Terbaru seorang warga emas yang sedang berada diperkarangan rumah diserbu oleh sekumpulan penyamun bermotosikal dan menyerangnya dengan parang panjang. Tuan rumah berkenaan yang sedar akan pergerakan penyamun sempat melarikan diri kedalam rumah dan mengunci pintu utama rumah mereka bagi mengelak penyamun dari masuk ke dalam.

Kejadian tersebut berjaya dirakam oleh cctv yang diletakkan dihalaman rumah dan beberapa sudut rumah yang lain.

Keadaan di negara sekarang seolah-olah sudah tidak selamat bagi semua orang terutamanya kanak-kanak dan wanita. Bermacam-macam berita yang menakutkan acap kali dilaporkan di dalam berita sehingga menimbulkan kebimbangan semua orang dan merasakan negara kita sudah seperti aman dan selamat.

Sumber : Free Malaysia Today

Baru dua bulan kita menjalani tahun 2019, sudah pelbagai kes yang menakutkan berlaku contohnya kes samun seorang wanita di lif sebuah stesen lrt, kes culik dan pengambilan organ kanak-kanak dan yang terbaru kes samun beramai-ramai menaiki motosikal yang giat dijalankan oleh sekumpulan anak muda tidak bertanggungjawab yang aktif di sekitar Lembah Klang.

Modus operandi menyamun yang dijalankan secara beramai-ramai ini berbekalkan parang panjang menimbulkan rasa khuatir orang ramai terutamanya yang tinggal bersendirian dirumah. Kumpulan penyamun ini dikatakan akan menyerbu secara beramai-ramai ke rumah-rumah teres.

Mengikut rakaman kamera litar tertutup dirumah mangsa menunjukkan penyamun akan menunggu sehingga pagar dirumah terbuka sebelum bertindak untuk menyerang.

 

Penyamun Masih Bebas Berkeliaran

Sehingga kini masih belum ada berita mahupun susulan dari kes-kes samun ini, jadi pastinya mereka masih bergerak bebas dan terus menjalankan aktiviti samun mereka. Setiap rakaman kamera litar tertutup sudah diserahkan kepada polis bagi membantu siasatan.

Yang pastinya, hukuman setimpal perlu diberikan kepada setiap individu yang terlibat supaya aktiviti jenayah ini tidak terus-menerus meningkatkan dan membahayakan masyarakat.

 

Tingkatkan Tahap Keselamatan Rumah dan Rukun Tetangga

Setiap individu perlu jadi lebih peka terhadap kawasan sekeliling terutamanya apabila mereka sedang menuju kerumah. Pastikan kenderaan anda tidak diikuti oleh individu-individu yang mencurigkan terutamanya kumpulan-kumpulan yang bermotosikal.

Pintu pagar rumah juga perlu sentiasa ditutup samada waktu siang mahupun malam kerana penjenayah sekarang sudah tidak kisah waktu apa untuk melakukan jenayah mereka. Bagi individu yang sering bersendirian terutamanya wanita perlu sentiasa membawa objek tajam sebagai langkah mempertahankan diri.

Selain itu, sangatlah penting di zaman sekarang ini untuk setiap individu melengkapi diri mereka dengan langkah-langkah asas seni mempertahankan diri supaya dapat digunakan jika mereka berdepan dengan kes-kes kecemasan seperti ini.

Aktiviti-aktiviti rukun tetangga juga perlu diperbanyakkan bagi menjaga keselamatan kediaman kita bersama. Aktiviti meronda secara bergilir-gilir perlu dilakukan bagi memastikan tiada aktiviti-aktiviti yang berbahaya dijalankan oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Malahan melalui usahasama ahli-ahli rukun tetangga ini, banyak jenanyah-jenayah dan masalah-masalah sosial boleh dielak daripada berlaku di kawasan kediaman kita.

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pendapata anda, perlukah kamera litar tertutup diletak disetiap rumah sebagai langkah keselamatan?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN