Sumber : Daily Star

Ketagihan permainan dikalangan kanak-kanak dan orang dewasa adalah isu yang semakin rancak diperdebatkan. Jika sebelum ini, isu penggunaan gajet yang terlalu lama oleh kanak-kanak menimbulkan kerisauan dikalangan ibubapa kerana bimbang akan kesan yang boleh mempengaruhi perkembangan kanak-kanak tersebut.

Namun kini, permasalahan ‘ketagihan’ yang melampau turut terjadi dikalangan orang dewasa yang boleh mempengaruhi sesebuah hubungan kekeluargaan.

Sumber : Blog.cc.net

Baru-baru ini seorang perbualan antara seorang wanita beranak dua dan seorang individu lelaki yang membincangkan tentang ketagihan suami wanita tersebut dengan permainan game PUBG. Wanita tersebut menceritakan tentang tekanan yang dihadapi dek kerana suaminya yang sanggup mengabaikan dia dan dua anak mereka kerana leka dengan permainan tersebut.

 

Rela Sakiti Anak Dan Isteri

Sumber : Akhtar Syamir

Bukan satu dua malah sudah banyak kes berkaitan ketagihan pasangan dengan permainan-permainan online yang telah merosakkan hubungan suami isteri dan keluarga.

Ketagihan yang melampau sehingga anak isteri terabai pastinya akan membuat sesebuah rumahtangga menjadi tegang dan bermasalah.

Ada sesetengah individu yang sanggup memukul dan mendera emosi pasangan mereka demi memuaskan ketagihan diri sendiri. Tidak hairanlah jika ada pasangan suami isteri yang ingin bercerai dengan alasan ketagihan game ini.

Anak-anak juga turut menjadi mangsa apabila masa mereka terbuang dengan aktiviti-aktiviti bersendirian tanpa perhatian ibu bapa. Sedangkan masa kecil inilah masa yang paling penting untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan.

 

Lubuk Curang

 Bagi sesetengah individu, permainan tersebut juga dijadikan medium untuk berkenalan dengan kawan -kawan baru. Namun apa yang membimbangkan, perkenalan tersebut turut mewujudkan bibit-bibit cinta yang tidak wajar bagi orang yang sudah mendirikan rumahtangga.

 

Sumber : gameisort.blogspot

Tidak dinafikan ketagihan yang semakin menular ini perlu dibendung segera bagi mengelak perkara yang tidak diingini daripada berlaku dan mempengaruhi keharmonian sesebuah rumahtangga.

Masa kualiti bersama keluarga perlu diluangkan sebaik mungkin agar anak-anak dan pasangan kita merasa saling melengkapi.

Walaupun ketagihan ini bukanlah seperti ketagihan terhadap dadah dan alkohol namun banyak keburukan boleh dilihat dan boleh memberi kesan yang mendalam bukan sahaja pada diri sendiri malah orang sekeliling.

 

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pendapat anda, patut game PUBG ini diharamkan di Malaysia?
7 votes · 7 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN