Kereta rasmi Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd. Asri Zainul Abidin musnah disyaki dibakar pihak tertentu di kediamannya di Jalan Persiaran Wawasan Kangar awal pagi Jumaat 22 Mac lalu.
Bahagian enjin kereta Honda Accord berwarna hitam itu terbakar sepenuhnya dalam kejadian yang dipercayai berlaku pada pukul 5.45 pagi itu.
Laporan Utusan Online menyebut, turut terbakar tayar hadapan sebelah kiri kenderaan itu manakala cermin belakang dan depan turut pecah.
Dibaling Bom Petrol
Menurut Ketua Polis negeri, Datuk Noor Mushar Mohd, pihaknya menerima panggilan daripada sistem MERS 999 berhubung kejadian pada pukul 6 pagi.
Siasatan awal di tempat kejadian mendapati ia disyaki berpunca daripada perbuatan khianat ekoran kesan cermin belakang kenderaan yang dipecahkan selain penemuan botol berisi petrol untuk membakar.
Kebakaran walau bagaimanapun telah dipadamkan oleh pihak bomba.
Noor Mushar berkata, Unit Forensik juga telah dihantar ke kediaman Mohd Asri untuk menjalankan siasatan.
Perbuatan Khianat
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar Supt Wari Kiew berkata perbuatan itu disyaki dilakukan individu tidak dikenali.
Siapa pun individu yang melakukan itu memang perbuatan jahat dan cuba untuk menakut-nakutkan Dr Asri.
Kononya ia satu amaran atau isyarat untuk ditunjukkan pada mufti Perlis. Tetapi ia adalah satu tindakan yang tidak wajar dilakukan.
Dr Asri Menepis Dakwaan Ada Unsur Khianat
Berhubung kebakaran itu, Dr Asri memberi maklum balas di facebooknya dengan menyatakan siasatan awal forensik bomba mendapati tiada unsur sabotaj terhadap kereta yang terbakar awal pagi itu.
Katanya kemungkinan kebakaran berlaku dari dalam enjin di bahagian bateri.
Tetapi pihak polis sahkan cermin kereta di bahagian belakang pecah dan ada unsur khianat yang dilakukan.
Apa-apa pun tunggu siasatan daripada pihak polis untuk mengesahkan insiden itu berlaku.
KATA ORANG
Bila agama sudah diabaikan hingga kereta Mufti Perlis dibakar, minda rakyat kita sudah sampai ke tahap kritikal! Mana politikus politikus yang begitu angkuh yg kononnya nak menegakkan agama Islam? pic.twitter.com/sMkmrv530d
— BZ Malaysian (@bzmalaysian) March 22, 2019
Di New Zealand manusia pelbagai agama bersolidariti untuk umat Islam. Di Malaysia, kereta mufti dibakar dan dipecahkan cermin. Di waktu masyarakat dunia mula mendekati Islam, segelintir di sini bermusuhan kerana tidak sependapat. pic.twitter.com/tr5c2vJpy2
— Roman Akramovich (@SyedAkramin) March 22, 2019
Nih sapa pulak yg paneh hati main bakar kerete rasmi mufti ni??https://t.co/brVa6ZvRMG
— اللؤلؤ و المرجان (@Nik_Nasrul) March 22, 2019
Facist, supremacist, islamophobic mana buat kat mufti sampai macam ni? https://t.co/SFlEV8KCNG
— Normi Kahar (@IQueenHeartBoxx) March 22, 2019