Apabila menceburkan diri di dalam bidang sukan pastinya ia merupakan satu kejayaan apabila seseorang atlet itu berjaya melayakkan diri mereka untuk menyertai pertandingan di peringkat Olimpik.

Bertanding di peringkat Olimpik? Bukan calang-calang orang mampu menyertainya.

Malah ada atlet yang sudah bertahun-tahun bertanding di peringkat antarabangsa pun belum tentu layak untuk menyertai acara Olimpik.

Dan pastinya atlet-atlet yang terpilih pasti akan melakukan sehabis baik untuk meraih trofi idaman juga sekaligus dapat mengharumkan nama negara yang tercinta.

Terbaru, atlet negara kita Farah Ann telah diumumkan bakal mewakili negara untuk pertandingan Olimpik Tokyo 2020 selepas berjaya mendapat tempat ke 16 dalam pusingan kelayakan yang berlangsung di Stuttgart,Germany pada Oktober lalu.

Sebagai rakyat Malaysia, pastinya semua orang berasa teruja dan mengharapkan atlet-atlet negara yang berjaya memasuki pertandingan Olimpik tahun depan berjaya membawa pulang beberapa pingat kemenangan.

Netizen Pertikai Pakaian Farah Ann

Namun, dalam para atlet dan rakyat Malaysia bersorak kegembiraan dengan berita tersebut, masih ramai yang biadap dalam memberi komen-komen mereka di laman sosial dan mempertikai tentang keseksian Farah Ann melebihi pencapaiannya yang patut diutamakan.

Komen-komen yang berunsur lucah juga tidak kurang ditulis oleh segelintir netizen yang pastinya tidak tahu adab dan apa itu erti kesopanan.

Malah saluran media yang membuat liputan tentang berita tersebut turut dikecam kerana kononnya tidak patut mempamerkan gambar-gambar sebegini untuk tontonan umum.

Jika benar begitu, bagaimana pula dengan liputan-liputan antarabangsa yang dibuat media tempatan?

Adakah semuanya juga perlu ditapis?

 

Ada Je Pakaian Ahli Gimnastik Yang Lebih Sopan

Pastinya status Farah Ann sebagai seorang muslim yang memainkan sukan gimnastik akan menjadi pertikaian ramai.

Isu aurat dan isu pakaian yang terlalu seksi dan terdedah akan berterusan dibahaskan.

Sudah menjadi lumrah kehidupan, masyarakat umum akan lebih berminat dengan kesalahan dan kekurangan kita berbanding pencapaian dan kebaikan yang kita lakukan.

Dan sudah menjadi kebiasaan untuk ahli gimnastik berpakaian sebegitu ketika bertanding mahupun berlatih.

Namun siapa kita untuk mempertikaikan keputusan Farah Ann dan keluarganya dalam memilih sukan sebegini.

Memang benar, ramai atlet-atlet gimnastik muslim di luar negara ada yang memakai pakai yang lebih tertutup malah ada juga yang berhijab namun bukankah itu pilihan diri sendiri dan kita tidak patut mempertikaikan isu tersebut sesuka hati sehingga sanggup melontarkan kata-kata yang memalukan mereka.

Bukankah sepatutnya kita sama-sama meraikan pencapaian yang diraih Farah Ann sepanjang penglibatan beliau di dalam sukan ini berbanding perkara-perkara lain.

 

Mahu Perubahan Tapi Pemikiran Masih Di Takuk Lama

Pengguna media sosial dan dunia maya semakin hari semakin melampau dalam melontarkan pendapat mereka tentang sesuatu isu.

Sungguh menyedihkan apabila yang dewasa pun berkelakuan seperti orang tidak matang seterusnya menjadi contoh yang tidak baik untuk anak muda kita.

Jadi janganlah persoalkan kenapa anak-anak muda sekarang berkelakuan teruk dan tidak senonoh apabila contoh di keliling mereka semuanya tidaklah sebaik mana.

Kita mahukan perubahan, kita mahukan negara yang maju, tapi bagaimana ia hendak dicapai jika perangai dan pemikiran kita masih di takut lama.

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa kata anda?
2 votes · 2 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN