedia

Berdasarkan geografi, Kuala Pilah merupakan kawasan pekan yang menghubungkan Seremban, Bahau dan Tampin.

Berada di bahagian pedalaman dan menjadi persimpangan bagi menghubungkan ketiga-tiga kawasan tersebut menyebabkan kawasan tersebut  digelar sebagai pekan koboi

Pekan Koboi Kepada Hab Makanan

Kawasan yang digelar sebagai ‘pekan koboi’ ini bakal dibangunkan oleh kerajaan negeri sebagai hab lembah makanan dan pengeluar sumber makanan utama kepada penduduk di Lembah Klang.

Sumber: Bernama

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru, Teo Kok Seong, pembangunan Kuala Pilah sebagai bandar agropolis bakal menjadikan 30 peratus dari kawasan tersebut sebagai kawasan bandar dan selebihnya merupakan kawasan pertanian, hutan simpan dan badan air.

Konsep Bandar Agropolis

Agropolis merupakan pembangunan yang menerapkan elemen perbandaran ke sebuah petempatan desa dan dibangunkan sebagai bandar pertanian yang menggunakan teknologi bagi meningkatkan hasil pengeluaran tanaman.

Pembangunan bandar Agropolis juga bakal memangkin pertumbuhan ekonomi setempat yang melibatkan beberapa daerah seperti Seri  Menanti, Johol, Tampin, Bahau dan Juasseh. Kesannya, bakal mewujudkan Wilayah Bandar Pertanian yang mampan, berkualiti, maju dan sejahtera untuk didiami.

Namun, cabaran utama ialah isu perubahan cuaca yang mengakibatkan berlakunya perubahan musim, kemarau, banjir dan akan menggangu penghasilan makanan. Maka perlunya pembangunan dan penyelidikan bersama institusi pengajian tinggi.

Perlu Kerjasama Institusi Pengajian Tinggi

Menerusi kerjasama institusi pengajian tinggi awam dan swasta, pelbagai pembangunan dan penyelidikan pertanian mampu dilakukan. Usaha ini bakal menjadikan daerah ini sebagai pusat kecemerlangan pengeluaran dan pemprosesan makanan berasaskan teknologi bio.

Menurut Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Pilah, Syahrul Nizam Saleh, publisiti yang dimaklumkan pada peringkat awal adalah bertujuan memaklumkan kepada masyarakat dan pihak berkepentingan mengenai penyediaan draf rancangan tempatan, seterusnya mendapatkan maklum balas awal berkenaan cadangan yang diutarakan.

Sumber: Mstar

Menjamin Keselamatan Makanan Negara

Pembangunan pertanian merupakan sesuatu yang penting bagi menjamin Keselamatan Makanan Negara (National Food Security) sekiranya berlaku krisis ekonomi. Perkara ini turut disokong oleh seorang pakar pertanian tempatan, Prof Datuk Makhdzir Mardan, dunia dan Malaysia bakal berhadapan dengan krisis makanan sekiranya isu pertanian tidak diberi tumpuan dengan kadar segera.

Justeru pertanian menjadi semakin penting bagi tempoh beberapa dekad yang akan datang, memandangkan proses urbanisasi yang berlaku akan menyebabkan lebih daripada 80 peratus penduduk dunia menetap di kawasan bandar menjelang tahun 2050.

Selain pertanian, Kuala Pilah bakal mempunyai tarikan tersendiri menerusi produk warisan setempat serta sektor pelancongan yang akan dibangunkan secara menyeluruh melalui pembangunan projek Pusat Budaya Negeri Sembilan. Dengan kelebihan dan dipandu dengan kekuatan setempat yang ada, dijangka mampu merancakkan lagi pembangunan Daerah Kuala Pilah.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah pembangunan hub makanan di Kuala Pilah bakal menarik minat pelabur?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN