Malaysia dan Thailand bersetuju untuk membuka pintu sempadan 24 jam sehari dalam menggalakkan perdagangan bagi kedua-dua buah negara.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata langkah itu termasuk membina dua buah jambatan merentasi Tak Bai di Pengkalan Kubor dan Sungai Golok di Rantau Panjang, Kelantan.

Menurutnya, kerjasama sebegini akan membantu menggalakkan pertumbuhan kekayaan kedua-dua buah negara kerana perdagangan meningkatkan kekayaan negara.

 

Dari Segi Ekonomi

Malaysia perlu memanfaatkan aktiviti perdagangan sempadan yang aktif untuk menembusi pasaran Thailand yang lebih besar.

Kira-kira 60 peratus daripada perdagangan daripada aktiviti perdagangan sempadan.

Sumber: Sini.com.my

Thailand dikatakan mempunyai 69 juta penduduk dan 77 wilayah, merupakan pasaran yang besar kepada Malaysia dan dengan rakan kongsi tempatan, ia akan memudahkan kemasukan mereka ke pasaran Thailand.

Pada tahun 2015, jumlah perdagangan antara Malaysia dan Thailand mencecah RM86 bilion, meningkat sebanyak 8 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Setakat ini, trend perdagangan dua hala antara Malaysia dan Thailand adalah positif.

Faedah yang dapat diperolehi daripada pembukaan sempadan selama 24 jam ini ialah dapat menarik minat pelancong. Hal ini akan menambahkan KDNK negara.

Sumber: WordPress

Ia juga dapat meningkatkan tenaga kerja dan mengurangkan kadar kemiskinan. Peluang perniagaan juga dapat diperluaskan dengan meningkatkan pengeluaran serta dapat membantu peniaga kecil-kecilan dan pemandu teksi kerana terdapat lebih masa untuk menarik pelanggan.

Dari segi eksport Thailand ke Malaysia ia meningkat sebanyak tiga peratus dalam tahun 2017 berbanding hanya 1.5 peratus pada 2016, berikutan keadaan ekonomi yang bertambah baik dan ini memberi kesan kepada hubungan perdagangan kedua-dua hala.

Eksport utama Thailand ke Malaysia adalah petroleum, alat ganti kenderaan, komputer, produk makanan serta barangan elektrik.

Begitu jelas sekali bahawa ekonomi dua hala ini memberi manfaat kepada kedua-dua buah negara dan ia sekaligus membantu ekonomi rakyat di kedua-dua negara tersebut.

 

Dari Segi Keselamatan

Di sebalik kebaikan dan manfaat yang boleh didapati, keburukan pembukaan sempadan ini pula dapat dilihat daripada aspek keselamatan dan isu sosial oleh kerana penyeludupan dadah, beras dan minyak dapat dilakukan dengan lebih mudah terutama pada waktu malam.

Sumber: jhsph.edu

Kita umum tahu Thailand merupakan negara pembekal senjata api dan ia mudah diperolehi, jadi kembimbangan itu mungkin ada dikalangan rakyat Malaysia terutama di negeri Kelantan dan sekitarnya.

Ia membahayakan keselamatan penduduk di Malaysia seluruhnya. Dilaporkan sepanjang tempoh awal Januari hingga Mac tahun ini, sebanyak 11 rampasan senjata api dilaporkan.

Dari 11 pucuk pistol yang dirampas dalam tempoh berkenaan, 9 pucuk daripadanya merupakan senjata api jenis automatik manakala dua pucuk lagi jenis pistol angin menggunakan bola besi.

Selain senjata api, dadah pelbagai jenis terdiri dari 2,800 biji pil kuda, 4 liter cecair dipercayai ubat batuk dan daun ketum melibatkan nilai lebih RM32,000 turut ditemui.

Sumber: Free Malaysia Today

Malah, jenayah paling menakutkan adalah pemerdagangan manusia, dimana keadaan ini dibimbangi akan berlaku seperti kes di Wang Kelian, Kedah.

Bagaimana keadaan keselamatan akan diperketatkan? Sedangkan masa keluar masuk yang terhad juga penjenayah dapat bolos ke sempadan.

Dilaporkan seramai 4,000 anggota Angkatan Tentera Malaysia yang bertugas mengawal keselamatan di pintu ,sempadan Malaysia-Thailand di Bukit Kayu Hitam.

Berapa ramai lagi anggota akan dikerahkan untuk menjaga keselamatan orang awam selama 24 jam?

Diharap pihak kerajaan terus mengadakan perjanjian yang terperinci dengan kerajaan Thailand. Perjanjian yang meliputi semua aspek dan dapat mendatangkan faedah kepada negara. Barangkali pihak kerajaan boleh mengusulkan tempoh percubaan dalam jangka masa tertentu.

 

Dari Segi Sosial

Sumber: matichon.co.th

Kesan dari segi sosial pula, negara Thailand memiliki penduduk yang beraasl dari multietnis iaitu bangsa Thailand (85%), sedangkan sisanya adalah keturunan Cina, India, dan Melayu.

Rasanya kedua-dua kerajaan perlu mewujudkan keamanan serta pembangunan di wilayah selatan Thailand yang bergolak.

Perlu ada rundingan damai supaya tidak berlaku pergolakan di negara Malaysia.

Rata-rata rakyat yang tinggal berdekatan dengan sempadan melahirkan rasa bimbang akan kesan jenayah yang berlaku, kehidupan masyarakat Thailand yang berbeza dengan masyarakat Malaysia dan sebagainya.

Mereka mahu kerajaan Malaysia perketatkan lagi undang-undang pintu masuk ke negara ini.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah anda rasa ini akan memberikan impak positif lebih dari negatif kepada Malaysia?
5 votes · 5 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN