Kalau dahulu, kita sering mendengar ungkapan daripada pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) debat bukan budaya kita.

Malah kenyataan tersebut akan diperkukuhkan lagi dengan dakwaan akan berlakunya huru-hara dan sebagainya.

Tetapi kini dapat dilihat budaya tersebut telah ‘diiukuti’ oleh Pemimpin Pakatan Harapan.  

Sumber: Mengoyee

Kit Siang U-Turn

 Dikhabarkan Penasihat DAP, Lim Kit Siang telah mengambil keputusan untuk menarik diri daripada berdebat dengan Datuk Seri Najib Razak. Sedangkan debat tersebut diajukan sendiri oleh beliau kepada Najib dengan tajuk yang beliau cadangkan.

Ini bukan cabaran debat kali pertama yang dilakukan oleh Kit Siang. Pada Julai tahun lalu, Kit Siang telah mencabar Najib menyertai debat umum bertajuk ‘Islam bukan kleptokrasi’. Namun Najib meminta untuk berdebat berhubung manifesto Pakatan Harapan (PH).

Sumber: The Star

Memetik sumber Malaysiakini, perseteruan antara Najib dan Kit Siang bukan baru. Malah konflik antara kedua-duanya menjadi lebih rancak semenjak kekalahan BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu. Kit Siang dilihat terlalu obses terhadap dakwaan kesalahan-kesalahan Najib yang sedang dibicarakan. sehingga Kit Siang digelarkan oleh Najib sebagai ‘Menteri Hal Ehwal Najib’.

Timbul Tanda Tanya

Maka, tindakan Kit Siang menarik diri menimbulkan tanda tanya kepada semua pihak, apa sebenarnya yang berlaku? Ini kerana cabaran debat tersebut telah disahut sepenuhnya oleh Najib. Malah tajuk debat juga lebih memenangkan Kit Siang berbanding Najib kerana berkait dengan kleptokrasi.

Difahamkan antara alasan Kit Siang ialah untuk mengelakkan kemungkinan besar debat ini dimanipulasi menjadi satu konflik perkauman. Untuk mengukuhkan lagi kenyataan tersebut, beliau mengatakan bahawa beliau mendapat nasihat daripada ramai pihak untuk tidak meneruskan debat kerana merugikan.

Alasan Tidak Munasabah

Apa yang jelas, alasan yang beliau berikan tidak munasabah untuk diterima. Rata-rata warga maya turut mempersoalkan alasan yang dikemukakan oleh Kit Siang. Sedangkan, debat politik sudah acap kali diadakan oleh pelbagai pihak secara aman tanpa berlakunya sebarang konflik tidak diingini.

Sumber: Sokmo

Malah, kehadiran mengejut Mahathir dalam program ‘Nothing To Hide’ yang agak kontroversi sebelum ini tidak menyebabkan berlakunya perkara diingini walaupun Najib terpaksa menarik diri di saat akhir.

Kalau dahulu BN tolak debat kerana khuatir huru-hara, kali ini Kit Siang tarik debat kerana takut berlaku konflik perkauman. Nampaknya alasan yang diberikan oleh Kit Siang tidak ada beza dengan pemimpin-pemimpin BN terdahulu. Alasan yang sama, Cuma gaya bahasa yang berbeza.

Menurut pemimpin Parti Sosialis Malaysia, S Arutchelvan, Kit Siang seperti terperangkap dalam permainan politik yang direkanya sendiri. Dengan imej dan reputasi beliau selaku pemimpin politik veteran dan disegani, sudah pasti penarikan diri ini mencemarkan imej beliau dan parti DAP.

Sumber: Malaysia Today

Tonik Berharga Buat Najib

Tatkala kesedihan terpalit dengan pelbagai dakwaan dan penyelewengan, Najib merawat luka tersebut dengan kemenangan moral tanpa lawan. Ia merupakan tonik berharga buat Najib tanpa dipinta.

Najib tidak rugi apa-apa. Sekiranya kalah debat, ia tidak memberikan apa-apa makna buatnya kerana beliau bukan lagi orang berkuasa. Tetapi sekiranya menang, ia merupakan kekuatan untuknya membela diri dari terus diserang oleh seteru politik.

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa yang menyebabkan Kit Siang ingin berdebat dengan Najib?
4 votes · 4 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN