Suatu ketika dahulu, Astro dikenali sebagai sebuah syarikat swasta yang semakin melonjak naik disebabkan tiada persaingan. Namun kini, dengan penggunaan teknologi internet yang semakin pesat, Astro tidak lagi menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia memandangkan banyak operator televisyen berbayar mahupun kumpulan pesaing yang menggunakan Internet dilihat bagai cendawan tumbuh.

Jika dahulu, Astro merupakan pemain dominan dalam perniagaan hiburan tetapi kini persaingan dinamik yang berlaku di antara Astro dan syarikat lain telah mengubah persepsi rakyat untuk terus melanggan Astro.

Tanya sahaja rakan-rakan atau saudara anda yang lain, pasti ada di antara mereka yang melanggan perkhidmatan TV Internet yang disediakan beberapa syarikat besar lain seperti Telekom Malaysia Bhd ™ dan Maxis Bhd.

Disebabkan itu, Astro kini telah mengalami kejatuhan keuntungan yang tinggi sebanyak 93% dalam laporan kewangan suku tahun keduanya.

 

Punca keuntungan Astro Jatuh

Sumber: Zing Gadget

Difahamkan, syarikat Astro memberi alasan punca keuntungannya jatuh sebaik menamatkan kempen Piala Dunia 2018 baru-baru ini.

Bukan itu saja, penurunan kadar untung ini juga turut dikaitkan dengan mata wang Ringgit (RM) yang sedikit lemah.

Adakah itu memang sebabnya? Kebanyakkan pelanggan Astro kini meluahkan rasa tidak puas hati dengan perkhidmatan siaran berbayar itu kerana hari-hari mereka akan mengulangi siaran yang sama tetapi mengenakan caj mahal.

Bukan itu sahaja, harga yang dikenakan itu belum lagi termasuk harga caj yang tersembunyi sepertimana yang terkandung di dalam harga pakej program, caj penalti yang dikenakan kepada pelanggan mereka.

Apabila Astro menetapkan harga pakej atau meletakkan caj penalti atau penalti tersembunyi, ia sekaligus menyebabkan pengguna berasa tertipu dengan harga yang dikenakan itu.

 

Sumber: Red Tone

Pelanggan Mulai Muak

Sekarang ni, penggunaan teknologi sudah tidak seperti dahulu di mana kita hanya ikut sahaja apa yang ditawarkan oleh Astro.

Kini, dengan adanya pelbagai tawaran kepada media berbayar yang lain seperti TM mahupun Maxis Bhd, keuntungan Astro setiap hari pasti menurun.

Media berbayar seperti TM dan Maxis Bhd sudah pastinya mendapat pilihan pengguna di mana mereka kini boleh menikmati pelan internet tanpa had di samping mendapat saluran televisyen yang pelbagai.

Dengan adanya capaian internet yang laju, pengguna boleh sahaja menonton filem kesukaan mereka menerusi Netflix tanpa perlu melanggan perkhidmatan Astro yang menawarkan saluran seperti HBO, Cinemax, Fox Movies, dan sebagainya.

Sekarang ini, ramai sahaja yang suka menonton filem mahupun drama secara online melalui telefon mereka sendiri dengan adanya UniFi, TIME dan Maxis Fiber.

Oleh sebab itu, tidak hairan, semalam Astro menamatkan dua saluran mereka iaitu saluran Mustika HD dan saluran Bella yang disasarkan kepada penonton Melayu.

Mungkin, kedua-dua siaran itu kurang mendapat sambutan disebabkan pelanggan kini mempunyai pelbagai pilihan dan tidak lagi memilih perkhidmatan Astro sekaligus dapat mengurangkan kos operasi syarikat Astro.

Malah bukan itu sahaja, perkhidmtan Astro juga akan tergendala sekiranya cuaca hujan tidak seperti menggunakan saluran televisyen berbayar yang lain.

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa kata anda?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN