Baru-baru ini  wakil dari lima perkampungan Orang Asli di Gerik dan Sungai Petani  menyerahkan memorandum kepada kerajaan, mendakwa bahawa , wanita Orang Asli diberikan pil perancang kelahiran tanpa penjelasan yang mencukupi.

Penduduk kampung suku Temiar, Nora Kantin mendakwa Wanita di kampungnya (Kampung Lambok, RPS Kuala Betis, Gua Musang, Kelantan) diancam jururawat dan diberitahu mereka mesti mengikuti program perancang keluarga, sama ada dalam bentuk makan pil atau suntikan dan jika tidak berbuat demikian maka kad perubatan mereka akan dirampas.

Sekadar Gambar Hiasan

Malah katanya, pasangan orang Asli baru berkahwin khususnya menjadi sasaran dan dipaksa mengambil suntikan selepas hanya mendapat seorang cahaya mata.

Perkara ini telah mendapat reaksi dari pelbagai pihak terutama yang mempersoalkan sepatutnya sebarang tindakan perlu bertanya kepada diri mereka terlebih dahulu.  

 

Apa itu perancang kelahiran?

Merancang kelahiran atau keluarga bermaksud menentukan bilakah masa yang sesuai untuk mempunyai anak, jarak kehamilan dan berapakah bilangan yang di ingini oleh pasangan tersebut.

Antara kaedah yang digunakan ialah dengan suntikan hormon atau memakan pil. Suntikan bagi mengawal kelahiran itu mengandungi hormon progestin yang menghalang kehamilan yang tidak dirancang selama tiga bulan pada satu-satu masa.  

Sekadar Gambar Hiasan

Hormon itu mencegah pengovuman dan meningkatkan pembentukan lendir di sekitar pembukaan serviks.

Malah terdapat beberapa pil yang boleh diambil seperti pil kombinasi dan pil mini.

 

Suntikan Beri Kesan Buruk?

Penduduk orang Asli disana juga mendakwa suntikan itu memberikan kesan buruk kepada kesihatan mereka. Dikatakan ramai perempuan naik berat badan dan berasa lemah selepas suntikan diberikan.

Menurut Pusat Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (FDA), kesan sampingan suntikan tersebut termasuk gangguan kitaran haid (pendarahan), sakit perut/ ketidakselesaan, penambahan berat badan, pening, sakit kepala, gugup dan penurunan nafsu berahi.

Namun terdapat juga yang mendakwa disebabkan suntikan yang diterima , beliau melahirkan anak cacat. Tetapi ia tidak dapat dipastikan sama ada kesan kepada suntikan tersebut atau tidak kerana dia tidak melakukan pemeriksaan di hospital.

 

 

Suntikan Untuk Anemia

Kementerian Kesihatan menyifatkan dakwaan bahawa wanita Orang Asli dipaksa mengikuti program perancang keluarga adalah tidak munasabah dan meminta individu yang terlibat untuk tampil membuktikan dakwaan mereka.

Menteri Kesihatan  Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, adalah menjadi prosedur operasi standard (SOP) bagi kementerian itu untuk mengambil tindakan dan langkah sewajarnya dalam menjaga kepentingan dan kebajikan wanita hamil di negara ini.

Dr Dzulkefly  menjelaskan suntikan perancang keluarga ke atas wanita Orang Asli dibuat kerana dasar menyelamatkan wanita daripada anemia atau kurang darah merah ketika hamil.

Beliau berkata campur tangan itu dibuat atas rasa tanggungjawab kerana penting bagi wanita yang mengalami anemia untuk mengelakkan kehamilan.

Sekadar Gambar Hiasan

Jelasnya, langkah ini bukan di buat untuk selamanya. Selama dua tahun apabila pemberian itu berlaku, mereka akan diberhentikan dan ia dilakukan bukannya dengan sifat mala fide. Perkara ini penting untuk menyelamatkan wanita orang asli.

Dalam pada itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waythamoorthy, dalam kenyataan, berkata beliau terkejut dengan tuduhan itu dan akan menubuhkan sebuah panel untuk menyiasat perkara itu, selain berjanji membincangkan perkara itu dengan Dr Dzulkefly.

 

Apa itu Anemia?

Untuk pengetahuan, anemia adalah keadaan di mana seseorang tidak mempunyai cukup sel darah merah yang sihat untuk membawa oksigen yang mencukupi ke tisu badan.

 Menurut Dzulkefly, kejadian anemia dalam kalangan wanita adalah 27 peratus.

Menurut Organisasi Kesihatan Dunia (WHO), anemia memberi kesan kepada 24.8 peratus daripada populasi global.

Kekerapan anemia dalam kalangan wanita hamil dan wanita bukan hamil masing-masing adalah 41.8 peratus dan 30.2 peratus.

 

 

Kenapa Hanya Perempuan Sahaja?

Sekiranya tujuan kerajaan benar-benar ingin melakukan perancangan kelahiran, seharusnya lelaki juga perlu melakukan rawatan ini selain wanita.

Apa yang boleh dilakukan ialah prosedur vasektomi. Ia merupakan satu kaedah pembedahan memotong saluran vas deferens di bahagian alat sulit lelaki. Ini dilakukan bagi mencegah sperma dari keluar  ketika ejakulasi.

Prosedur vasektomi merupakan kaedah kontrasepsi kekal yang boleh dilakukan oleh para suami, jika isteri tidak mahu melakukan sebarang kaedah kontrasepsi.

Prosedur vasektomi ini hanyalah salah satu cara untuk mencegah sperma daripada masuk ke rahim wanita dan bersenyawa dengan sel telur. Ia dapat mencegah kehamilan dengan sangat efektif

 

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Ada keperluan untuk wanita orang Asli menerima suntikan tersebut?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN