Krisis kejatuhan harga minyak pada 2014 telah memberi kesan mendalam kepada Venezuela. Kebergantungan Venezuela kepada hasil minyak semata-mata menyebabkan negara tersebut tidak mempunyai pendapatan lain.

Dianggarkan pendapatan ekonomi Venezuela bergantung kepada hasil minyak sebanyak 95%. Kebergantungan yang terlalu tinggi terhadap import berbanding pengeluaran dalam negeri memburukkan lagi keadaan.

Kedua-dua faktor ini mengakibatkan negara Venezuela hilang keupayaan untuk pembelanjaan. Kesannya, keadaan di Venezuela hari ini semakin buruk.

Sumber: Boredpanda

Hiperinflasi Semakin Meningkat

Hiperinflasi di Venezuela berlaku sejak tahun 2016 lagi dan menjadi lebih teruk dari tahun ke tahun. Pada tahun 2016, kadar inflasi Venezuela mencatatkan sebanyak 800% dan menjadi lebih teruk pada tahun 2018 menjadi sebanyak 10,000,000%.

Hiperinflasi yang berlaku dengan begitu drastik sangat menekan rakyat Venezuela dan membuatkan kehidupan mereka merana.

Kepimpinan Nicolas Maduro Semakin Lemah

Presiden Nicolas Maduro dilihat gagal memperbaiki kegawatan ekonomi yang melanda negara mereka walaupun sudah lama menggantikan Hugo Chavez selaku Presiden. Beliau turut dikecam bukan sahaja oleh rakyatnya tetapi juga masyarakat luar.

Sumber: Ndtv

Sungguhpun begitu, beliau mendakwa kemelut yang melanda Venuzuela berpunca daripada sabotaj ekonomi yang dilakukan oleh ekonomi Amerika.

Kewibawaan Maduro semakin menurun selepas Parti Sosialis Bersatu Venezuela tewas dalam pilihanraya pada tahun 2015. Ia tamparan hebat kepada Maduro kerana parti tersebut tidak pernah kalah ketika zaman Presiden sebelumnya Hugo Chavez.

Presiden Sementara

Tindakan Juan Guaido selaku Ketua Pembangkang dengan restu parlimen mengisytiharkan diri sebagai Presiden sementara Venezuela dikecam Maduro. Tindakan tersebut dilakukan ekoran Maduro menolak desakan untuk melaksanakan pemilihan presiden yang baharu.

Sumber: Aljazeera

Perlantikan Juan Guaido selaku Presiden sementara mendapat pengiktirafan dari pemimpin luar seperti Amerika Syarikat, Kanada, Perancis, Sepanyol, Jerman, Britain, Belanda, Portugal, Austria dan beberapa negara Amerika Latin.

Kemelut negara di benua latin tersebut menjadi semakin serius apabila berlaku perpecahan dalam angkatan tentera Maduro. Mejar Jeneral Francisco Yanez menjadi pegawai kanan tentera pertama mengiktiraf Guaido selaku Presiden sementara.

Yanez yang juga pengarah perancangan strategik kanan tentera udara tampil dalam video di media sosial dalam keadaan berpakaian seragam penuh menyatakan sokongan terhadap Guaido. Beliau turut mendakwa 90 peratus anggota tentera tidak menyokong Maduro.

Maduro Tidak Tunduk

Dalam satu temu bual dengan stesen televisyen Sepanyol, Sexta, Maduro berkata beliau tidak akan tunduk dengan desakan dan tekanan dari pihak luar yang memintanya mengundur. Beliau turut menolak gesaan negara Eropah bagi mengadakan pilihan raya selepas pesaingnya, Juan Guaido mengisytiharkan diri sebagai Presiden sementara.

Walau bagaiamanapun beliau masih mendapat sokongan kuat dari beberapa negara besar seperti China, Rusia dan Turki.

Sumber: Cnbc

Tekanan Amerika Syarikat

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menolak pertemuan bersama Maduro sambil menambah akan menghantar pasukan tentera ke Venezuela sekiranya ia merupakan satu pilihan.

Tindakan Rumah Putih yang meminta negara-negara lain mengiktiraf Guaido selaku Presiden sementara telah menyebabkan negara-negara Eropah mengikuti langkah tersebut.

Tindakan yang dilakukan oleh Amerika Syarikat ini menyebabkan Maduro mengambil langkah drastik dengan memutuskan hubungan diplomatik dan ekonomi terhadap negara tersebut.

Sumber: Vox

Reaksi Turki

Presiden Turki, Recip Tayyip Erdogan telah memperkuatkan hubungan ekonomi dan politik dengan Karakas dan menyeru Maduro untuk tetap teguh melawan apa yang dikatakan ‘pembangunan anti-demokrasi’.

Malah Menteri Luar Turki, Mevlut Cavusoglu mengatakan bahawa Ankara telah cuba memulakan perbincangan mengenai Venezuela tahun lalu antara Washington dan negara-negara Amerika Latin. Namun sehingga ke hari ini tidak ada satu negara pun yang memberi respon berkenaan cadangan tersebut.

Sumber: Unscol

PBB Tolak Presiden Sementara

Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres menolak Juan Guaido selaku Presiden. Ketika membalas surat yang ditulis oleh Guaido yang meminta bantuan kemanusiaan, Guterres mengulangi kebimbangan kesan krisis politik terhadap rakyat Venezuela dan meminta Guaido berhubung dengan pemerintah Venezuela yang diketuai oleh Maduro.

Tindakan Guterres ini memberi isyarat jelas kepada dunia bahawa keabsahan Maduro selaku pemimpin utama Venezuela harus dihormati dan institusi demokrasi di Venezuela harus dipertahankan.

KATA ORANG

KATA ANDA

Berdasarkan senario semasa, wajarkah Maduro terus berkuasa?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN