Kerana mulut badan binasa! Itu perumpamaan yang sesuai diberikan kepada netizen di media sosial selepas pelakon terkenal Linda Rafar dikatakan mahu menyaman lebih 100 individu yang melemparkan kata-kata kesat terhadap dirinya.

Sumber: beautifulnara.com

Sebelum ini, beliau pernah terpalit dengan isu mengenai dakwaan menfitnah sekumpulan jururawat di sebuah hospital di Shah Alam gara-gara tidak mengendahkan arahannya untuk menukar cadar arwah ibunya yang terkena najis.

Akibat itu, Linda akhirnya memuat naik status ketidakpuasan hati di status Instagramnya sehingga menjadi tular dan mendapat pelbagai reaksi daripada pengikutnya serta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Walaupun isu tersebut dilihat berhenti seketika namun ianya menjadi lebih panas lagi selepas Linda kehilangan ibu tersayang pada 11 Januari yang lalu akibat fitnah yang dilemparkan sebelum ini.

 

Netizen Pertikai Tindakan Saman Sebagai Tidak Wajar

Penggunaan media sosial pada hari ini sememangnya memberi kebebasan kepada pengguna untuk menyuarakan pandangan masing-masing berkaitan sesuatu isu.

Lebih-lebih lagi apabila isu tersebut melibatkan artis, laju sahaja netizen atau ‘makcik-makcik’ di luar sana bergosip mengenai perkara tersebut sehingga sanggup melontarkan komen negatif yang berbaur fitnah sehingga mencemarkan maruah diri seseorang tanpa disedari.

Dalam hal ini, rata-rata netizen mengatakan bahawa tindakan saman yang dilakukan Linda  adalah tidak wajar memandangkan ia akan mengeruhkan lagi keadaan.

Sumber: Astro Gempak

Malah, ada di antara mereka juga menuntut supaya Linda berfikiran lebih matang dan menjadikan setiap komen tersebut sebagai pengajaran buat dirinya untuk tidak menularkan isu yang remeh di media sosial.

Hanya kerana beliau merupakan seorang artis, tidak bermakna setiap permintaan yang dikeluarkan oleh mereka harus dituruti setiap masa.

 

Sekadar Mahu Mencari Publisiti Semata-Mata Atau Sebaliknya? 

Sumber: OhBulan

Dalam hal ini, ramai yang menganggap bahawa tindakan Linda itu hanya sekadar mahu mencari publisiti semata-mata dengan membesarkan isu yang remeh.

Sebenarnya isu ini boleh sahaja diselesaikan secara baik bersama sekumpulan jururawat itu tanpa mengeruhkan lagi keadaan.

Sumber: siakapkelisa.blogspot.com

Sebagai artis, setiap apa yang dilakukan oleh mereka pasti akan dihimpit dengan pelbagai kontroversi dan gosip dari netizen.

Mungkin komen yang ditujukan kepada Linda itu hanya sekadar mahu memberi peringatan buat dirinya bahawa tugas jururawat sememangnya berat memandangkan mereka perlu berhadapan dengan ramai pesakit sepanjang masa.

Namun perlu diingat bahawa bilangan pesakit di hospital kerajaan adalah jauh lebih banyak berbanding dengan hospital swasta.

Biarpun layanan yang diberikan oleh jururawat itu mungkin tidak seperti layanan di hospital swasta, mana-mana individu yang mendapatkan layanan di hospital kerajaan perlu mempunyai sikap toleransi sesama sendiri demi kesejahteraan bersama.

KATA ORANG

KATA ANDA

Wajarkah Linda Rafar mengenakan tindakan saman terhadap lebih 100 netizen di media sosial yang melemparkan kata-kata kesat terhadap dirinya?
6 votes · 6 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN