Hanya disebabkan melontar barang ke dalam rumah jiran, sepasang suami isteri  cedera parah akibat ditikam dalam pergaduhan di Flat Padang Tembak, Air Itam, GeorgeTown semalam.

Sumber: Astro Awani

Difahamkan, pergaduhan tersebut berpunca dari ketidakpuasan hati jirannya yang berang dengan tindakan pasangan berkenaan yang melontar barang masuk ke dalam rumah mereka.

Akibat itu, jirannya telah bertindak memarahi pasangan suami tersebut sebelum pasangan itu bertindak memukul kepala jirannya dengan tin biskut dan menolak ibunya sehingga terjatuh.

Sumber: Astro Awani

Disebabkan berang dengan tindakan tersebut, jirannya terus menikam pasangan terbabit dengan sebilah pisau di bahagian dada, perut dan siku serta patah hidung, bengkak di mulut, pipi serta mengalami luka di bahagian jari.

 

 

Kurang Kesedaran Sivik Jadi Punca?

Setiap dari kita di dunia ini pasti mengimpikan suasana persekitaran yang bersih dan nyaman tanpa perlu melihat sisa buangan atau sampah di sekeliling kita bukan?

Tetapi, lain pula yang berlaku di negara kita yang mana tahap mentaliti kebersihan masih rendah berbanding negara membangun yang lain.

Sumber: Free Malaysia Today

Lihat sahaja di kawasan perumahan flat mahupun pangsapuri, sehingga ke hari ini masih ramai yang mengamalkan budaya ‘setinggan’ yang mana mereka sudah terbiasa mencampak segala jenis sampah meskipun tong sampah berada berdekatan mereka.

Itu belum lagi dengan kes kerusi, sampah mahupun peti televisyen yang dicampak dari tingkat atas flat serta pangsapuri sekaligus menjadi bukti bahawa mentaliti rakyat Malaysia masih berada di kelas ketiga dan tidak sejajar dengan visi untuk menjadi sebuah negara maju.

Sepertimana yang berlaku dalam kes ini, tidak hairanlah jiran mereka berang dengan perbuatan itu kerana ia sama sekali tidak bertamadun.

 

Sekiranya Ada Isu Berbangkit, Selesaikan Dengan Cara Yang Baik

Sumber: Utusan Online

Apa-apa pun apabila hidup berjiran, sekiranya ada isu berbangkit, seeloknya kita selesaikan dengan cara yang baik tanpa terlalu mengikut nafsu kemarahan hingga berniat untuk mencederakan seseorang.

Sebagai jiran juga, apabila teguran sudah dibuat, janganlah kita melenting pula tetapi ambil teguran tersebut sebagai satu teguran yang membina.

 Bila bercakap mengenai rumah pula, tidak kira kawasan perumahan jenis apa sekalipun, setiap kawasan perumahan itu pasti mempunyai satu garis panduan yang ditetapkan pihak pengurusan atau persatuan penduduk setempat itu sendiri.

Namun, mengapa masih ramai yang gagal mematuhi peraturan tersebut?

 

Ambil Contoh Di Singapura

Mengambil contoh di negara Singapura, mereka juga mempunyai kawasan perumahan awam sama seperti kita dan jarang sekali insiden buruk dilaporkan berlaku di kawasan perumahan mereka.

Sumber: SRX Property

Di Singapura, setiap rumah disediakan pelongsor sampah yang mana penghuni tidak perlu membawa keluar sampah ke tempat pembuangan sebaiknya sampah dibuang menerusi pelongsor itu sahaja.

Pihak pengurusan mereka sama sekali memperketat garis panduan kepada setiap penghuni di situ yang melibatkan peraturan untuk pindah masuk, peraturan memiliki binatang peliharaan seperti kucing dan anjing.

Selain  itu, semua penghuni perumahan awam itu juga tidak dibenarkan membuat bising antara pukul 10.30 malam hingga 7 pagi selain terdapat arahan untuk tidak meletakkan objek dalam situasi yang membahayakan seperti pasu bunga di tepi tingkap, menyimpan barang-barang yang mudah terbakar atau buang barang-barang terbakar mengikut pelongsor sampah.

Dalam hal ini, sudah tiba masanya pihak berwajib di Malaysia mengetatkan garis panduan serta peraturan terhadap setiap penghuni flat dan pangsapuri dan mungkin mencontohi pelan rumah seperti yang dibangunkan mereka.

Sekiranya ada yang melanggar garis panduan tersebut, maka denda harus dikenakan sebagai pengajaran sekaligus mengurangkan tragedi sebegini dari terus berlaku di kalangan penduduk flat serta pangsapuri.

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, wajarkah pasangan suami isteri ini dimarahi jirannya hanya kerana melontar barang ke dalam rumah jirannya itu?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN