Dapat dilihat baru-baru ini pelbagai kontroversi yang melibatkan artis dan pelakon tular di media sosial. Pastinya isu yang melibatkan samada kehidupan peribadi mahupun apa sahaja yang mencuri perhatian orang ramai.
Terbaru, penyanyi berbakat besar Misha Omar dikatakan menfailkan kes untuk fitnah yang ditaburkan keatasnya oleh seorang individu di media sosial. Individu tersebut dikatakan menuduh Misha Omar menggunakan ilmu sihir untuk meraih kemenangan ketika pertandingan akhir juara lagu ke-33 dijalankan.
Fitnah tersebut berlanjutan apabila ramai netizen yang menambah-nambah komen negatif tersebut sehinggakan isu ini turut menjadi bahan ketawa rakan-rakan yang mengenali Misha Omar. Yang menyedihkan ada yang turut menuduh beliau menggunakan ‘Mak Esah’ dari Siam untuk kegunaan dalam perjalanan karier nyanyiannya.
Saman Dibawah Akta Fitnah 1957
Pasti ramai yang tidak tahu, sebarang fitnah atau dakwaan yang tidak benar jika disebarkan ke pihak ketiga dan mempunyai bukti hitam putih penyebaran fitnah tersebut, individu yang terlibat boleh disaman dibawah Akta Fitnah.
Jika betul sabit kesalahan, pelaku boleh didenda sejumlah wang yang ditetapkan oleh mahkamah. Namun jika dirujuk untuk kes ini, Misha Omar hanya meminta individu yang telibat untuk memohon maaf secara terbuka dalam tempoh masa 7 hari sebelum beliau dan peguammnya mengambil tindakan yang lebih serius.
Kebebasan Bersuara Tak Bermaksud Bebas Tabur Fitnah
Walaupun sistem demokrasi dan kebebasan bersuara di amalkan di negara kita, namun itu tidak bermaksud mana-mana individu boleh bertindak sesuka hati samada dari segi percakapan mahupun perbuatan. Ada batas yang perlu diikuti bagi menjaga kepentingan semua pihak.
Jika dilihat senario dunia hiburan sekarang, banyak privasi dan kehidupan artis diganggu secara kritikal oleh sesetengah individu yang tidak bertanggungjawab. Kontroversi yang saja direka bagi demi kepentingan diri sendiri tanpa memikirkan kesan yang boleh ditinggalkan terhadap individu yang difitnah.
Baru-baru ini juga , seorang pelakon, penyanyi dan juga usahawanita yang dikenali sebagai Zara Zya dilanda kontroversi apabila dikatakan lehernya penuh dengan ‘gigitan cinta’ sempena sambutan hari kekasih pada 14 Februari. Dakwaan ditulis dikatakan ditulis oleh seorang blogger
Jadikan Pengajaran, Selebriti Dan Artis Bukan Boneka
Dengan adanya kemudahan internet dan ‘smartphone’ hampir semua orang boleh jadi wartawan segera dan menyebarkan berita yang belum tentu kesahihannya. Masalah ini bukan sahaja memberi kesan kepada dunia hiburan malah semua aspek turut terlibat.
Keinginan untuk menjadi wartawan segera semakin membuak-buak dikalangan masyarakat sehingga mereka tidak dapat membezakan apa yang baik dan buruk dan apa kesan yang akan ditinggalkan oleh mereka.
Lihat sahaja jika berlaku kemalangan ataupun kes-kes kecemasan, rata-rata saksi kejadian memilih untuk merakam dan ‘melaporkan’ kejadian di media sosial mereka daripada menghulurkan bantuan yang diperlukan.
Kes ini patut dijadikan pengajaran buat orang ramai yang suka memberi komen-komen yang negatif dan tidak benar sehingga boleh menjatuhkan reputasi dan kredibiliti seseorang. Bagi pihak Misha Omar,beliau terpanggil untuk memfailkan kes ini kerana kerjaya yang dibina selama 17 tahun bukan satu perjalanan yang mudah.
Jadi pastinya isu ini akan memberi kesan kepadanya. Tindakan Misha Omar juga dikatakan wajar agar boleh dijadikan peringatan tegas kepada netizen untuk lebih berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kata-kata dan pendapat di media sosial.
KATA ORANG
Kalau benda betol, boleh je tutup mulut orang. Macam misha omar, orang fitnah dia pakai sihir. Kejap je hilang akaun tu. Yang ni? Acah2 pandai mcm expose harga tu boleh saman. Nak saman atas dasar orang dedahkan harga? Hahaha another joke of the day.
— Stay at home boyfriend (@rybatx) 20 February 2019
Anonymous account mcam mana pun, kalau dah buat silap and orang report polis dia akan dapat jugak.
— daud aiman (@yamanoid) 18 February 2019
Aku paling puas hati tengok yg pasal upload movie yg kena saman ngan syamsul yusoff tu, n sekarang yg ngan misha omar tu.
Dia ingat dia anonymous dia kebal.
akhirnya acc twitter yg acah acah nak spill tea pasal segala artis ni tutup acc jugak sbb goyang la tu misha omar nak buat report & saman. tu la siapa suruh bodoh. suka² buat fitnah. kat dunia boleh lari lagi, kat akhirat nanti kau jawab la dengan Allah
— farr (@faridahazhar) 17 February 2019
Lol patutlah lama nda dengar gossip zas dari merq. Rupanya sudah kena saman dengan Misha omar 😂 pastu gelabah sampai dm misha di insta kauu
— pipo (@imafifahah) 17 February 2019