Baru-baru ini, telah tular di media sosial di mana beberapa pelajar India yang mendapat keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak diterima masuk ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) 2019.

Namun, kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 19 April 2019 yang lalu telah menimbulkan kekecohan kepada ramai pihak. 

 

 

Kuota Kaum India dan Cina Bersifat One-Off?

Dalam kenyataan rasmi KPM itu, menyatakan bahawa penawaran 2,200 tempat kepada kaum India pada pengambilan tahun 2018 oleh kerajaan terdahulu (Barisan Nasional) adalah bersifat one-off.

Bagi penawaran 1,000 tempat untuk kaum Cina yang dibuat oleh kerajaan Pakatan Harapan pada tahun 2018 juga bersifat one-off di mana berdasarkan kepada keperluan dan juga kekosongan kuota Bumiputera yang tidak diisi. 

 

 

Berikutan itu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, sangat memalukan apabila menjadikan BN sebagai ‘kambing hitam’ atas kegagalan kementerian memasukkan kaum india yang cemerlang ke dalam Program Matrikulasi KPM.

Menurutnya lagi, alasan Dr Maszlee kononnya penawaran 2,200 tempat kepada kaum India pada pengambilan tahun 2018 oleh kerajaan BN adalah bersifat one-off adalah tidak betul.

 

Desak Umum Jumlah Kemasukan

Ahli Dewan Negara, Senator S Ananthan menggesa pihak KPM agar segera menjelaskan jumlah pengambilan pelajar matrikulasi berdasarkan kuota kaum bagi tahun 2019. 

sumber: malaysiakini

Katanya lagi, isu matrikulasi ini merupakan isu yang hangat dibincangkan sehingga ada pihak yang mengambil kesempatan bermain sentimen perkauman.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi PKR Melaka, G Rajandran juga berharap Menteri Pendidikan dan timbalannya tampil memberi penjelasan serta membuat satu sidang media dalam menjawab berhubung hal ini.

 

Buka Matrik Kepada Semua

Berdasarkan laporan media, seorang pemimpin DAP iaitu Leong Yu Sheng yang mengetuai jawatankuasa Hal Ehwal Universiti Pemuda DAP menggesa Putrajaya supaya menamatkan amalan mengutamakan pelajar Bumiputera bagi Program Matrikulasi kerana ia bertentangan dengan jaminan Perlembagaan Persekutuan bahawa tiada diskriminasi terhadap warganegara.

Bagi mereka, dasar yang memperuntukkan hanya 10 peratus kepada bukan Bumiputera di 15 buah pusat matrikulasi di bawah KPM seluruh negara adalah tidak adil kerana pusat itu ditanggung oleh wang pembayar cukai.

Tambahnya, dasar tersebut mesti diganti dengan kouta berasaskan keperluan yang menekan pencapaian akademik, latar belakang ekonomi dan pertimbangan lain yang berkaitan.

 

Memperkasa Golongan B40 

Demi mencapai hasrat kerajaan untuk memperkasa golongan berpendapatan rendah (B40), pihak KPM telah memperuntukan sebanyak 60 peratus tempat dan baki sebanyak 40 peratus itu pula disediakan untuk golongan berpendapatan sederhana (M40) dan berpendapatan tinggi (T20).

Namun rata-rata ramai yang tidak bersetuju dengan perancangan dasar baharu untuk memperkasakan golongan B40 sebanyak 60 peratus dalam kemasukan ke matrikulasi kerana bagi mereka tidak adil kepada pelajar dari M40 dan T20 yang juga cemerlang dalam SPM.

 

Isu Dibawa Ke Jemaah Menteri

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Amin Senin berkata kementerian akan memastikan isu ini ditangani dengan cermat bagi mendapatkan jalan penyelesaian terbaik melalui saluran yang tepat. 

sumber: astro awani

Pihak KPM juga kekal dengan dasar asal iaitu 90 peratus untuk Bumiputera dan 10 peratus bukan Bumiputera disamping membuat penambahbaikan dalam memberi peluang kepada 60 peratus pelajar dari golongan B40.

Tambahnya lagi, terdapat 25,000 kapasiti pengambilan keseluruhan pada setiap tahun di mana 22,5000 untuk pelajar bumiputera dan 2,500 bukan Bumiputera.

Cadangan penambahan kouta kepada bukan Bumiputera bagi kemasukan Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan akan dibawa ke mesyuarat Kabinet pada 24 April 2019 ini seperti yang dinyatakan dalam kenyataan rasmi KPM.

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, wajarkah kemasukan Program Matrikulasi ini dibuka kepada semua kaum?
7 votes · 7 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN