Apabila kita membicarakan isu kesihatan pasti ramai yang akan fokus kepada isu kesihatan jantung dan badan.

Namun ramai yang lupa kesihatan gigi juga perlu dititikberatkan. Isu penjagaan gigi dikalangan kanak-kanak kadang kala diambil mudah oleh sesetengah ibu bapa kerana menganggap gigi yang buruk ketika diawal usia akan digantikan dengan gigi kekal yang akan tumbuh apabila anak-anak mula meningkat dewasa.

Namun ramai yang tidak sedar risiko yang boleh dihadapi anak-anak mereka jika gigi mereka tidak dijaga dengan baik sehingga mengakibatkan kerosakan yang teruk.

Baru-baru ini, seorang doktor gigi berkongsi cerita tentang seorang kanak-kanak yang bengkak sebelah muka akibat dari kerosakan gigi yang dihadapinya.

Apa yang menyedihkan, simptom awal yang ditunjuk oleh si anak tidak diendahkan sehinggalah sudah bengkak sebelah muka baru si anak dibawa ke klinik untuk rawatan.

Mengikut penerangan doktor yang merawat kanak-kanak tersebut, risiko membiarkan gigi anak-anak kita tanpa rawatan boleh mengundang maut.

Mungkin kurang kesedaran tentang rawatan gigi dikalangan ibu bapa yang menyebabkan perkara seperti ini berlaku. 

 

Punca Kerosakan Gigi

Seperti ramai yang sedia tahu, kerosakan gigi berpunca daripada kaviti, membawa kepada masalah kereputan dan kerosakan gigi malah boleh membuatkan mulut kita berbau.

Jika dilihat secara amnya, pemahaman seseorang tentang penjagaan gigi semata-mata hanya tertumpu kepada rutin memberus gigi sebanyak dua kali sehari.

Tapi sebenarnya dengan memberus gigi ia hanya membersih 25% kekotoran yang ada didalam mulut kita dan tidak menyeluruh.

Terutamanya dibahagian celah-celah gigi dimana kekotoran susah untuk dibersihkan.

Pemakanan kita adalah punca utama sesebuah kerosakan gigi boleh berlaku malah ianya juga boleh mempengaruhi tahap kesihatan badan kita.

Makanan yang tinggi gula dan tahap penggunaan bahan pengawet adalah tidak bagus untuk gigi.

Sudah menjadi kebiasaan kanak-kanak kecil dibiasakan dengan makanan yang manis seperti cokelat dan gula-gula. ‘Junk food’ yang juga tinggi dengan bahan pengawet sudah menjadi seperti santapan wajib bagi anak-anak jika keluar berjalan dengan ibu bapa.

Walhal makanan-makanan beginilah yang dilarang untuk diberikan kepada anak-anak kerana ia boleh menganggu sistem pencernaan mereka dan membawa kepada risiko lain yang merbahaya.

Sebelum ini sudah ada kes dimana seorang kanak-kanak berusia 3 tahun terpaksa dicabut kesemua giginya kerana sudah rosak dan reput.

Tidak dapat dibayangkan kesakitan yang terpaksa ditanggung anak-anak dek kerana kecuaian ibu bapa yang tidak mengambil berat isu penjagaan gigi.

Kesukaran untuk memujuk anak-anak kerana tidak mahu mengosok gigi tidak wajar dijadikan alasan.

 

Tips Penjagaan Gigi

Bayi yang berusia 6 bulan ke atas sudah boleh dibawa berjumpa dengan doktor gigi bagi memeriksa tahap tumbesran gigi mereka.

Malahan di tahap ini juga  bayi akan sering tidak sihat dan demam kerana berada di fasa gigi bongsu mereka akan mula tumbuh dan ia selalunya menyakitkan juga menimbulkan ketidakselesaan kepada bayi.

Bagi bayi yang hanya mempunyai beberapa batang gigi, pembersihan gigi masih perlu dilakukan untuk tujuan kebersihan dan menjadikan rutin wajib buat bayi agar mereka tidak kekok apabila sudah mempunyai gigi yang banyak.

Pembersihan yang mudah dengan hanya menggunakan kain basah sudah memadai.

Selain itu, penggunaan flos dan cecair pembersih gigi seperti Listerine juga disarankan kerana ianya boleh membantu membersihkan kotoran yang berada di lidah dan gusi.

Anak-anak juga wajib diajar untuk menjaga kebersihan gigi dengan baik sejak kecil supaya mereka jadi terbiasa dan memandang isu penjagaan gigi dengan serius.

 

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah anda rasa pendidikan penjagaan gigi dari kecil penting?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN