Hari ini genap setahun Pakatan Harapan menjadi sebuah kerajaan selepas berjaya menumbangkan Umno Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke -14 (PRU-14) yang lalu.

Tetapi bagaimana dengan janji-janji yang dibuat PH sebelum ini kepada rakyat untuk menarik undi mereka? Apakah ia sudah dilaksanakan sebaiknya?

Tetapi jangan terkejut pula, bahawa ada seorang menteri ‘terlupa’ pada janji yang dibuat pada rakyat sebelum ini.

‘Terlupa’ Janji Nak Buat Rumah Untuk Rakyat

Sumber: FB Khalid Samad

Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad mengakui ‘terlupa’ ada membuat janji untuk menyediakan rumah teres kepada 41 keluarga bekas pekerja ladang Bukit Jalil yang diusir dari tanah tersebut. 

Ahli Parlimen Shah Alam memberitahu, beliau sejujurnya tidak ingat dengan janji tersebut namun bersedia untuk mencari jalan penyelesaian terhadap situasi yang berlaku.

Sukar Bina Rumah Dalam Bandar Kerana Kos Tinggi

Menurut Khalid lagi, adalah sukar untuk menunaikan janji memberikan rumah tersebut kerana ia memerlukan ruang yang jauh lebih besar berbanding jika dibina rumah dari jenis apartmen atau rumah bertingkat.

Sumber:thestar.com.my

Ulasnya,jika membina rumah teres di Kuala Lumpur mungkin agak sukar dengan nilai tanah yang begitu tinggi tetapi jika ingin membina apartmen atau kondominium ia tidak mustahil dan boleh di runding serta di usahakan.

Semasa berjanji dengan rakyat dahulu, kenapa soal sukar tidak dijelaskan kepada mereka? Apabila sudah menang lupa semua janji yang pernah ditaburkan.

Inikah standard menteri dibawah PH? Hanya buat janji-janji kosong sahaja. Tidak ada beza seperti Umno BN.

Khalid Juga Lupa Maklumkan Pada Pengarah Pejabat Tanah

Susulan isu itu, aktivis masyarakat memperjuangkan hak bekas pekerja ladang Bukit Jalil, S. Arutchelvan berkata, Khalid berjanji akan memperbetulkan tindakan Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan (PTGWP) yang mengeluarkan notis merah pengusiran 41 keluarga yang masih menghuni tanah ladang Bukit Jalil itu.

Sumber:MalaysiaGazette

Arutchelvan berkata, Khalid mengakui pengarah pejabat tanah itu muka baharu dan terlupa untuk memaklumkannya.

Akan Cari Jalan Penyelesaian

Selepas isu notis merah ini, Khalid berkata, beliau telah mengeluarkan arahan supaya notis yang diterima oleh bekas pekerja-pekerja ladang terbabit ditarik balik.

Katanya, perkara itu telah dimaklumkan dalam mesyuarat Kabinet yang berlangsung dan jalan penyelesaian segera akan diambil.

Dalam pada itu, Khalid tidak menafikan ada usaha untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pekerja-pekerja ladang berkenaan sebelum ini yang jumlah sebenarnya melebihi 100 orang.

Penduduk Tuntut Rumah Teres Dan Empat Ekar Tanah

Penduduk yang menerima notis merah tersebut meminta kerajaan menunaikan janji penyediaan rumah teres dan empat ekar tanah yang dipersetujui sebelum ini.

Sumber:Harian Metro

Mereka menyatakan rasa kekesalan selepas menerima notis merah yang memaklumkan mereka dikehendaki mengosongkan tanah kerajaan itu sebelum 14 Mei ini.

Dakwa mereka notis itu ada yang ditampal di rumah ibadat Hindu yang terletak di situ dan diserahkan di tangan penduduk di situ oleh pegawai PTGWP diiringi penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, patutkah Khalid Samad terlupa janjinya pada rakyat?
3 votes · 3 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN