Pengambilan makanan ringan dan bergoreng secara berpanjangan akan mengundang mudarat tanpa kita sedar.

Sumber:iezisaac

Banyak penyakit yang berlaku pada hari ini, boleh dikategorikan sebagai kronik atau tahap yang bahaya oleh pakar perubatan.

Makanan yang tidak sihat ini akan menyebabkan pemusnahan sel- sel badan yang berlaku secara perlahan tanpa kita sedar.

Kentang Goreng Boleh Butakan Mata

Ada kes dilaporkan di Bristol, dimana seorang remaja lelaki nyaris buta akibat makan kentang goreng, keropok dan roti putih sebagai makanan hariannya selama bertahun-tahun.

Sumber: Fimela.com

Memetik Sky News, doktor yang memeriksanya memberitahu bahawa dia kekurangan vitamin B12, dan ‘macrocytic anaemia’ iaitu kondisi dimana sel darah merah menjadi besar dari biasa.

Sumber: Gaya Tempo

Doktor yang merawatnya terpaksa memberikan suntikan segera untuk meningkatkan kadar B12 dalam darahnya.

Nampak sedap tetapi membahayakan kesihatan mata kita. Lama-lama boleh jadi buta, siapa sangka ia hanya sekadar kentang goreng.

Boleh Buat Telinga Pekak

Memetik Asia One pula, Dr Denize Atan menyatakan bahawa pengambilan kentang goreng dengan kerap boleh juga menyebabkan seseorang itu menjadi pekak.

Sumber: Harian Metro

Ini kerana selain kehilangan vitamin B12, ia juga mengikis mineral penting dalam badan, iaitu selenium dan tembaga. Dan pendengaran akan semakin merosot dan lemah tulang.

Walaupun individu yang mengamalkan kentang goreng bukan dalam kalangan orang obesiti mahupun terlalu kurus, ia juga boleh menyebabkan kesihatan merosot untuk mereka yang mempunyai berat badan ideal.

Bagi mereka yang memang obesiti, perlu elakkan memakan kentang gorang dan kalau boleh jangan makan langsung kerana kesannya sangat besar pada kesihatan badan.

Kenapa Kentang Goreng Berbahaya Jika Kerap Makan?

Makanan yang sememangnya wajib dicegah adalah makanan yang mempunyai kadar gula yang tinggi dan ia adalah musuh utama bagi pengidap diabetes.

Sumber: Tribun Timur

Jadi kenapa kentang goreng ini tidak patut dimakan adalah kerana ia mengandungi lemak tepu yang boleh tinggal di tubuh lebih lama dan masuk ke dalam aliran darah.

Sumber: Grid.id

Selain itu, kandungan garam yang tinggi. Kita lihat di restoran makanan ringan selepas mereka goreng kentang garam akan ditaburkan dengan begitu banyak untuk menimbulkan rasa masin dan membuat kentang itu menjadi lebih sedap.

Banyak lagi sebab lain yang anda sendiri boleh google. Bukan tidak boleh makan kentang goreng tetapi perlu berwaspadalah.

Risiko Penyakit Akibat Kerap Makan Kentang Goreng:

  • Strok
  • Serangan jantung.
  • Kencing manis.
  • Darah tinggi.
  • Kanser payudara.
  • Buah pinggang.

Pelihara Kualiti Makanan

Menurut jurulatih pemakanan Syuhada Ismail, konsep pemakanan bersih direka bukan semata-mata untuk menurunkan berat badan tetapi lebih kepada kesihatan dan sebab itulah ia tidak mementingkan jumlah kalori sebaliknya kualiti makanan.

Sumber: Harian Metro

Pemakanan bersih adalah kaedah makan sebagai satu cara hidup untuk dijadikan amalan sepanjang hayat dan bukannya diet sementara.

Mereka yang ingin mengamalkannya harus mengambil makanan pada tahap yang paling semula jadi dan mengelak makanan diproses, makanan kaya pengawet, banyak gula, dan tinggi lemak jahat atau kolesterol yang terdapat dalam sesetengah lemak tepu atau lemak trans.

Perlu jaga pemakanan dengan amalkan menu diet yang lebih sihat. Sekarang ramai jurulatih makanan yang bertauliah di negara kita. Mereka boleh ajar dan didik cara kita untuk memilih makanan serta senaman yang sesuai dengan kondisi tubuh badan.

 

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Bahayakah kentang gorang?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN