Terbaru tular gambar sebuah kereta Honda dengan lambang Ahli Parlimen parkir di tempat letak kereta khas bagi Orang Kelainan Upaya (OKU) di Ayer 8, Putrajaya.
Gambar itu menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang menyifatkan perbuatan tersebut sebagai tidak wajar sambil mereka tertanya-tanya siapakah pemilik kenderaan tersebut.
Selepas disemak nombor plat PLH 4466 itu, barulah diketahui bahawa ia milik
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa.
Susulan itu, kebanyakaan netizen marah dengan tindakan tersebut yang tidak memikirkan individu OKU yang perlukan parkir tersebut. Dan keistimewaan parkir tersebut pun dibuat khas untuk golongan OKU sahaja.
Mujahid Tampil Minta Maaf
Susulan gambar tersebut tular, Mujahid kemudian tampil menerusi laman Facebook mengakui kereta tersebut adalah miliknya.
Mujahid menjelaskan, sewaktu kejadian kenderaan tersebut digunakan oleh anak-anaknya untuk membawa datuk mereka yang uzur dan menggunakan kerusi roda untuk makan di sebuah restoran berdekatan dengan pakir tersebut.
Tetapi kenyataan Mujahid ini mendapat kecaman lagi dari netizen yang menyatakan beliau telah menyalahgunakan kenderaan kerajaan untuk diguna pakai oleh ahli keluarganya.
Sedangkan kenderaan kerajaan untuk urusan rasmi sahaja. Dan tiada keperluan untuk anak-anaknya menggunakan kenderaan tersebut.
Walau apa pun alasan yang diberikan, tindakan tersebut tidak boleh diterima oleh rakyat.
Boleh Disaman
Berdasarkan peraturan sedia ada, kemudahan parkir OKU disediakan untuk golongan tersebut bersyarat iaitu mereka mestilah merupakan seorang OKU yang memandu sendiri kenderaan yang telah diubahsuai untuk kegunaan OKU berdasarkan kekurangan fizikal masing-masing.
Pemandu itu pula perlulah memiliki kad OKU yang dikeluarkan Jabatan Kebajikan Masyarakat dengan pengesahan daripada doktor.
Kemudian, mereka perlu mendapatkan pelekat khas OKU untuk ditampal dengan jelas pada kenderaan yang akan digunakan itu tadi. Pelekat itu hanya dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sahaja.
Jika menepati semua keperluan ini, maka barulah anda boleh meletakkan kenderaan diruang khas OKU dan sesiapa yang melanggar peraturan boleh dikenakan kompaun.
Isu Kecil Tidak Perlu Diperbesar
Dalam menerima kecaman ini, ada juga rakyat yang menerima permohonan maaf tersebut dan menganggap isu ini hanyalah isu kecil sahaja dan tidak perlu diperbesar-bersarkan.
Ada kalangan mereka menyatakan tindakan Mujahid memohon maaf adalah sikap terpuji yang perlu diamalkan oleh pemimpin yang lain. Mengaku salah dan memohon maaf pada rakyat.
Tetapi diharapkan pihak -pihak menteri sekarang perlu peka dan jaga tingkah laku masing-masing kerana rakyat pada ketika ini sedang memerhati.
Kesalahan sebesar kuman pun akan jadi isu. Mereka mahukan yang terbaik dan tidak mahu kerajaan hari ini menyambung budaya yang diamalkan kerajaan sebelum ini.
Masih Ramai Letak Kereta Di Parkir OKU
Malangnya, masih ramai rakyat Malaysia sendiri yang tidak peka dengan keadaan ini. Dimana, masih ramai yang meletakkan kenderaan mereka di parkir golongan OKU, sedangkan sudah terpampang papan tanda yang mengkhaskan untuk golongan OKU.
Di pasaraya misalnya, masih ramai yang parkir di tempat OKU.
Ada juga pihak berluasa yang meletakkan kenderaan mereka di tempat OKU. Nak salahkan siapa dalam hal ini? Tidak perlu menuding jari, salahkan diri sendiri.
KATA ORANG
Dah la parking OKU, anak kau bagi pandu kereta rasmi Kerajaan ke ? Itu dah salah ler wahai Pak Menteri... kalau itu pun kau tak reti nak manage, mcm mana kau jaga Kementerian ?
— ♚|.͡▹ Aizley ™| (@aizley) February 14, 2019
Dari mulut buaya masuk mulut naga.. bodoh tak boleh nak di ajar... https://t.co/8puwmUky1z
Zaman tular sekarang ni jangan la buat pasal, nak pula pada individu yang dikenali ramai terutama sekali Menteri. Selepas tularnya sekeping foto sebuah kereta yang dikatakan milik... https://t.co/iH7pM37wKg
— funtasticko.net (@funtasticko) February 14, 2019
Mslhnya silap org kau nmpk..bila silap sendiri snang je mntk mf..itu kn parking OKU..kau x berhak parking situ https://t.co/Afbo1mk3yU
— Mohd Norsafizal (@9w2nsf) February 14, 2019
Ni khas untuk pemandu oku atau penumpang oku?
— Kerabu Bersuara (@kerabubersuara) February 13, 2019
Apa pun dia dah minta maaf. Anak oh anak! Bapak kau yang kena. https://t.co/ODCGGOP8hZ