Negeri Melaka yang terletak tidak jauh dari Ibu Kota Kuala Lumpur sering menjadi tempat pelancongan yang menjadi pilihan ramai sama ada di kalangan warganegara Malaysia sendiri mahupun pelancong luar.

Heritage town in Malacca, Malaysia

Antara keunikan negeri ini ialah ia terkenal sebagai bandar bersejarah yang menyimpan seribu satu cerita tentang masa lalu.

Dan yang paling penting, keunikan makanannya juga sering menjadi penyebab mengapa ramai penduduk Malaysia suka datang ke sini.

Klebang meruapakan salah satu lokasi yang sering menjadi tumpuan ramai kerana terkenal dengan minuman ‘coconut shake’ yang menjadi kegemaran ramai.

Namun, antara isu yang kurang menarik yang telah mencemarkan imej Klebang adalah Dataran 1 Malaysia yang dahulunya dibina untuk orang ramai sebagai tempat rekreasi namun kini imej tersebut telah tercalar dengan aktiviti maksiat yang semakin berleluasa. 

Siapa yang sering ke sana pasti tahu keadaan suasana di sana lebih-lebih lagi pada waktu malam.

Dengan kawasan yang luas dan gelap, ia sangat mendorong perkara-perkara yang kurang baik untuk berlaku.

Malah ada juga yang berani secara terang-terangan melakukan perkara terkutuk tersebut seperti sudah biasa.

 

Denda Murah, Punca Maksiat Berulang Tanpa Penghujung

Menurut peraturan yang termaktub di dalam Enakmen Jenayah Syariah Selangor No. 9 Tahun 1995 Seksyen 29, pesalah yang ditangkap khalwat boleh didenda sebanyak RM3,000 ataupun penjara selama 2 tahun.

Ringan bukan hukuman yang ditetapkan? Zaman sekarang ini, berapalah sangat nilai RM3,000 tersebut jika mahu dibandingkan dengan zaman dahulu.

Gambar Hiasan

Malah pada zaman dahulu, jika ada mana-mana pasangan yang belum bernikah dan ditangkap berkhalwat pasti rata-rata daripada mereka akan dipaksa berkahwin sama ada oleh pihak yang menangkap mereka mahupun di kalangan ahli keluarga mereka sendiri.

Ia merupakan perbuatan yang sangat dipandang hina, lebih-lebih lagi bagi anak perempuan yang akan dianggap telah menconteng arang ke muka ibu bapa mereka.

Namun kini, jika anda berzina, dengan mudah anda boleh melepaskan diri tanpa sebarang masalah. Ada duit semua boleh selesai. Wajarkah perbuatan seperti ini dihukum hanya sebegitu?

Tidak hairanlah jika isu sosial yang melibatkan masalah seksual semakin berleluasa. Kelahiran bayi tidak sah taraf semakin meningkat dan penglibatan remaja dengan aktiviti seks diusia yang terlalu muda sudah cukup untuk membuka mata semua orang tentang isu ini.

Namun, malangnya seperti tiada apa yang cuba dilakukan dan permasalah ini semakin menjadi-jadi saban hari.

Adakah kita benar-benar peduli, atau hanya pandai ‘membawang’ di media sosial tentang isu seperti ini sambil menyalahkan pelbagai pihak tanpa sedar kita sendiri tidak pernah membantu untuk melakukan perubahan? Sampai bila?

 

Aktiviti Malam Patut Mula Disekat?

Sumber : KL Ekspress

Aktiviti-aktiviti sosial pada waktu malam banyak menyumbang kepada peningkatan masalah sosial bukan sahaja di kalangan remaja malah orang dewasa.

Namun, ia dilihat seperti sebagai satu keperluan. Melepak di restoran mamak, menonton wayang di tengah malam, konsert dan parti adalah trend yang sudah menjadi kebiasaan.

Paling menakutkan apabila ramai anak-anak muda kini sanggup melawan ibu bapa hanya kerana tidak dibenarkan untuk keluar pada waktu malam.

Semakin hari semakin jelas terlihat akhlak di kalangan remaja yang semakin berkurang dan berada di tahap yang menakutkan. Jika bukan sekarang untuk mengubahnya, bagaimana masa hadapan mereka kelak?

Patutkah kerajaan mula menggunakan kuasa mereka untuk menyekat sebarang aktiviti-aktiviti malam agar dapat mengurangkan kadar masalah sosial di negara kita? Tepuk dada, tanya selera.

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa kata anda?
2 votes · 2 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN