Bercuti mahupun menginap di hotel pastinya akan membuatkan anak-anak kita berasa teruja lebih-lebih lagi apabila tempat penginapan tersebut dilengkapi dengan kemudahan taman permainan, taman tema air mahupun kolam renang sebagai tempat beriadah para pengunjung.

Ibu bapa mana yang tidak mahu mengembirakan anak bukan, sekali sekala pasti kita sebagai ibu bapa akan turutkan permintaan anak-anak untuk dijadikan kenangan apabila mereka meningkat dewasa kelak.

Namun dalam kita berseronok, langkah berjaga-jaga tetap perlu diambil bagi mengelak sebarang perkara yang tidak diingini daripada berlaku.

Antara isu-isu keselamatan yang sering melibatkan anak-anak kecil dengan tempat-tempat beriadah ialah potensi untuk mereka hilang mahupun menjadi mangsa penculikan.

Bukan satu dua malah sudah terlalu banyak kes-kes yang dilaporkan, malah masih ramai kanak-kanak yang masih belum dijumpai sehingga ke hari ini.

 

Kolam Renang Tempat Paling Berisko Untuk Kanak-Kanak

Antara isu lain ialah kecederaan dan lebih teruk kematian. Taman tema air mahupun kolam renang merupakan tempat yang mempunyai risiko yang sangat tinggi bagi kanak-kanak untuk mengalami kecederaaan mahupun berisiko berhadapan dengan maut.

Risiko untuk lemas sangat ditakuti ibu bapa dan pihak pengusaha tempat beriadah tersebut adakala tidak dapat mengelak walaupun sudah berhati-hati macam mana sekali pun.

Sabtu lalu, media sosial dihebohkan dengan berita kematian seorang kanak-kanak lelaki yang dikenali sebagai Aqil yang dilaporkan lemas ketika sedang beriadah di kolam renang bersama keluarganya di sebuah hotel di Melaka.

Kejadian tersebut disedari seorang individu lain yang turut berada di tempat berkenaan kerana terlihat adik Aqil sudah terapung di permukaan air kolam renang dewasa.

Sumber : The Reporter (Arwah Aqil)

Ibu bapa arwah Aqil yang hanya sedar selepas Aqil dibawa naik keatas hanya mampu berdoa ketika orang sekeliling sibuk berusaha untuk menyedarkan semula adik Aqil yang sudah tidak sedarkan diri dan mula membiru.

Namun malangnya, adik Aqil tidak dapat diselamatkan setelah berjam-jam bertarung nyawa dan bergantung kepada mesin oksigen dan ubat.

Ibu dan bapanya redha dengan pemergian adik Aqil walaupun berat bagi mereka untuk menguburkan zuriat mereka sendiri.

Pastinya, kejadian yang berlaku ini cukup untuk membuka mata semua ibu bapa dan orang sekeliling untuk lebih peka apabila mereka berada di kawasan-kawasan seperti ini.

 

Ibu Bapa Juga Manusia Biasa

Bagi yang tidak berada di tempat kejadian, tidak patut mereka menyalahkan ibu bapa arwah semata-mata tanpa mengetahui cerita yang sebenar.

Malah menurut penjelasan yang dibuat oleh salah seorang ahli keluarga arwah Aqil, bapanya sentiasa menemaninya ketika berada di tempat kejadian dan ibu bapanya bukanlah jenis yang mudah leka dan lalai dalam bab penjagaan anak-anak mereka.

Namun siapa kita untuk menolak takdir, pasti ada faktor yang menyumbang bagaimana adik Aqil boleh hilang dari pandangan si ayah.

Gambar Hiasan

Ibu bapa juga manusia biasa, walau macam mana hebat pun si ibu dan ayah mengawal dan memerhatikan si anak namun kecelakaan tetap boleh berlaku.

Mereka juga manusia biasa yang tidak mampu lari dari melakukan kesilapan. Sebagai orang luar, adalah lebih baik untuk kita mendoakan arwah dan ibu bapa arwah sendiri agar diberi kekuatan untuk melalui dugaan ini.

 

Sudut Positif : Semua Bangsa Bersatu Padu Selamatkan Mangsa

Menurut saksi yang turut berada di tempat kejadian, kemalangan yang menimpa adik Aqil secara tidak langsung telah menjadi penyebab semua rakyat Malaysia yang berlainan bangsa tampil secara sukarela untuk membantu tanpa mengira sebarang konflik perkauman yang sedang hangat melanda negara kita.

Sumber : Facebook (Jamilah Yusoff)

Semoga pemergian adik Aqil menjadi pengajaran untuk semua.

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa pendapat anda tentang isu ini?
2 votes · 2 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN