Nampaknya kecoh di media sosial apabila Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan tampil mendedahkan resipi terbaru nasi gorengnya yang ditambah dengan buah strawberi.
Tindakannya itu mendapat perhatian daripada netizen yang merasakan ia adalah perkara yang melucukan.
Siapa tidak kenal dengan Ahmad Maslan yang terkenal dengan resipi masakan ekonomi, sering kali dikongsi di laman sosial ketika menyandang jawatan dalam kabinet.
Pernah dikecam netizen apabila memuat naik dua keping gambar yang menonjolkan teknik memasak. Masakan itu adalah nasi goreng yang dihiasi dengan timun disekeliling kuali.
Itu adalah pendirian Ahmad Maslan kononnya untuk ‘mendidik’ rakyat Malaysia mengenai Cukai Barang Dan Perkhidmatan (GST) yang dilaksnakan dibawah kerajaan BN terdahulu.
Nasi Goreng Strawberi Sempena PRK Cameron Highlands
Dalam kapsyen yang dimuat naik berserta gambar nasi goreng strawberinya, Ahmad Maslan menyatakan strawberi itu dibeli di Cameron Highlands sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands yang sedang berlangsung ketika ini.
PRK ini diadakan kerana Mahkamah Pilihan Raya, mengisytiharkan bahawa keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 bagi kerusi Parlimen Cameron Highlands, Mei lalu, yang memberikan kemenangan kepada calon Barisan Nasional, adalah terbatal dan tidak sah.
Hakim Datuk Azizah Nawawi membuat keputusan itu selepas mendapati bahawa terbukti wujudnya amalan rasuah yang diketahui dan mendapat keizinan oleh Ahli Parlimen kawasan itu, Datuk C Sivarraajh.
Dalam penghakimannya, Azizah berkata, beliau berpandangan bahawa pempetisyen, M Manogaran berjaya membuktikan melampaui keraguan munasabah bahawa wujud amalan rasuah yang mana wang itu diberikan kepada pengundi.
Peka Isu 1MDB, Bukan Buat Nasi Goreng
Bagaimanapun, perkongsian Ahmad Maslan itu mendapat perhatian daripada Menteri Belia Dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Beliau mahu bekas menteri itu lebih peka terhadap isu yang lebih besar seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Siapa yang tidak kenal dengan Ahmad Maslan yang dilabel sebagai menteri paling lawak semasa pemerintahan Datuk Seri Najib Razak.
Tidak mungkin beliau akan berkata soal 1MDB walaupun kerajaan BN sudah tumbang pada PRU-14 yang lalu.
Sementara itu, bekas Menteri Belia Dan Sukan, Khairy Jamaluddin juga tidak terlepas untuk membalas komen di ruangan gambar nasi goreng strawberi Ahmad Maslan.
Beliau dengan selamba menyuruh Ahmad Maslan menggunakan buah strawberi itu dengan betul dan diberi nama Pavlova Ahmad Maslan.
Netizen Sindir Ahmad Maslan
Ada segelintir netizen merasakan tindakan Ahmad Maslan ini melucukan dan sesuai dengan wataknya sebagai pemimpin paling lawak.
Ada antara mereka mahu beliau menggunakan buah yang lain pula dalam masakannya itu supaya lebih kreatif lagi.
Perkongsian gambar tersebut mendapat ribuan komen di Twitter milik Ahmad Maslan.
KATA ORANG
Hebat nasi goreng YB Datuk Seri @ahmadmaslan lain dari yg lain letak strawberi. Lepas ni bolehlah try nasi goreng letak buah sawit pulak demi support produk komoditi tempatan... #malaysian #malaysia #Felda pic.twitter.com/TKUdrRhOVK
— Ja'a (@jaagrafik) January 13, 2019
Ini bukan fusion food. Ini satu peringkat lebih tinggi:
— Shamsul, شمسول, 沙姆斯, சம்சுல் (@shamsul__kamal) January 13, 2019
Con-fusion food pic.twitter.com/CtzCO0Tz0b
Berdosa la. Strawberry enak jika dimakan cecah chocolate cair sundels. Mmmm dap dap dapppp
— Your Mother🦄 (@jeppppppppppp_) January 13, 2019
Hahaha ahmad maslan memang tak pernah mengecewakan..
— xamnsrdn (@xamnsrdn8183) January 13, 2019