Mahkamah Tinggi telah mengarahkan Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansor untuk membela diri berhubung kes rasuahnya tiga tahun lalu.

Sumber: Kehakiman

Hakim Mohamed Zaini Mazlan memutuskan bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Tengku Adnan.

Ini bermakna Tengku Adnan telah menyalahgunakan kuasanya sebelum ini untuk kepentingan dirinya sendiri.

Terima Cek Bernilai RM2 Juta

Tengku Adnan mendapat pertuduhan menerima rasuah sebanyak RM2 juta daripada seorang ahli perniagaan.

Sumber: Fokus Malaysia

Beliau menerima rasuah tersebut daripada Chai Kin Kong, melalui cek Hong Leong Islamic Bank milik Aset Kayamas Sdn Bhd.

Sumber: PressReader

Cek tersebut didakwa didepositkan ke akaun bank CIMB milik Tadmansori Holding Sdn Bhd, di mana Tengku Adnan mempunyai kepentingan, dan diketahui bahawa syarikat Aset Kayamas ada perhubungan dengan kerja-kerja rasminya.

Beliau dituduh melakukan kesalahan itu di CIMB Bank Berhad, cawangan Pusat Bandar Damansara, Kuala Lumpur pada 14 Jun 2016.

Hukuman Penjara Maksimum 2 Tahun

Mengikut pertuduhan tersebut, Tengku Adnan akan didakwa di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sumber: The Star

Pada 23 Jan lepas, Tengku Adnan, mengekalkan pengakuan tidak bersalahnya di hadapan Hakim Mohamed Zaini, selepas kesnya dipindahkan dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi pada 14 Dis 2018.

Perbicaraan selama 12 hari bermula pada 2 Julai dengan 23 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan.

Empat Unsur Sabitan Di Bawah Seksyen 165

  • Tengku Adnan adalah seorang penjawat awam pada masa kesalahan itu dilakukan.
  • Tengku Adnan sebagai tertuduh menerima wang RM2 juta itu.
  • Tengku Adnan tidak memberi pertimbangan terhadap wang yang diterima.
  • Tengku Adnan tahu orang yang memberikan wang tersebut mempunyai kaitan dengan tugas rasminya sebagai penjawat awam.

“Nampaknya Ku Nan Peserta Pertama Ke Penjara Sungai Buloh”

Rata-rata netizen sudah menjangkakan bahawa Tengku Adnan antara individu yang akan dihadapkan ke mahkamah selepas Najib Razak dan juga Zahid Hamidi.

Sumber: Sokmo.Net

Mereka juga menjangkakan Tengku Adnan antara pemimpin Umno pertama yang akan ke penjara Sungai Buloh atas pertuduhan yang disabitkan terhadap dirinya itu.

Sumber: FB Harian Metro

Ini juga membuktikan komitmen kerajaan hari ini untuk ‘membersihkan’ negara daripada pemimpin-pemimpin yang korup ini.

“Tak Cukup 2 Tahun”

Bagaimanapun, ada netizen yang mempertikaikan hukuman penjara yang disabitkan terhadap tengku Adnan. Mereka merasakan hukuman itu tidak setimpal dengan apa yang telah dilakukan Tengku Adnan.

Sumber: FB Harian Metro

Beliau sebagai Menteri Wilayah pada ketika itu telah menyalahgunakan kuasa dan jawatannya itu untuk kepentingan dirinya. Sedangkan ada orang yang mencuri roti dan biskut dipenjara lebih lama dari itu.

Walau apa pun, mereka mahu kerajaan hari ini terus membanteras pemimpin-pemimpin yang korup tanpa pilih bulu.

 

 

 

 

 

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Anda rasa setimpal hukuman untuk Tengku Adnan?
5 votes · 5 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN