Susulan bekas pemandu Rozita Che Wan menyatakan bahawa gajinya masih tidak dibayar pelakon tersebut, perkongsian itu mendapat perhatian netizen yang merasakan Che Ta telah menganiayai pemandunya itu.

Sumber:ohbulan.com

Muhammad Riduan dalam posting Facebooknya telah meluahkan bahawa dia tidak dibayar gaji seperti yang telah dijanjikan walaupun telah memintanya berkali-kali.

Riduan juga mendakwa, dia yang baru sahaja bekerja bersama Che Ta sudah dikenakan saman oleh pihak berkuasa atas kesalahan menggunakan nombor pendaftaran kereta yang tidak mengikut spesifikasi.

 

Dicabar Zain Untuk Viralkan

Riduan memberitahu dia terpaksa meluahkan semua ini kepada umum setelah tiada jalan penyelesaian mengenai perkara ini.

Sumber:Cinema Online

Yelah, kuasa viral ini sangat berkuasa. Perkara ini juga dlakukan oleh kerana suami kepada Che Ta, Zain Saidin mencabar Riduan untuk menentukan kuasa viral siapa yang lagi kuat.

Kononnya golongan artis ini akan dipercaya oleh orang ramai, tetapi namun sangkaan Zain mengenai perkara itu sama sekali tidak benar. Netizen nampaknya beramai-ramai menghentam mereka suami isteri mengenai perkara ini.

Sumber : IG Zain Saidin
Sumber : IG Zain Saidin

Zain dalam insta storynya memaklumkan akan membuat kenyataan rasmi tetapi belum ada apa-apa kenyataan dikeluarkan setakat ini.

 

Che Ta Dakwa Riduan Kerja Tak Bagus

Alasan gaji Riduan tidak dibayar adalah kerana Che Ta mendakwa Riduan buat kerja tidak seperti yang diharapkan Che Ta. Prestasi kerja yang teruk yang digambarkan oleh Che Ta sehingga Che Ta melabelnya sebagai kerja macam taik.

Sumber:ohbulan.com

Che Ta juga berkongsi masa kerja yang dilakukan Riduan selama dua bulan. Tetapi dalam jadual kerja Riduan ada yang kerja melebihi 8 jam. Di dalam akta buruh, pekerja yang bekerja melebihi 8 jam perlu dibayar elaun tambahan (OT) atau atas budi bicara majikan dan pekerja untuk diganti dengan masa dan sebagainya.

Sumber:ohbulan.com

Yang penting wajib bayar penat lelah pekerja, walaupun dia kerja 3 jam sekalipun, tetap gajinya perlu dilangsaikan. Bila namanya kerja, sememangnya patut dibayar kerana mereka tidak melakukannya sebagai kerja kebajikan.

 

Akhirnya Che Ta Bayar Gaji

Selepas isu ini viral dan Che Ta dikecam teruk oleh netizen, akhirnya Riduan mengesahkan gajinya sudah dibayar oleh pelakon berkenaan.

Sumber: FB Muhammad Riduan II
Sumber:Muhammad Riduan II

 

Sumber:Muhammad Riduan II

Berdasarkan perkongsian Riduan di Facebook, pemuda tersebut telahpun mendapat bayaran gajinya dan turut berkongsi slip pembayaran berjumlah RM2,000.

Riduan telahpun memadam postingnya sebelum ini di Facebook miliknya dan berharap netizen tidak lagi mengecam bekas majikannya itu.

Betapa hebatnya kuasa netizen ini, akhirnya Che Ta dan suaminya terpaksa akur untuk membayar gaji yang sepatutnya diterima Riduan.

Sumber:mStar

Sebagai majikan, mereka perlu membayar gaji pekerja, tak kira apa pun alasan yang mereka berikan. Meskipun prestasi kerja pekerja tersebut tidak memuaskan, namun tindakan yang perlu diambil adalah sama ada  memberi amaran kepadanya atau memberhentikannya terus. Perlu ada perjanjian sebelum kedua-kedua pihak bersetuju untuk berkerjasama.

Tidak ada keperluan untuk menggunakan kuasa artis sebagai ugutan kerana artis bukan lah seorang pihak berkuasa pun, sepatutnya mereka ini menunjukkan sikap yang baik sebagai majikan. Tetapi ugut pekerja pula.

 

Che Ta Minta Riduan Buat Permohonan Maaf Secara Terbuka

Sumber:Hangat.com

Dalam posting facebook yang sama, Riduan memaklumkan Che Ta mahu dia membuat permohonan maaf secara terbuka atas apa yang telah dilakukannya. Namun, atas nasihat rakan-rakannyam, dia membatalkan hasratnya untuk berbuat demikian.

Alasannya adalah kesalahan ini bukan dari dirinya tetapi kerana kedegilan Che Ta untuk tidak menyelesaikan hal ini secara baik sebelum diviralkan.

Ramai netizen bengang dengan tindakan tersebut malah mereka juga menyatakan boikot terhadap produk-produk keluaran Che ta dan Zain Saidin. Netizen punya suara macam suara keramat.

Che Ta Ambil Tindakan Undang-Undang

Nampaknya isu ini tidak berhenti disini apabila Che Ta memaklumkan dia akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya Riduan tidak membuat permohonan maaf secara terbuka.

Sumber: IG Rozitachewan

Kata Che Ta dia sudah berhubung dengan peguam dan mahu bekas pekerjanya itu berbuat demikian, selain saman malu kerana perbuatannya itu menjatuhkan air muka Che Ta dan Zain.

Che Ta mendakwa, sepanjang bulan lalu, lelaki itu hanya bekerja 16 hari, seterusnya memaklumkan, mahu berhenti kerja dengan tarikh akhir bertugas pada 23 Februari lalu.

Dakwanya lagi, lelaki itu juga tidak menunjukkan prestasi kerja yang baik, malah kerap tidur disebabkan kurang rehat kerana turut membuat kerja lain.

Che ta berkata, selama ini, dia tidak pernah mempunyai masalah dengan pemandu peribadinya, malah ada di antara mereka yang bekerja lebih 10 tahun.

Che Ta mengangap Riduan belum matang dan mendakwa ada orang sekeliling yang menghasutnya untuk menviralkan isu ini, kerana selama dia bekerja dengan Riduan, dia merupakan seorang yang baik.

Apa-apa pun diharapkan isu ini dapat diselesaikan dengan baik antara kedua-dua pihak. Tak perlu dipanjangkan cerita kalau isunya hanya kecil sahaja.

 

Akta Pekerja

Sumber:Keadilan Daily

Peraturan umum untuk waktu bekerja maksimum adalah 8 jam sehari dan 48 jam seminggu. Jumlah jam untuk kerja lebih masa adalah maksimum 104 jam sebulan seperti yang dinyatakan dalam Akta 265 dan Peraturan-peraturan Kerja (Had Kerja Lebih Masa) 1980.

Apa-apa kerja lebih masa yang dilakukan melebihi daripada waktu bekerja biasa , pekerja itu perlu dibayar pada kadar sekurang-kurangnya satu setengah kali kadar setiap jam beliau gaji.

 

Wajib Bayar Kerja Lebih Masa

Jika kerja lebih masa yang dilakukan pada hari rehat mingguan, pembayaran adalah dua kali kadar gaji sejam manakala dalam kes cuti umum, pembayaran itu dinaikkan kepada tiga kali kadar gaji sejam.

Sumber:Khaikal Certificated

Akta Kerja 1955 mempunyai peruntukan mengenai cuti pampasan dalam situasi pekerja yang bekerja pada hari cuti umum. Mana-mana hari boleh digantikan dengan satu atau lebih daripada enam cuti umum yang diwartakan melalui perjanjian antara majikan dan pekerja.

Jika mana-mana hari cuti umum yang diwartakan atau mana-mana hari lain diganti dengannya jatuh pada hari di mana pekerja sedang bercuti sakit atau cuti tahunan yang pekerja itu berhak di bawah Akta ini, atau mengalami hilang upaya bersifat sementara, maka majikan hendaklah memberikan hari yang lain sebagai cuti berbayar untuk menggantikannya.

Tiada peruntukan berkenaan penggantian cuti yang boleh dilakukan jika pekerja itu bekerja pada hari cuti mingguan.

KATA ORANG

KATA ANDA

Wajarkah Riduan memviralkan isu ini untuk menuntut hak gajinya itu?
3 votes · 3 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN