Sumber : Whatsapp

Terkini, tular di laman sosial tentang misteri ketukan pintu yang tidak bertuan dialami penduduk Kampung Sg. Gajah, Perak.

Bukan sahaja di laman sosial, malah melalui Whatsapp juga berita tersebut turut tersebar bersama video seolah-olah seorang wanita sedang dirasuk dan gambar penampakkan hantu raya tersebut berdekatan pokok.

Apa yang dikatakan orang kampung, hantu raya tersebut dikatakan sedang mencari tuan baru untuk mejaganya kerana tuan yang lama sudah tidak mampu untuk membela jelmaaan tersebut.

Penduduk Gusar Tidak Berani Keluar Malam

 Berita ketukan hantu raya membuatkan penduduk kampung resah dan tidak berani untuk keluar rumah.

Pintu-pintu rumah penduduk kampung akan diketuk, namun apabila mereka buka pintu tidak ada sesiapa diluar rumah.

Kejadian ini menimbulkan kehairanan dikalangan penduduk dan apabila ramai penduduk kampung yang turut mengalami gangguan yang sama.

 

Penyebaran Video Wanita Dirasuk

Penyebaran video seorang wanita yang dirasuk dan sedang dirawat oleh seorang individu menjadi bahan bualan bukan sahaja penduduk kampung tersebut malah orang luar yang turut menerima video tersebut.

Namun begitu, video yang kononnya mendakwa wanita tersebut dirasuk jelmaan yang ingin mencari tuan baru didakwa tidak benar.

 

Fitnah Terhadap Pak Jago, Seorang Bomoh di Dakwa

 Hantu raya yang berkeliaran tersebut dikatakan milik seorang individu yang juga penduduk kampung tersebut bernama Pak Jago.

Tuduhan tersebut membuatkan Pak Jago menerima kecaman penduduk setempat dan dipandang serong kerana membela makhluk halus.

Namun begitu, keluarga ‘Pak Jago’ mendakwa tuduhan bahawa hantu raya yang mengacau penduduk kampung milik ‘Pak Jago’ adalah fitnah yang sengaja ditimbulkan oleh seorang bomoh.

Sumber : Mstar

Nur Natasya, adik ipar Pak Jago, melalui laman Facebooknya membuat penjelasan bahawa tuduhan terhadap abang iparnya itu adalah tidak benar dan mereka telah membuat laporan polis bagi menyiasat individu yang menjadi dalang menyebarkan fitnah tersebut.

 

Masyarakat Perlu Elak Sikap Mudah Percaya Cerita Tanpa Bukti

 Sikap masyarakat Malaysia mudah mempercayai sesuatu berita tanpa bukti yang sahih wajar diubah. Setiap berita yang tular samada di media sosial atau mana-mana platform berita perlu diselidik terlebih dahulu bagi mengelakkan sebarang isu fitnah timbul.

Penyebaran berita palsu terhadap seseorang pastinya akan menimbulkan masalah dan secara tak langsung memburukkan imej seseorang.

 

 

 

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, wajarkah nama orang yang tidak berkaitan difitnah sebegitu sehingga mampu menjatuhkan imej individu yang terlibat?
4 votes · 4 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN