Peluang bekerja di luar negara merupakan peluang keemasan yang sentiasa dinantikan oleh ramai anak muda Malaysia. Bukan hanya kerana gaji yang ditawarkan lebih tinggi tetapi mereka juga berpeluang untuk untuk melawat negara lain disamping dapat bersosial dengan masyarakat pelbagai  bangsa.

Ramai anak muda sentiasa mencari peluang ini selain ianya dilihat sebagai jalan pantas untuk mencari duit lebih.

Bagi rakyat Malaysia, Singapura sering menjadi tumpuan sebagai lubuk pekerjaan. Ramai anak muda memilih untuk bekerja disana disebabkan jarak yang tidak terlalu jauh dengan Malaysia dan mereka boleh berjimat.

Namun begitu, bukan mudah seorang perantau bekerja di tempat orang.

Niat murni untuk mencari rezeki adakala disalah tafsir oleh masyarakat di negara tersebut dan menganggap kehadiran orang luar hanya akan memburukkan imej negara mereka.

Baru-baru ini tular video seorang lelaki yang dipercayai warga Singapura cuba melakukan provokasi terhadap warga Malaysia yang bekerja di sana.

Tidak dapat dipastikan apa yang menjadi punca salah faham tersebut berlaku, namun yang pastinya pakcik tersebut jelas mengeluarkan kata-kata kesat dan cuba mengajak mangsa untuk bertumbuk.

Mangsa jelas dilihat tidak membalas provokasi tersebut hanya duduk di tempatnya tanpa berbuat apa-apa.

Sebelum ini sudah banyak kes-kes pembulian pekerja luar yang dilakukan oleh warga Singapura, dan menerima kecaman ramai orang.

Sebelum ini pernah tular video seorang wanita dipercayai bukan warganegara Singapura dimaki dan dimarahi oleh seorang lelaki cina kerana berang terpaksa menunggu lama ketika berada di mesin ATM.

Wanita tersebut turut dikasari apabila lelaki biadap berkenaan dilihat bertindak menampar mangsa tanpa belas kasihan. Lebih sedih lagi, kejadian itu hanya menjadi tontonan umum tanpa seorang pun tampil untuk melindungi wanita berkenaan.

Mengapa pekerja-pekerja luar yang datang bekerja di Singapura dilayan begitu sekali?

Tidak dinafikan, bukan semua warganegara Singapura bersikap sedemikian. Namun kerana nila setitik inilah, imej negara Singapura yang dikatakan beradab dan tinggi dsiplin terus tercemar.

 

Sikap Sesetengah Warga Singapura Terhadap Pekerja Luar

Penularan kisah-kisah begini pastinya menimbulkan kemarahan orang ramai kerana dilihat tidak wajar apabila orag asing yang datang kesana untuk bekerja diperlakukan sebegitu.

Niat mereka datang untuk mencari rezeki, dan bukan untuk melakukan jenayah disana. Kenapa perlu layan mereka begitu?

 

Lepas Je Sempadan Johor, Hilang Terus Adab Dan Disiplin Warga Kota Singa

‘’Layan orang macam sampah, korang tu bukannya baik sangat pun’’.

‘’Lepas je sempadan Johor, terus hilang disiplin dan adab’’

‘’Tengok jelah perangai dorang bila masuk Malaysia’’

Ini adalah antara luahan-luahan yang tulis orang Malaysia terdapat sikap sesetengah warga Singapura yang dilihat tidak selari dengan imej negara mereka yang kononya berdisiplin dan baik.

Semua orang pasti tahu undang-undang negara Singapura yang begitu ketat sehingga jika anda lakukan apa-apa kesalahan sahaja dengan sekelip mata pihak berkuasa akan datang dan menyaman anda.

Dan kerana itu juga negara Singapura sangat bersih dan cantik kerana seluruh rakyat sudah terbiasa dengan kehidupan yang penuh peraturan dan undang-undang.

Namun, ironiknya mereka juga sering dikaitkan dengan sikap yang tidak baik sebaik sahaja mereka masuk ke Malaysia mahupun negara-negara lain.

Sikap berdisiplin dan mematuhi undang-undang ditinggalkan di negara mereka dan ramai yang dilihat suka berbuat sesuka hati dan besar kepala ketika berada di negara orang.

Seperti video yang pernah tular sebelum ini, dimana sepasang suami isteri warga Singapura dirakam menggunakan kawasan parkir yang disediakan khas untuk orang kurang upaya.

Tindakan tersebut ditegur oleh seorang warga Malaysia kerana ingin memberi pengajaran kepada orang-orang yang suka berbuat sesuka hati seperti mereka.

Sudahlah masuk ke negara orang, hormati la undang-undang yang ada.

Jangan hanya kerana mereka pelancong, mereka rasa boleh sesuka hati melanggar peraturan yang sudah ditetapkan.

Dimana sahaja kita berada, adab dan sikap menghormati orang lain perlu kita amalkan bagi mengelak sebarang salah faham dan persengketan daripada berlaku.

Samada kita di negara orang mahupun di negara sendiri, belajarlah mnenghormati hak orang lain.

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa komen anda?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN