Menjadi perhatian netizen apabila sebuah pondok bas lama sudah diperbaharui oleh Tourism Melaka dengan kerjasama Majlis Perbandaran Alor Gajah.

Ini kerana seorang pelakon terkenal, Mira Filzah atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, memuat naik fotonya di lokasi berkenaan.

Sumber:kopiplanet.com

Hanya kerana Mira Filzah, barulah pondok bas itu diberi nafas baru dan bolehlah digunakan oleh penduduk kampung.

โ€˜Mira Filzah Was Hereโ€™ Ditampal Di Pondok Bas

Lebih mencuri tumpuan adalah nama pelakon Pujaan Hati Kanda itu ditampal untuk membuktikan bahawa Mira Filzah pernah singgah di pondok bas berkenaan dan ia menjadi bualan netizen di media sosial.

Dalam pada itu, Mira Filzah menyatakan dia tidak menjangkakan foto yang dimuatnaik itu akan tular dan dia tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan Tourism Melaka sehingga namanya dinaikkan di pondok bas berkenaan.

Sumber:Petua dan Resepi Bonda

Pada asalnya, dia ke Melaka untuk melawat ibunya di pejabat dan dia ternampak pondok bas berkenaan kerana unik dan comel.

Sebelum ini pun, dia banyak ambil foto di pondok telefon dan pondok bas lain juga, tetapi tidak tular sebegini. Mungkin ada pihak berwajib melihat foto itu dan memperbaharuinya.

Sumber:ohsempoi

Ia adalah salah satu langkah yang baik untuk penduduk di kampung berkenaan kerana dapat menikmati pondok bas yang telah dicat semula dan cantik.

Pihak Berkuasa Melaka Bertindak Kerana Artis

Rata-rata netizen menyambut baik tindakan pihak Tourism Melaka dengan Majlis Perbandaran Alor Gajah yang bertindak memperbaharui pondok bas berkenaan.

Sumber: FB Metro

Bagaimanapun, mereka kesal tindakan itu dibuat selepas foto yang dimuat naik Mira Filzah itu tular dan menjadi perbualan netizen. Sedangkan pondok bas itu dibawah pemantauan pihak berwajib untuk perbaharuinya.

Bukan bertindak kerana orang lain. Mereka perlu peka dengan kawasan terabai atau kemudahan untuk rakyat di negeri itu.

Diharap selepas ini pihak berwajib lebih serius dalam memastikan kemudahan awam ini terjaga dan terpelihara dengan baik.

Netizen Mahu Mira Filzah Muat Naik Foto Kawasan Yang Terabai

Selepas melihat tindakan pihak berwajib itu, ramai pula netizen menyuruh pelakon itu untuk pergi ke semua tempat yang perlukan perhatian daripada pihak berwajib. Selain pondok bas, Mira Filzah mungkin perlu pergi ke tempat pendalaman atau kawasan yang tiada tiang lampu, sekolah uzur dan sebagainya.

Macam-macamlah netizen ini. Tetapi apa salahnya, jika ia satu langkah yang baik dan bagus untuk rakyat, boleh sahaja para artis buat untuk peminat mereka.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah kerana Mira Filzah seorang selebriti, barulah pihak berwajib perbaharui pondok bas lama itu?
8 votes · 8 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN