Jika ditanya kepada majikan siapa yang tidak mahu pekerja yang setia, kekal di dalam organisasi dalam tempoh yang lama dan berkhidmat sepenuh tenaga. Apatah lagi sekiranya pekerja tersebut merupakan pekerja berpengalaman yang sering diberikan anugerah pekerja cemerlang.

Dalam gambaran setiap orang sudah tentu pekerja seperti itu diberi layanan yang istimewa oleh majikan, diberikan kenaikan pangkat, malah kenaikan gaji yang berterusan. Maka beruntunglah kepada pekerja yang diberikan tawaran yang menarik seperti itu.

Sumber: Free Malaysia Today

Kisah Penjaga Jam Menara

Namun begitu, perkara ini tidak terjadi kepada seorang pekerja kerajaan yang bertugas sebagai penjaga jam menara Bangunan Sultan Abdul Samad. Memetik laporan Free Malaysia Today, V Kunasegaran atau Kuna telah berkhidmat sebagai pembantu operasi sejak tahun 1975 sehingga tahun 2016. Boleh dikatakan nama Kuna sudah sebati dengan menara jam Bangunan Sultan Abdul Samad.

Malangnya, selama tempoh berkhidmat beliau langsung tidak ditawarkan kenaikan pangkat meskipun sudah menerima anugerah pekerja cemerlang tahunan sebanyak 7 kali. Khidmatnya sebagai pekerja kerajaan hanya dinaikkan pangkat 2 minggu sebelum bersara iaitu dari N11 kepada N14, itu pun dengan kenaikan gaji sebanyak RM10.

Sedangkan, rakan-rakan sejawat yang lain sudah ada yang melapor diri sebagai penjawat awam berpangkat tinggi dengan RM90 untuk sekali kenaikan.

Tempoh Perkhidmatan Yang Lama Tidak Dihargai

Tidak tahu di mana silapnya, sebagai seorang kakitangan kerajaan yang menawarkan khidmat terbaik buat negara sudah tentu terdetik rasa terkilan. Khidmat yang dicurahkan selama 42 tahun dipandang sepi. Walhal pelbagai jerit perih, suka-duka pernah beliau rasakan.

Sumber: Free Malaysia Today

Sebati dengan namanya, bangunan yang penuh bersejarah ini mencatatkan pelbagai peristiwa penting suka-duka negara, bermula dari pendudukan Jepun, detik-detik kemerdekaan dan pelbagai lagi. Sebagai orang lama, beliau sempat merasai pelbagai persitiwa tersebut di depan mata.

Setiap kali acara rasmi diadakan di Dataran Merdeka, beliau sanggup tidak mengambil cuti bagi memastikan keadaan jam di menara tersebut berada dalam keadaan yang baik, bahkan sanggup meminta keluarganya untuk tidak merancang cuti yang lama. Sekiranya tidak, kos yang perlu dibayar untuk membaik pulih jam menara boleh mencecah RM40,000.

Jam antik buatan Gillen & Johnston dari England ini memerlukan penjagaan yang rapi. Bermula dengan mengisi minyak, kaedah lap yang betul, pemutaran engkol untuk jarum jam, minit dan saat setiap dua hari sekali.  

Sukar Dapatkan Pemilikan Rumah

Beliau antara kakitangan kerajaan yang masih tidak mendapat pemilikan rumah. Meskipun pernah memohon Projek Perumahan Rakyat (PPR) sejak 2014, sehingga kini tiada keputusan yang diberikan. Hendak atau tidak, beliau terpaksa menetap di rumah anak di Genting Klang.

Sumber: Sinar Harian

Dengan nilai pencen RM1,650 sebulan, pendapatan tersebut hanya cukup untuk perbelanjaan sekeluarga.

Sekiranya mengambil hal-hal sakit dan kesihatan, jumlah tersebut belum tentu mampu untuk menanggung kos rawatan yang perlu dijelaskan apatah lagi untuk memiliki rumah kediaman pada usia yang semakin senja.

KATA ORANG

KATA ANDA

Kenapa perkara seperti ini boleh terjadi?
10 votes · 10 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN