Dalam minggu ini, negara kita digemparkan dengan mengenai kes Difteria yang semakin menjadi-jadi hingga menyebabkan seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun satu bulan meninggal dunia akibat jangkitan tersebut di negeri Johor.

Sumber: Free Malaysia Today

Apa yang mengejutkan, kanak-kanak berkenaan tidak pernah menerima sebarang imunisasi sejak dilahirkan sehingga mengalami demam, batuk dan bengkak tonsil yang teruk.

Ada dakwaan mengatakan, fahaman mengenai anti vaksin yang sedang tular kini menyebabkan segelintir ibu bapa tidak mahu memberi suntikan imunisasi kepada anak kerana khuatir suntikan berkenaan tidak selamat dan haram.

Sumber: Wanista.com

Malah, tidak kurang juga ada yang mempersoal mengenai kepentingan mengambil suntikan berkenaan dalam kalangan kanak-kanak yang dianggap membahayakan kepada mereka.

Sehingga ke hari ini, kes mengenai Difteria mendapat perhatian pelbagai pihak termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa, kerajaan negeri Johor, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta Persatuan Farmasi Malaysia (MPS) yang mendesak kerajaan untuk mewajibkan suntikan tersebut bagi mengurangkan risiko penyakit perjangkit.

 

Apa Itu Penyakit Difteria?

Sumber: https://siraplimau.com

Difteria adalah penyakit yang disebabkan oleh bakteria Corynebacterium diphteriae yang menjangkiti saluran pernafasan seperti hidung, bahagian tekak, tonsil, atau farinks.

Pesakit biasanya mempunyai simptom seperti demam dan batuk, sakit tekak, sukar menelan, kurang selera makan serta bengkak leher selama beberapa hari.

Malah, penyakit ini juga boleh tersebar melalui titisan cecair pernafasan yang mana selaput nanah (lapisan putih) di bahagian tekak boleh menutup saluran pernafasan.

Sumber: https://siraplimau.com

Bukan itu sahaja, toksin ini juga dikatakan boleh menyerap ke dalam darah dengan turut melumpuhkan saraf sekaligus menyebabkan keradangan jantung sehingga boleh mendatangkan maut.

Dalam kes ini, kadar kematian tinggi sebanyak 20%  terutama di kalangan kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah.

 

Mengapa Golongan Anti-Vaksin Tolak Imunisasi?

Kita biasa dengar, golongan anti-vaksin ini hanya wujud di negara Barat sahaja bukan?

Sumber: CARI Infonet

Sejak kebelakangan ini, negara tidak terkecuali untuk mendapat fahaman sebegini yang mana golongan ini memberi tafsiran bahawa pengambilan vaksin boleh memberi kesan sampingan serius kepada kanak-kanak, mengandungi bahan berbahaya, bahan haram iaitu DNA babi dan pelbagai fahaman lain yang tidak masuk dek akal.

Malah, ada juga di antara mereka ini memberi tanggapan bahawa jika anak orang lain sudak diberi suntikan vaksin, maka memadai bagi anak mereka untuk tidak mendapatkan suntikan tersebut.

Sumber: Free Malaysia Today

Hakikatnya, golongan sejenis ini bakal mendedahkan risiko bahaya kepada anak orang lain jika anak mereka tidak divaksin.

Jadi, sekiranya ramai rakyat di negara kita mempunyai mentaliti anti-vaksin sebegini, tidak hairanlah tahun lalu, Malaysia mencatatkan sebanyak 18 kes dengan lima kematian yang mana empat daripadanya ini tidak menerima imunisasi.

 

Vaksin Tidak Haram  

Umum kita tahu, hampir keseluruhan umat Islam di Malaysia adalah berbangsa Melayu.

Jadi, apabila terdapat momokkan daripada pihak tertentu yang mengatakan vaksin mengandungi DNA babi, laju sahaja orang kita terpedaya mengenainya.

Sumber: detikHealth

Memang tidak dinafikan ada sesetengah vaksin mengandungi gelatin khinzir sebagai ‘stabiliser’ tetapi jika ulama telah mengeluarkan fatwa suntikan vaksin dibolehkan dan harus atas beberapa faktor, mengapa kita perlu meraguinya lagi?

Menurut syarak juga, imunisasi merupakan satu jalan pencegahan yang amat dituntut dalam Islam.

Selain itu, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan juga sudah mengeluarkan fatwa bahawa vaksin yang dihasilkan di negara ini adalah halal dan telah mendapat kelulusan daripada semua pihak.

 

Ibu Bapa Perlu Pastikan Anak Diberi Imunisasi

Kita yang diberi imunisasi pun kerap mudah jatuh sakit inikan pula mereka yang tidak diberi imunisasi sejak dilahirkan.

Memang jika kita perasan, kanak-kanak atau bayi yang diberi suntikan vaksin kebiasaannya akan mendapat kesan sampingan seperti demam dan sakit di tempat suntikan itu.

Tetapi, kesan sampingan imunisasi itu adalah ringan serta tidak membahayakan mereka berbanding dengan kesan jangkitan penyakit itu sendiri.

Sumber: Deenamik

Dalam hal ini, masih belum terlambat untuk ibu bapa memberi suntikan imunisasi kepada anak mereka yang mana dengan mengambil vaksin lima serangkai iaitu DTaP-IPV//Hib (Difteria, Pertusis, Tetanus, Polio dan Haemophilus influenzae type b) bagi melindungi sebarang penyakit berjangkit seperti ini.

Malah, walaupun anak anda sudah menjangkau usia kanak-kanak sekalipun, mereka juga boleh mendapatkan suntikan vaksin difteria.

KATA ORANG

KATA ANDA

Wajarkah mana-mana ibu bapa yang tidak memberi anak mereka suntikan vaksin, dikenakan tindakan undang-undang?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN