Salah seorang anggota kumpulan BTS, Kim Tae-hyung atau dikenali dengan V, baru-baru ini telah membuatkan peminatnya berasa risau dengan satu kenyataan di Weverse.

 

V berkongsi dengan peminatnya di mana dia mengalami keadaan kulit yang dipanggil “Cholinergic Urticaria’ yang membuatkan dia berasa gatal-gatal dan menjadikan suhu badannya meningkat.

 

Oh… Ruam Kulit Rupanya

Apa yang dimaksudkan dengan ‘Cholinergic Urticaria’ ini? Menurut portal myhealth.gov, urtikaria atau gegata adalah keadaan di mana sebahagian kulit menjadi bengkak, menebal merah dan gatal akibat dari alahan atau faktor lain seperti haba atau senaman.

Mereka yang mengalami penyakit ruam kulit ini akan timbul bintik-bintik kecil, kulit berwarna merah di sekitar bintik tersebut dan terasa gatal.

sumber: medical news today

Penyakit ini terjadi apabila suhu badan seseorang naik ketika melakukan aktiviti seperti bersukan, mandi air panas, berada di tempat yang panas, makan makanan yang pedas, dan mengalami demam.

Namun mereka yang mengalami urtikaria ini tidak akan terasa sakit tetapi kemunculan ruam dan gatal mungkin membuatkan mereka rasa tidak begitu selesa.

 

Demi Peminat, Sanggup Menahan Rasa Gatal

Netizen rata-rata bersimpati dengan kesusahan yang dialami oleh V untuk menguruskan keadaan kesihatan yang tidak begitu baik dengan jadual yang begitu padat.

 

Ada yang mengatakan disebabkan penyakit yang dialaminya itu, V memakai baju yang longgar dan meminum air yang banyak ketika di atas pentas. Peminat berterima kasih kepada V kerana memberitahu keadaan kesihatannya dan secara tidak langsung telah membuatkan orang ramai menyedari tentang penyakit cholinergic urticarial ini.  

 

BTS Army Kecewa 

Berkenaan dengan isu yang berkaitan dengan kesihatan V,  ada yang mengatakan mereka yang menyebarkan apa yang diperkatakan oleh V di dalam Weverse adalah salah dan melanggar polisi.

Perkara tersebut tidak sepatutnya disebarkan di luar aplikasi Weverse dan secara tidak langsung telah menjadikan peminat BTS terlalu risau dengan keadaan V dan membuat andaian yang tidak tepat berkenaan artis tersebut.

Sebelum ini, peminat-peminat begitu kecewa dengan aplikasi pertama yang dilancarkan oleh BTS iaitu BTS WORLD yang merupakan sebuah permainan interaktif khas untuk peminat mereka.

sumber: mashable

Hal ini kerana, terdapat dalam satu babak di dalam permainan tersebut, V ditampilkan dengan mengatakan ‘…I realized… I don’t bring anything to the group.” dan “Maybe that’s why I’m the hidden member…” membuatkan peminat berasa kecewa dan marah.

 

 

Peminat BTS meluahkan rasa kecewa mereka di media sosial dan ada yang meminta aplikasi tersebut dihentikan kerana aplikasi tersebut tidak begitu menarik. Namun diharap keadaan V selepas ini semakin baik dan pulih daripada penyakit yang dialaminya untuk terus bertenaga ketika membuat persembahan.

 

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Berkenaan dengan isu ini, adakah salah jika peminat berkongsi cerita tentang apa yang berlaku kepada artis kegemaran mereka secara umum?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN