Jualan bagi barangan automotif dan kereta sememangnya tidak dapat dinafikan mendapat lonjakan yang amat mendadak sejajar dengan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang berkadar sifar telah berkuat kuasa secara rasmi pada 1 Jun 2018.

Baru-baru ini, Malaysian Automotive Association (MAA) melaporkan yang jualan pada bulan Jun 2018 adalah meningkat sebanyak 28 peratus atau bersamaan 14,229 unit berbanding bulan Jun tahun lalu.

Kategori kereta yang mengalami kenaikan jualan tersebut ialah kereta jenis passenger manakala kereta berkategori komersial mengalami sedikit penurunan.

Dan pastinya kereta daripada keluaran syarikat ternama Honda tetap muncul sebagai kereta yang mendapat permintaan paling tinggi dalam kategori kereta import dengan penguasaan sebanyak 9.4 peratus pasaran kereta.

GST Sifar

Dalam satu kenyataan, Honda Malaysia berkata, pengeluar kereta itu mencatatkan jualan sebanyak 51,354 unit bagi tempoh Januari hingga Jun lalu.

Honda Malaysia menerima jumlah tempahan sebanyak 20,000 unit pada Jun lalu, iaitu angka tertinggi pernah dicatatkan dalam sejarah.

Daripada jumlah itu, model Honda City menerima tempahan tertinggi yang merangkumi sebanyak 36 peratus, diikuti CR-V dan Civic, masing-masing sebanyak 14 peratus.

Katanya, prestasi jualan memberangsangkan itu juga adalah berikutan daripada kadar sifar GST serta beberapa tawaran promosi.

Berdasarkan rekod jualan ini, Honda Malaysia menyumbang 17.7 peratus kepada Jumlah Keseluruhan Industri (TIV) sehingga 30 Jun lalu.

Kena SST Jika Kereta Ditempah 1 September

Menurut Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad, tempahan kereta baharu yang naik mendadak akibat cukai GST sifar peratus telah menyebabkan ada pengeluar kenderaan menghadapi masalah untuk memenuhi permintaan dengan segera.

Ini menyebabkan berlakunya senarai menunggu yang lama untuk kereta baharu yang ditempah selepas GST sifar peratus diumumkan. Ini memungkinkan akan ada pelanggan dan pembeli bakal menerima kereta tersebut selepas SST 2018 diperkenalkan.

Namun jika kenderaan diserahkan dan didaftarkan selepas 1 September, maka pembeli perlu membayar jumlah lebih tinggi untuk kenderaan tersebut kerana cukai SST.

Dalam situasi ini, sudah tentu ramai pembeli kereta baharu sudah mula gelisah, dan mula takut-takut untuk membuat tempahan kereta seandainya pengeluar tidak dapat menunaikan penghantaran sebelum 1 September 2018.

Walaupun banyak syarikat automobil di Malaysia yang tawarkan harga menarik, diskaun dan rebat untuk pembelian kereta baharu, tetapi tetap menggusarkan mereka mengenai SST.

KATA ORANG

KATA ANDA

Rasa anda?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN