Bagi mereka yang kaki pancing, selain kesabaran, pelbagai teknik perlu dilengkapkan dalam diri sebelum turun ke medan memancing. Ini kerana jika memancing tanpa persediaan yang rapi, berkemungkinan besar anda akan pulang dengan tangan kosong. Jika ada hasil pun, barangkali tidak sepadan dengan penat lelah yang dilalui.

Disebabkan itu, setiap pemancing yang berpengalaman jarang sekali akan pulang dengan tangan kosong. Ada sahaja hasil tangkapan yang dibawa pulang boleh dianggap lumayan. Mereka kebiasaannya mempunyai cara tersendiri untuk mendapatkan pelbagai hasil tangkapan laut.

Sumber: Canzs

Peralatan Memancing Yang ‘Rare’

Apakah peralatan memancing yang sering dibawa? Joran, tali tangsi, umpan, mata kail dan jala. Tetapi sekiranya anda memancing di negara Cuba, jangan pelik kalau peralatan memancing anda dianggap tidak lengkap tanpa kondom! Mungkin kedengaran agak menjengkelkan, tetapi itulah budaya memancing di sana.

Memetik laporan CNN Indonesia, kondom yang dibawa ketika memancing bukanlah bertujuan untuk melakukan hubungan seksual, tetapi digunakan untuk menangkap ikan-ikan laut yang mahal dan sukar ditangkap.

Kebiasaannya kondom-kondom tersebut akan dibentuk menjadi belon dengan mata kail diikat di sekitarnya. Teknik ini dikenali sebagai ‘ballon fishing’, cara yang murah tetapi berkesan.

Sekiranya melalui pantai-pantai sekitar Cuba, jangan hairan kalau terlihat belon-belon kondom berada di lautan. Kebiasaannya belon ini akan berada sejauh 274 meter dari pantai dan akan menjadi lebih banyak tatkala musim memancing tiba.

Kenapa Kondom?

Sudah pasti ramai yang tertanya-tanya, kenapa kondom, kenapa tidak peralatan lain? Ini kerana penggunaan kondom merupakan cara yang murah dan efektif bagi menangkap ikan.

Selain ciri fizikal kondom yang kuat dan elastik, ia merupakan pendekatan yang mesra alam dilakukan jika dibandingkan dengan penggunaan bom air.

Pemancing hanya perlu meninggalkan belon kondom yang sudah diikat dengan umpan mata kail. Apabila umpan sudah mengena, belon akan bergoyang dan akan memberikan isyarat yang jelas kepada pemancing untuk menarik tali pancing. Ini merupakan kaedah memancing yang sederhana tetapi dianggap efektif bagi mendapatkan makanan bagi

Sumber: Voaindonesia

ratusan orang di Cuba.

Fungsi Lain Kondom Di Cuba

Menerusi laporan Voaindonesia.com, kondom mempunyai fungsi-fungsi lain di Cuba. Bermula dari memancing ikan, memperbaiki kebocoran, membantu proses fermentasi anggur, bahkan turut digunakan untuk mengikat rambut.

Ini kerana sekatan perdagangan yang dilakukan oleh Amerika Syarikat (AS) sejak berdekad-dekad tahun yang lalu telah menyebabkan negara komunis tersebut mengalami kesukaran untuk mendapatkan barangan import. Sekiranya ada, ia dijual dengan harga yang sangat mahal dan sukar diperoleh.

Kesannya, rakyat Cuba terpaksa memerah otak dengan menghasilkan produk pelbagai fungsi. Jangan pelik sekiranya anda melihat satu produk boleh digunakan untuk pelbagai fungsi di Cuba.

Sumber: Voaindonesia

Disebabkan kondom sangat popular dan digunakan secara meluas, permintaannya akan meningkat sepanjang musim memancing. Hal ini menyebabkan harga kondom menjadi semakin murah setiap kali musim memancing tiba.

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa pandangan anda sekiranya kaedah ini turut digunakan di Malaysia?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN