Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad telah memberi pengiktirafan kepada Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan sebagai Tokoh Ikon Felda 2019.

Sumber:New Straits Times

Ia dinobatkan kerana Chef Wan merupakan generasi kedua Felda yang berjaya membawa nama negara ke seluruh pelusuk dunia menerusi masakan.

Mementingkan sikap untuk berjaya dan berpegang pada prinsip ‘di mana ada kemahuan, di situ ada jalan’, pemilik restoran masakan Melayu, De.Wan 1958 itu berkata usaha tanpa jemu meletakkan beliau di tahap yang dilihat masyarakat pada masa ini.

 

Ketua Pemuda Umno Pertikai Chef Wan

Nampaknya pengiktirafan yang diberikan kepada chef selebriti negara itu dikritik oleh Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki di laman Facebok miliknya.

Sumber: FB
DR ASYRAF WAJDI DUSUKI

Beliau mempersoalkan kriteria yang dipilih kerajaan Pakatan Harapan (PH) sehingga menobatkan Chef Wan sebagai ikon.

Ulasnya yang memetik kenyataan Chef Wan sebelum ini, bahawa peneroka Felda ini sebagai pemalas dan tidak pandai merancang keluarga dalam keadaan yang sempit dari segi kewangan dan sebagainya.

Itu pandangan yang diberikan oleh pemuda Umno dan ada juga segelintir netizen yang mempersoalkan perkara yang sama juga.

 

Patut Bangga Anak Felda Berjaya Dan Dijadikan Contoh

Manakala, selebihnya menyokong tindakan kerajaan mengangkat Chef Wan sebagai Tokoh Ikon Felda 2019 kerana kejayaan yang dikecapinya selama ini.

Sumber:Malaysia Tatler

Mereka mahu anak-anak peneroka generasi ketiga dan seterusnya ini terus berjaya seperti Chef Wan atau anak peneroka Felda yang lain dalam menempa nama di peringkat antarabangsa.

Sewajarnya kejayaan Chef Wan ini dijadikan contoh yang baik bukannya mengkritik pengiktirafan yang diberikan oleh kerajaan hari ini. Selama 35 tahun beliau dalam dunia masakan sehingga namanya dikenali diseluruh pelusuk dunia patut dibanggakan oleh anak-anak Felda.

 

Chef Wan Mahu Anak Felda Tanam Prinsip Untuk Berjaya

Dalam pada itu, Chef Wan menyatakan perlu niat untuk berubah ditanam dalam diri sendiri dan kesusahan semasa kecil mendorong beliau untuk tidak mahu berada di takuk sama untuk masa yang panjang.

Beliau juga turut menceritakan pengalamannya ketika kecil bersama sembilan orang adik beradik dengan pendapatan ayahnya yang tidak seberapa. Beliau pernah mengalami keadaan yang sangat susah dan kerana itulah yang menyebabkan beliau bangun untuk berjaya sampai ke peringkat hari ini.

Sumber:Kosmo

Beliau juga berharap pencapaian ini dapat memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia terutamanya anak Felda yang mahu berjaya dalam hidup.

Tidak salah untuk anak-anak generasi muda Felda menanam niat untuk berjaya dan keluar dari kepompong kehidupan yang sempit. Keluar mencari pengalaman untuk bantu keluarga dan sebagainya.

Bukan hanya tahu mengkritik sahaja tetapi tiada hasil yang diperolehi.

KATA ORANG

KATA ANDA

Wajarkah Chef Wan dinobat sebagai Tokoh Ikon Felda 2019?
9 votes · 9 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN