Menurut Pengerusi Persatuan Pengusaha Bas Ekspress Semenanjung Malaysia, Tajarul Yusmi Mohd Yusop, perubahan kuasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) ke Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) pada Jun tahun lalu telah mengakibatkan proses pembaharuan permit kepada pengusaha bas menjadi lewat.
Antara yang terkesan akibat kelewatan pembaharuan permit bas ialah bas ekspres, bas persiaran, bas sekolah, bas catar (sewa) dan bas pekerja.
Malah, ada pengusaha bas yang tidak dapat beroperasi dengan sempurna kerana permasalahan ini. Isu yang dihadapi oleh pengusaha bas tersebut sudah berlarutan selama enam bulan yang lalu.
Kesan Kelewatan
Kesan kelewatan mengakibatkan cukai jalan tidak dapat diperbaharui sekaligus menghalang operasi bas dan dalam masa yang sama terpaksa menanggung hutang.
Akhirnya, terdapat pengusaha bas yang terpaksa ‘gulung tikar’ kerana tidak lagi boleh beroperasi.
Kaji Semula SOP
Sementara itu, Presiden Persatuan Gabungan Bas Catar dan Sekolah Malaysia, Mohd Rofik Mohd Yusoff menggesa kementerian terlibat mengkaji semula prosedur operasi standard (SOP) pembaharuan permit agar dapat memudahkan semua pihak.
Sewaktu urusan permit bas dikendalikan di bawah SPAD, tempoh pembaharuan permit hanya sekitar seminggu hingga tiga minggu, namun di bawah pengurusan APAD kini  memakan masa berbulan-bulan.
Dalam masa yang sama, beliau turut menggesa Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya menilai kembali keperluan pemandu pelancong bagi bas pelancongan tempatan kerana ia seakan menyukarkan agensi pelancongan tempatan.
Sebab Penukaran SPAD kepada APAD
Pada Jun tahun lalu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook membubarkan SPAD dan peranan tersebut digantikan dengan APAD dan tugasnya dikembalikan ke Kementerian Pengangkutan. Peralihan SPAD kepada APAD tidak lagi memerlukan pembabitan anggota sebagai anggota suruhanjaya.
Tindakan tersebut bertujuan untuk menjimatkan kos perbelanjaan mengurus sebanyak RM38.5 juta setahun ekoran pengerusi SPAD diberi elaun besar iaitu sebanyak RM25,000 hingga RM30,000 sebulan. Langkah tersebut diambil bagi memastikan agensi atau jabatan yang tidak relevan tidak membebankan kerajaan.
Pandangan Bekas Pengerusi SPAD
Bagi bekas Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar , SPAD memainkan peranan penting dalam merancang strategi bagi memperkasa pengangkutan awam untuk kemudahan rakyat.
Beliau berharap Kementerian Pengangkutan meneruskan peranan yang pernah dilakukan oleh SPADÂ kerana SPAD mempunyai peranan tersendiri yang tidak dimainkan oleh JPJ.
Memorandum Kepada Kementerian Pengangkutan
Menurut Tajarul Yusmi, beliau pernah menghantar memorandum kepada Kementerian Pengangkutan pada Ogos tahun lalu iaitu sewaktu peringkat awal ‘peralihan’ SPAD kepada APAD namun belum mendapat apa-apa respon sehingga hari ini.
Pada ketika ini dianggarkan sekitar 30 peratus pengusaha bas Seluruh Semenanjung berdepan penutupan operasi semenjak September tahun lalu berikutan kelewatan pembaharuan permit oleh Kementerian Pengangkutan.
Isu seperti ini perlu ditangani dengan kadar segera agar tidak menjejaskan lebih ramai lagi pengusaha bas. Penelitian secara rapi perlu dilakukan terhadap  APAD dan agensi-agensi terlibat selepas pemansuhan SPAD bagi memastikan masalah seperti ini dapat diatasi dengan sewajarnya.  Â
KATA ORANG
Sape yang nak sangat SPAD bubar ?? Korang jugak kan.. Lepastu kerajaan yang ambil alih bukak satu je cawangan dah tu ckp kerajaan menyusahkan pulak rakyat..
— Blank 🤘 (@bonekachoky) January 16, 2019
YAB @chedetofficial bubar #SPAD YB @anthonyloke tubuh #APAD, kemudian Anthony kutip semua pegawai2 SPAD ddk dlm APAD.
— duniateksi (@duniateksi) October 28, 2018
Kesudahannya Kerajaan #PH akan meneruskan legasi #BN menjahanamkan industri dan menambur pasir ke dalam periuk nasi kami.@anwaribrahimhttps://t.co/PRjjse1lkd
Tulah...bila umum nak bubar SPAD, semua melonjak happy sbb konon membazir, kerja bertindan ngan JPJ...sekarang bila SPAD dah dibubarkan, dah takde kawalan...nak marah plak! Sapa yg meroyan sekarang?
— SMR (@RhazesAssegaf) October 9, 2018
Report direct to JPJ...baby kesayangan MoT...SPAD dah bubar sbb kerajaan kata redundant dan bole jimat RM38 juta setahun....JPJ pandai buat keje katanya walaupun dah berpuluh tahun tak nampak apa hasilnya. The best they can do is to waive saman sbb senang buat keje...
— SMR (@RhazesAssegaf) August 19, 2018