Penjualan daging babi secara terbuka di Sabah dan Sarawak mungkin dianggap perkara biasa namun tidak bagi penduduk di Semenanjung.

Sumber: Sinar Harian

Sejak selasa lalu, tular di media sosial mengenai ketidakpuasan hati seorang pengguna Facebook yang memaparkan gambar seorang peniaga menjual babi di khalayak ramai di sebuah pasar malam di Melaka.

Penularan gambar tersebut turut mendesak pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas ke atas peniaga terbabit yang disifatkan tidak menghormati masyarakat beragama Islam.

Sebelum ini, negeri tersebut pernah dikejutkan dengan isu mengenai penjualan arak secara terbuka tanpa pengetahuan pihak berkuasa.

Kini, timbul pula isu sebegini…

 

Tidak Salah Jual, Tetapi Jual Lah Di Kawasan Yang Sudah Dikhaskan

Tidak ada salahnya jika anda mahu menjual daging babi tetapi jual lah di kawasan yang sepatutnya.

Kebanyakan pasar malam yang ada di Malaysia, mereka akan asingkan penjualan makanan yang halal dan haram bagi menjaga sensitiviti sesuatu kaum.

Sumber: Kumparan

Apa susahnya menjual daging berkenaan di kawasan yang sudah dikhaskan itu.

Mengapa harus menjualnya di kawasan terbuka dan dipenuhi dengan orang ramai yang pastinya boleh menimbulkan rasa kurang senang masyarakat terutama mereka yang beragama Islam.

Apa yang dilakukan oleh peniaga ini sama sekali memperlihatkan mereka tidak kisah akan sensitiviti agama yang mana memandangkan dia berani menjual daging tersebut di khalayak ramai.

 

MBMB Akan Ambil Tindakan

Berikutan kejadian yang tular itu, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) akan mengambil tindakan dengan melakukan siasatan dan pemantauan berhubung kes tersebut.

Rasanya, mana-mana negeri pun tidak akan mengeluarkan lesen untuk membenarkan peniaga ini menjual daging babi secara terbuka kerana perbuatan itu sama sekali salah mengikut Undang-Undang Kecil yang diperuntukkan di setiap negeri tersebut.

Sumber: Utusan Online

Melihat kepada apa yang berlaku, pihak berkuasa mungkin perlu kerap melakukan rondaan serta sentiasa turun padang untuk mengawasi aktiviti yang dilakukan oleh para peniaga.

Mungkin disebabkan kurangnya pengawasan dari pihak berkuasa, menyebabkan segelintir peniaga ini berani melanggar peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Apa-apa pun, sebagai masyarakat majmuk, adalah penting untuk kita memahami sensitiviti masyarakat berbilang kaum kerana dengan melakukan perkara tersebut ia sama sekali mampu memberi impak jangka panjang positif dalam mengurangkan syak-wasangka antara satu sama lain.

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, adakah perbuatan menjual daging babi di khalayak ramai ini merupakan satu kesalahan?
3 votes · 3 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN