Isu kos sara hidup yang tinggi dan sangat membebankan merupakan isu yang sering dibangkitkan samada oleh rakyat mahupun di kalangan menteri. Baru-baru ini Perdana Menteri kita turut menegaskan menteri-menteri yang berada di bawah pimpinannya untuk menunaikan semua janji-janji yang telah dibuat semasa pilihanraya yang lepas.

Bagi golongan yang berkelayakan tinggi dan mempunyai pekerjaan profesional pastinya kos sara hidup bukanlah sesuatu yang serius dan membimbangkan, namun bagi orang yang bergaji rendah terutamanya yang sudah berkeluarga pastinya proses menjalani kehidupan harian jadi mencabar.

Lihat sahaja kos upah mengasuh bagi seorang anak pada hari ini, hampir menceceh RM400 sebulan. Bayangkan jika anda mempunyai tiga orang anak dan gaji kasar anda hanyalah RM1500 sebulan, seolah-olah duit habis untuk perbelanjaan yang bukan asas. Kerana itu juga ramai isteri memilih untuk tidak bekerja dan menjaga anak-anak mereka sendiri.

Mengapakah rata-rata rakyat seolah-olah menghadapi kesukaran untuk menjalani kehidupan di zaman yang serba moden ini? Adakah kita yang kurang berusaha dan banyak memberi alasan? Ataupun rakyat dibebankan dengan kos-kos yang tidak tertanggung oleh kerajaan? Adakah suara rakyat didengari dan diberi perhatian?

 

Ambik Inisiatif Sendiri Untuk Hidup Senang

Sumber : Laksatelurbersarang.blogspot

Jika dilihat sekarang, ramai anak muda sudah mempunyai perniagaan sendiri. Samada bisnes kecil-kecilan mahupun bisnes korporat, rata-rata mereka nampak potensi dan peluang yang besar apabila melibatkan diri dengan bidang perniagaan.

Tambahan pula dengan kemudahan pemasaran secara digital yang kita ada sekarang, membuatkan semuanya lebih mudah dengan satu ketik sahaja. Potensi untuk memasarkan perniagaan yang dilakukan ke peringkat global juga tidak mustahil dengan adanya kemudahan komunikasi jalur lebar dan platform sosial media sebagai salah satu strategi pemasaran millenial.

Tidak ada yang mustahil pada zaman sekarang, asalkan ada keinginan dan kemahuan pasti boleh berjaya. Sedangkan produk keluaran kita seperti kuih-muih tradisional seperti karipap yang diubah menjadi versi ‘sejukbeku’ sudah berjaya dieksport ke luar negara. Yang membanggakan, produk keluaran kita turut menerima permintaan yang tinggi seperti serunding dan lain-lain.

 

Status ‘Berhutang’ Anak Muda Meningkat

Sumber : Ajinbgagah.blogspot

Melalui luahan rata-rata orang muda harini, dengan standard gaji yang digunapakai oleh kebanyakan syarikat kerajaan mahupun swasta seperti tidak selari dengan kos perbelanjaan asas di Malaysia. Ada juga yang meluahkan rasa tidak puas hati mereka dengan nilai gaji yang seolah-olah tidak setara dengan kelayakan mereka.

Dengan hutang pendidikan yang banyak untuk dibayar balik, itu yang turut menjadi punca mengapa ramai anak muda membuat keputusan untuk menjadi pemetik epal dan buruh kasar di luar negara. Walaupun pekerjaannya tidak setara dengan kelayakan namun pulangan gajinya berbaloi dan lebih dari cukup untuk membiayai kos kehidupan mereka dan keluarga.

Jika dilihat semasa zaman pemerintahan kerajaan yang dulu, ramai graduan yang disenarai hitam oleh kerajaan kerana gagal melunaskan hutang pendidikan mereka. Ramai yang cuba mengelak dari membuat pembayaran bulanan. Mungkin betul ada yang sengaja mengelak tapi lebih banyak yang betul-betul tidak mampu dek kerana keperluan asas keluarga.

 

Berhenti Mengeluh, Mulakan Langkah

Jika kita hendak bincangkan isu ini memang tidak akan ada kesudahan, daripada memikirkan benda yang tak kan jadi lebih baik kita fikirkan idea baru untuk memajukan diri sendiri, keluarga dan masyarakat.

Sumber : Instagram (beby_toratora)

Banyak peluang-peluang yang ada disekitar kita, hanya kita yang perlu bijak mencari dan rajin berusaha. Sedangkan membuat ‘food review’ di media sosial pun boleh dijadikan sumber pendapatan. Bermulah dengan sekecil-kecil usaha, berkat kegigihan anda pasti akan membuahkan hasil.

Bagi yang tidak mempunyai modal untuk memulakan perniagaan, terdapat badan-badan kerajaan dan swasta yang boleh membantu anda dengan memberikan pinjaman bagi memulakan perniagaan seperti Baitulmal, MARA dan juga TEKUN. 

Jadi apa tunggu lagi? Mulakan langkah anda harini.

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, bagaimanakah cara yang boleh dilakukan bagi menyelesaikan masalah kos sara hidup ini?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN