Sumber: The Shadow Of The Sun

Pada 8 Mei lalu, kerajaan Thailand telah mengambil keputusan untuk meneruskan projek Terusan Kra yang telah lama tertangguh.

Terusan sepanjang 102km tersebut terletak di selatan negara Thailand yang melibatkan beberapa wilayah seperti Trang, Satun, Phatthalung dan Songkhla.

Idea 300 Tahun Dahulu

Terusan Kra merupakan idea lama yang diilhamkan oleh Raja Narai Siam sejak 300 tahun dahulu dengan bertujuan memendekkan laluan perdagangan ke China tanpa melalui Selat Melaka.

Sekiranya berjaya direalisasikan, laluan perdagangan ke China berjaya dipendekkan sebanyak 1,200 km. Jumlah ini bersamaam 2 atau 3 hari perjalanan.

Sumber: Mysuara

Bagi Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Kamarudin Jaffar, Malaysia menghormati hasrat Thailand untuk meneruskan projek tersebut sungguh pun memberi implikasi kepada pelabuhan di Malaysia.

Apa yang pasti, projek Terusan Kra semestinya memakan masa yang lama untuk direalisasikan sama ada 10 tahun atau lebih.

Adakah Semua Kapal Bakal Melalui Terusan Kra?

Persoalan ini timbul ekoran kebimbangan ramai pihak sekiranya Terusan Kra dibuka. Secara logik, kebanyakan kapal bakal melalui Terusan Kra kerana lebih dekat namun tidak semua kapal akan berpindah ke sana. Memetik penulisan soscili, Selat Melaka tetap akan mendapat sambutan perdagangan berdasarkan penelitian di beberapa terusan penting.

Sumber: Gana Islamika

Misalnya Terusan Suez di Mesir telah mengalami laluan kapal yang merudum selama sembilan bulan berturut-turut. Ia ekoran berlaku trend penurunan harga minyak menyebabkan ramai yang mengambil pilihan untuk mengelilingi Tanjug Harapan di Afrika Selatan berbanding membayar tol yang agak mahal di Terusan Suez.

Sumber: Internasional.kompas

Kependekkan Laluan Tidak Begitu Signifkan

Memetik laporan Berita Harian, Terusan Suez mampu memendekkan perjalanan sejauh 10,000 km, manakala Terusan Kra hanya mampu menjimatkan 1,200 km sahaja. Yang pasti, faktor terusan yang sempit menyebabkan masa yang diperuntukkan untuk kapal berlabuh memakan masa yang lama.

Semestinya tidak semua kapal akan melalui laluan tersebut, dan Selat Melaka masih menjadi antara laluan dagangan utama.

Maka, sesuatu harus dilakukan oleh Malaysia, Singapura dan Indonesia dalam usaha menjadikan laluan di Selat Melaka mempunyai tarikan dan keistimewaan tersendiri.

Kesan Geopolitik Terusan Kra

Setiap kelebihan sudah pastinya mendatangkan kesan sampingan. Sungguhpun projek Terusan Kra bakal memberi manfaat besar kepada ekonomi Thailand, namun begitu ia turut menjadi titik kelemahan kepada Thailand.

Sumber: Malaysia Dream News

Ini kerana kesesakan Terusan Kra bakal menjadi cabaran utama bagi pemerintah Thailand untuk mengurus. Dengan keadaan politik negara tersebut yang tidak stabil sejak dahulu kerana rampasan kuasa tentera, Terusan Kra bakal menjadi titik penting penentang kerajaan selepas Bangkok untuk melumpuhkan ekonomi seterusnya menjatuhkan kerajaan yang ada.

Sumber: Ummah Patani

Malah, kedudukan terusan tersebut terletak berhampiran dengan wilayah-wilayah bergolak di selatan seperti wilayah Pattani, Yala, Narathiwat dan Songkhla.

Besar kemungkinan, golongan pemisah akan mengambil kesempatan di sebalik persempadanan Thailand yang terpisah berdasarkan terusan untuk melancarkan gerakan kemerdekaan.

Pembangunan Wilayah Baru Malaysia

Sungguh pun mengalami kerugian ekoran kewujudan Terusan Kra, namun Malaysia masih mampu menerima impak keuntungan melalui pelabuhan-pelabuhan berdekatan lokasi terusan seperti di Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan juga pelabuhan Langkawi.

Sumber: Ecerdc

Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) bakal memainkan peranan yang penting sebagai laluan utama perdagangan yang menghubungkan negeri-negeri di pantai barat dengan negeri di pantai timur dengan Kelantan bakal mendominasi manfaat ekonomi ECRL melalui pelabuhan.

Sudah tiba masanya pembangunan-pembangunan besar negara ditumpukan di wilayah-wilayah sempadan Thailand bagi memastikan negara kita tidak merasai impak ekonomi yang terlalu besar berbanding Singapura. Mungkin Singapura tidak lagi menjadi pilihan utama rakyat Malaysia untuk bekerja.

Walau bagaimanapun kerajaan akan sentiasa mengikuti perkembangan projek tersebut dari semasa ke semasa dan akan mengambil tindakan selanjutnya sekiranya ia benar-benar direalisasikan oleh Thailand.

KATA ORANG

KATA ANDA

Pandangan anda tentang Projek Terusan Kra?
16 votes · 16 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN