Selalu kita dengar, anak dara yang bangun pagi dan mempunyai kesan lebam-lebam kebiruan pada badan dipercayai digigit pelesit.

Orang kita percaya pelesit menjelma sebagai sejenis belalang yang boleh dibunuh jika dapat ditangkap.

Sumber: Letak kepala

Dan ada juga masyarakat kita hari ini masih percaya kesan lebam pada peha dan lengan adalah perbuatan jin, biru-biru itu adalah kesan gigitan oleh jin.

Tetapi, adakah fakta ini logik mengikut pemahaman moden generasi milenial?

Kesan Lebam Sebab Saluran Darah Nipis

Memetik Harian Metro, Pakar Kardiologi, Dr Choor Chee Ken, berkata tanda lebam yang berlaku ketika tidur itu tidak dikaitkan dengan gangguan mistik atau digigit hantu.

Sumber: Harian Metro

Masalah lebam yang muncul selepas tidur berkait dengan fisiologi tubuh individu khususnya mereka yang mempunyai saluran darah lebih tipis dan rapuh.

Sumber: Maskulin

Dr Choor menjelaskan lagi, kesan lebam adalah keadaan di bawah permukaan kulit yang mana sel darah merah terkeluar daripada saluran darah di permukaan kulit.

 Apabila sel darah yang asalnya berwarna merah ini terkeluar, ia akan bertukar warna menjadi ungu apabila tidak mendapat oksigen.

Kesan Lebam Mungkin Leukemia Dan Penyakit Hati

Amat membimbangkan apabila kehadiran lebam boleh juga menjadi gejala kepada penyakit lebih berbahaya seperti leukemia dan penyakit hati.

Dr Choor mengulas lanjut bahawa kes lebam yang merujuk pada keadaan luar biasa seperti lebam itu mula merebak disusuli rasa sakit bagi tempoh lama dan jika ia kerap berulang.

Sumber: Hello Sehat

Sebagai contoh kes lebam yang lama dan tidak sembuh mungkin ada kaitan dengan masalah darah iaitu platelet iaitu sel penting dalam pembekuan darah.

Dalam keadaan sebegini, sangat penting untuk seseorang itu menjalani saringan kesihatan terutama kumpulan pesakit berisiko seperti mempunyai sejarah keluarga mempunyai penyakit hati atau kanser darah untuk pengesanan awal.

Berisiko Pendarahan Otak

Sementara itu, menurut Dr Khairul Faizie Mohammad Kamar tanda lembam itu adalah Immune Thrombocytopenic Purpura (ITP).

Sumber: theasianparentsmalaysia

Kalau kena ITP ni, anggota badan akan mudah lebam dan alami perdarahan. Ianya bukan penyakit jangkitan kuman, tapi ianya ada kaitan dengan sistem imun badan yang jadi mereng  atau haywire.

Dalam keadaan normal, sel darah kuning (platelet) membantu proses pembekuan darah. Bilangan platelet yg normal ialah antara 150 – 450 ribu microliter darah. Kalau bilangan platelet berkurangan, kita akan mudah alami perdarahan dan lebam lebam atau bintik merah pada kulit.

Apa symptom  ITP?

– bintik2 perdarahan halus ( petechiae), terutama di kaki.

– lebam lebam pada kulit.

– perdarahan pada gusi, hidung.

– darah dalam air kencing / najis.

– haid yang banyak, darah berketul ketul.

Dalam kes ITP yg serius ( bacaan platelet sangat rendah), berisiko alami perdarahan dalam, seperti perdarahan otak.

Sumber:okezone lifestyle

Apa yang perlu dilakukan oleh mereka jika lebam itu tidak sembuh segera dapatkan rawatan dengan doktor.

“Perlu Juga Percaya Ini Kerja Jin”

Namun, rata-rata netizen tidak menolak apa yang diperkatakan oleh pakar perubatan mengenai masalah ini, namun mereka juga percaya ada perkara-perkara lain juga yang menyebabkan kepada tanda-tanda lebam di bahagian anggota badan manusia.

Sumber: Ohbulan

Lebam-lebam ini biasanya terjadi pada kaum wanita. Apabila Jin atau makhluk halus mula jatuh cinta kepada seseorang wanita, pasti buruk padahnya.

Pada permulaan, akan wujud kesan lebam pada peha wanita itu, dan jika dibiarkan, lebam-lebam itu mungkin melarat ke anggota-anggota badan yang lain.

Sumber: Rileklah.com

Jika mampu dilihat akan ada 5 lubang halus pada lebam tersebut. Dan mengikut kepercayaan mereka jika wanita itu mandi pada waktu maghrib tanpa beralas, jin akan tergoda dan buruk padahnya jika ia tidak melepaskan wanita tersebut.

“Jin Angau”

Ini bermakna sekali jin jatuh cinta, buruk padahnya dan sukar dicari penawarnya. Ada yang menamakan ia Sihir Jin Asyik (Jin sedang Angau).

Bila Jin cuba pertahan cinta pada kekasihnya, pasti sukar seseorang itu mendapat jodoh.

Malah bila orang datang merisik lalu senyap, orang datang meminang juga senyap. Mungkin ada kekasih alam lain yang cuba pertahan cinta mereka.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah anda masih percaya tanda lebam sebab mistik?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN