Semalam, seluruh negara dikejutkan dengan berita melibatkan ketegangan dua negara jiran iaitu India dan Pakistan.

Sumber: Tribunnews.com

Apa yang mengejutkan, ketegangan yang berlaku itu telah menyebabkan Pakistan menembak jatuh dua pesawat pejuang India di kawasan genjatan senjata iaitu Kashmir.

Atas pergolakan meruncing itu, Wisma Putra turut meluahkan kebimbangan mereka terhadap apa yang berlaku dan mengeluarkan kenyataan kepada rakyat Malaysia supaya menangguhkan perjalanan mereka ke dua negara tersebut buat sementara waktu.

Isu tersebut bukan sahaja mendapat perhatian komuniti antarabangsa malah beberapa pemimpin dari negara luar turut sama mengambil berat tentang pergolakan yang berlaku itu.

Sumber: iNews

Sejak semalam, media sosial dipenuhi dengan pelbagai #hastag dari masyarakat seluruh dunia yang mendesak supaya kedua-dua negara ini menghentikan serangan tersebut yang boleh mengancam lebih banyak nyawa.

 

Aktiviti Keganasan Jadi Punca Pertikaian

Difahamkan, serangan yang dilakukan itu adalah susulan tindakan India yang memasuki ruang udara Pakistan dan menjatuhkan bom ke atas sebuah kem militan Jaish-e-Mohammed (JeM) yang didakwa terlibat dalam serangan bunuh diri di Kashmir pada 14 Februari hingga menyebabkan lebih 40 orang terbunuh dan cedera.

Sumber: Pars Today

Atas sebab itu, Pakistan membalas serangan dengan mensasarkan kepada kawasan bukan ketenteraan di sempadan itu yang bertujuan untuk menunjukkan kemampuan pertahanan negara itu dengan menembak jatuh dua pesawat pejuang India.

Walaupun kedua-dua negara ini tidak berniat melakukan sebarang ketegangan namun apa yang dilakukan oleh India itu dipercayai untuk membanteras aktiviti keganasan di situ.

Bagi seluruh penduduk dunia, apa yang dilakukan oleh kedua-dua negara ini boleh disifatkan sebagai satu ancaman berbahaya bukan sahaja kepada penduduk di kawasan Banjaran Himalaya dan Banjaran Pir Panja di bahagian utara benua kecil India, tetapi turut mengancam rakyat dari negara luar yang berada di situ.

 

 Jejas Aktiviti Pelancongan

Sebut sahaja India, satu-satunya destinasi yang menjadi pilihan orang ramai adalah Taj Mahal di Agra, Delhi dan Kashmir.

Namun, disebabkan pergolakan yang sedang melanda ini, seluruh masyarakat dunia termasuk Malaysia terpaksa membatalkan hasrat mereka untuk melawati negara tersebut.

Sumber: Solopos.com

Sekiranya serangan demi serangan ini berlanjutan, tindakan tersebut bakal menakutkan pelancong untuk melawati negara berkenaan yang sedang bergolak sekaligus menyebabkan sektor pelancongan mereka terjejas teruk.

Untuk pengetahuan umum, serangan yang berlaku ini bukan kali pertama dalam sejarah yang mana kedua-dua negara sebelum ini juga pernah berperang sebanyak tiga kali sejak mencapai kemerdekaan daripada kerajaan British pada 1947 dan hampir berperang pada 2002 selepas Pakistan melancarkan serangan militan ke parlimen India. 

 

Pemimpin Dunia Luah Kebimbangan

Sumber: https://www.matamatapolitik.com

Pergolakan yang berlaku di antara India-Pakistan ini bukan sahaja mendapat perhatian dari kerajaan Malaysia meminta kedua-dua negara tersebut mengawal diri serta mengadakan semula dialog dan rundingan.

Malah, Kementerian Luar Perancis turut menggesa supaya kedua negara ini menggunakan akal yang waras bagi mengurangkan ketegangan dan mencari satu penyelesaian aman.

Selain itu, beberapa pemimpin negara seperti Perdana Menteri Britain Theresa May dan Menteri Luar Turki Mevlut Cavusoglu turut sama menzahirkan harapan mereka supaya kedua negara ini bertenang bagi mengelak ketegangan daripada terus berlaku.

Tidak kurang juga, negara Rusia, China, Nepal dan Amerika Syarikat yang turut meminta India dan Pakistan bertenang dengan menggunakan dialog bagi menyelesaikan pergolakan tersebut dalam kerangka undang-undang antarabangsa.

Dalam masa yang sama, Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Mike Pompeo pula dilihat menyokong tindakan India yang disifatkan usaha membanteras keganasan.

Sumber: https://www.matamatapolitik.com

Pun begitu, sebagai sebuah negara yang disegani ramai, banyak sahaja cara atau kesepakatan yang boleh dicapai dengan cara yang ‘aman’ tanpa melibatkan sebarang genjatan senjata yang boleh mengugat keselamatan orang awam.

Mereka sepatutnya sedar bahawa tindakan yang dilakukan oleh mereka ketika ini akan memberi kesan berpanjangan yang boleh membawa kepada kesan yang serius dan bahaya kepada negara lain.

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, wajarkah India membuat serangan ke atas Pakistan hanya untuk membanteras aktiviti keganasan di negara berkenaan?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN